Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kandungan dan kebaikan produk Nurish, anda boleh lah terus rujuk kepada Facebook Nurish Organiq. Saya mula menggunakan produk Nurish ni sebab menyertai peraduan jom shopping bersama Mawar di Guardian. Saya Cuma beli toner dan krim pelembap siang sahaja.  Adakah kami pergi shopping??? Tak shopping pun, cuma dapat beberapa produk Nurish Organiq secara percuma sahaja.  Alang-alang dah beli untuk masuk peraduan haritu, saya pun mencubalah produk Nurish Organiq 24K Gold Krim Pelembab Siang.

Krim dia putih macam ni

Krim Pelembap Siang

Sejujurnya, mula-mula pakai memang okey. Selepas sebulan pakai, muka saya terus keluar biji-biji kecil yang sangat banyak. Rasa menyesal pun ada. Sedihnya......... Kemudian saya bagi mak saya pakai sebab sayang nak buang, lagipun krim pelembap tu banyak lagi. Mak saya cakap muka dia okey guna pelembab siang Nurish Organiq tu. Saya suruh mak habiskan dulu krim tu, kalau tak keluar biji-biji kecil macam saya, nanti boleh beli lagi untuk mak sahaja.

Sangat ketara di bahagian bawah mata

Sekarang dah dua minggu saya berhenti menggunakan produk krim pelembap siang Nurish organiq, biji-biji kecil pun dah takde. Saya minta maaf kepada Nurish Organiq sebab review yang tak seberapa bagus ni. Mungkin saya tidak sesuai menggunakan produk krim pelembap siang ni.

**********************
Sekian sahaja review saya mengenai Krim Pelembap Siang Nurish Organiq.
Terima kasih kerana membaca

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS