Saya adalah salah seorang pemenang peraduan yang dianjurkan oleh Nurish Organiq. Hadiah utama peraduan ini adalah berpeluang berjalan-jalan bersama Ms.Mawar di Guardian Sunway Pyramid. Saya dapat free 1 pass untuk acara tersebut, jadi saya bawalah seorang kawan saya untuk pergi bersama saya.  Disebabkan ada peserta yang lewat sampai ke lokasi, saya dengan kawan pun jalan-jalan di dalam guardian tu dulu.

Inilah kawan yang temankan saya pergi event tu

Sebelum bermula, berselfie dulu ^_^

Saya menang pertandingan ni la

Setelah Ms. Mawar sampai, semua pemenang dapat berselfie bersama Ms. Mawar. Saya kenal Ms. Mawar ni pun sebab dia selalu buat video untuk guardian. Cantik juga orangnya. Acara bermula dengan berjalan bersama Ms. Mawar menuju ke rak “display” produk Nurish Organiq. Ms. Mawar menerangkan cara penggunaan produk Nurish Organiq dan tip kecantikan yang diamalkan nya.


Inilah Ms. Mawar yang orang semua tunggu

Sesi Berselfie bersama Ms. Mawar

Setelah selesai di rak “display” produk Nurish Organiq, semua peserta dibawa menuju kebahagian sesi soal jawab. Ms. Mawar akan menanyakan soalan, sesiapa yang dapat menjawab soalan akan diberi peluang untuk pusing roda hadiah. Setiap warna yang ada pada roda mempunyai jenis hadiah yang berbeza. Tetapi Cuma tiga soalan sahaja yang akan ditanyakan, saya berpeluang untuk menjawab soalan yang ke-3. Dan dapat hadiah.

berada di bahagian roda hadiah

Bermulaha sesi soal jawab

Saya dapat hadiah sebab jawab soalan

Selesai sesi soal jawab, semua peserta dijemput untuk minum petang bersama Ms.Mawar di Secret Recipe. Sebelum bersurai, semua peserta diberi goodies bag.  

Minum petang bersama Ms. Mawar di Secret Recipe

Goodies Bag

Hadiah jawab soalan

**********************
Sekian sahaja acara saya bersama Ms.Mawar berjalan-jalan di Guardian.
Terima kasih kerana membaca

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS