Dua minggu sebelum peperiksaan, saya telah menerima email dari SPA. Dalam email tu menyatakan bahawa saya dijemput untuk menduduki peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 (Jabatan Kebajikan MAsyarakat Malaysia) pada 18/10/2019. Macam tak percaya sebab saya punya status permohonan SPA tu dah tamat pada September 2019, memang tak ada plan nak update dah. Lagipun 10 tahun asyik renew dan tak pernah dijemput untuk peperiksaan langsung. Dah dapat email tu, terus cepat-cepat saya update dan renew permohonan kat website SPA.

Email yang saya terima tu macam ni lah


PERSIAPAN SEBELUM EXAM
Mula-mula memang rasa malas, tapi difikirkan balik Cuma exam je pun. Cubalah, lulus atau gagal tu belakang cerita. Peraksaan takut tu memang ada terutama kalau terfikir tentang bahagian Seksyen A tu. Banyak juga lah blog yang saya baca tentang pengalaman peperiksaan online SPA ni, ada yang baru graduate pun dah kena panggil untuk exam. Untungnya la kan. Tiba-tiba saya terbaca dekat 1 blog ni, dia jual eBook untuk orang yang nak menduduki exam online SPA, saya pun terus beli seksyen A,B, dan C harga dalam RM80.

>Ulang kaji untuk Seksyen A
Seksyen A ni adalah soalan yang berkaitan dengan Pengetahuan AM. Dah beli eBook kan, sekali buka, terus pening dan tak apa lah, saya akan study bahagian seksyen A ni hari yang  akhir sekali.

Ni je yang saya larat salin


Macam mana saya study? Disebabkan saya pun tak tau nak mula baca apa dulu, jadi saya cadangkan untuk pergi website JKM dan buat nota. Lagipun jawatan untuk peperiksaan saya nati adalah under JKM kan. Mula-mula semangat menyalin Visi, Misi, dan Objektif. Lepas tu bosan, jadi saya cari alternative lain untuk print screen dan safe dekat PC opis je, lagipun nanti exam saya guna PC opis juga. Saya cuma print screen point yang besar ja, macam jenis dasar dan perkhidmatan, yang huraian semua saya tak buat nota. Lepas tu saya baca nota pengetahuan Am tingkatan 6 dekat satu blog ni. Semua pasal parlimen, kabinet, kehakiman saya baca.

>Ulang kaji untuk Seksyen B
Bahagian daya penyelesaian masalah, saya ada rujuk dekat eBook yang saya beli tu, mmmmm ada pening jugalah tengok graf bagai. Last-last saya google juga nota SPM. Saya tak fokus dekat graf sangat. Sebab saya buat ulang kaji ni berdasarkan pengalaman saya jawab exam erecruitment (SPA Sarawak). Saya fokus dekat pengiaan peratusan, berat, kelajuan, kebarangkalian dan yang berkaitan. Ohhh yaaa saya siap install apps calculator saintifik lagi kat smartphone. Malas nak beli, bukan pakai hari-hari pun.

Hahhhh rajin tak, tulisan tu no commentlah, sendiri faham.

Saya download apps ni je


>Ulang kaji untuk Seksyen C
Bahagian Kefahaman Bahasa Inggeris, bahagian ni saya focus dekat grammar je. Memang nampak nota yang saya buat tu macam lawak. Tapi nanti time exam baru tau lawak ke tak, kalau dah nervous, yang senang pun boleh jadi susah tau.

Lucukan nota saya, dah macam budak tadika punya Inggeris


Saya buat latihan secara online sahaja. Cuba google mengenai “latihan grammar bahasa Inggeris online”.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN ONLINE
Hari yang ditunggu telah pun tiba, takut juga mana tau ada kerja urgent. Sebab saya buat exam kat opis, line internet opis super laju tau. Tapi saya memang dah pastikan semua kerja dah disiapkan sebelum hari exam ni, tersusun cantik di atas meja, cakap je nak paper apa, file apa, dalam 3 saat saya boleh bagi terus (cehhhh).

Seperti yang saya sedia maklum, website untuk peperiksaan akan dibuka satu jam sebelum peperiksaan bermula, jadi saya antara yang terawal log in website tu. Yelah saya ada terbaca dekat blog lain tu, kalau lambat log in nanti “trafik jem”. Sementara menunggu peperiksaan bermula, saya sediakan kalkulator biasa tu walaupun dalam smartphone dah install kalkulator yang smart. Sekeping kertas A4 untuk saya conteng time soalan kira-mengira.

Nampak tak yang warna merah tu, nanti kalau dah tiba waktu menjawab memang akan terus keluar soalan pertama


PEPERIKSAAN SEKSYEN A
Mempunyai 30 Soalan dan masa  selama 30 minit. Dari soalan pertama sampai soalan yang ke 30, kesemuanya hanya berkaitan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Ini bermaksud, 90% jawapan untuk soalan seksyen A ini boleh didapati dalam website rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Contohnya soalan berkaitan dengan Visi dan misi JKM. TETAPI website JKM memang tak boleh buka, mungkin dah “tutup” sementara. Setelah selesai menjawab peperiksaan online, saya pun cuba “buka” website rasmi JKM, dapat pula “buka”.

Antara soalan yang saya sempat print screen boleh rujuk gambar dibawah tu, 3 gambar tu cukup lah.

Gambar lebih jelas kalau view guna komputer

Gambar lebih jelas kalau view guna komputer

Gambar lebih jelas kalau view guna komputer


PEPERIKSAAN SEKSYEN B
Mempunyai 20 soalan dan masa selama 25 minit. Dari soalan pertama sehinggalah soalan yang ke 25, memang tak ada soalan yang berkaitan dengan graft atau sfera atau curve dan seangkatan dengannya. Bahagian ni saya tak sempat  nak ambik gambar sebab sibuk mengira dengan soalan yang berbelit. Hihihihi. Kalau SPM anda mendapat A dalam mata pelajaran math mungkin tak ada masalah bagi anda. Jangan risau kerana soalannya tak adalah susah sangat.

Contoh pertama:
Basikal Ahmad adalah 60% lebih mahal daripada basikal Ah Chong. Berapakah harga basikal Ahmad sekiranya harga basikall Ah Chong adalah RM300. (tak adalah susah sangat kan boleh kira guna kalkulator biasa ja)

Contoh Kedua:
Berat 2/3 beras daripada setengah guni beras adalah 25kg. Berapakah Berat seguni beras tersebut.

Contoh Ketiga:
Ali bertolak dari rumah menuju ke Q pada pukul 9.30 pagi sejauh 384km. Sekiranya Ali memandu dengan kelajuan 96km sejam, pukul berapakah Ali akan tiba di Q.

Contoh Keempat:
Berapa jumlah duit syiling 20sen yang diambil sebanyak 45% daripada RM550.

Ntah apa yang dicontengkan tu


PEPERIKSAAN SEKSYEN C
Mempunyai 20 soalan dan masa selama 20 minit. Mempunyai satu petikan sederhana pandang dan 4 (kalau tak silap) soalan akan ditanyakan berdasarkan petikan tersebut. Terdapat 3 petikan pendek (kalau tak silap, lupa dah) dan setiap petikan akan ada 2 soalan sahaja. Soalan lain mengenai “grammar” je.

Petikan pendek dia macam ni lah


TAMAT

Haaaahhhh akhirnya tamat juga peperiksaan online ni. Semoga perkongsian saya ini dapat memberi sedikit gambaran kepada anda yang baru pertama kali akan menduduki peperiksaan online. Lain tahun, lain lah soalannya, soalan juga mungkin berbeza mengikut jawatan yang ditawarkan. Semoga Berjaya..

**Update: selepas dua minggu peperiksaan, keputusan pun diterima melalui email. Saya gagal ujian online ni. Jadi tak dapat nak cerita tentang peringkat yang seterusnya. 

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella



Tak sangka dapat memenangi voucher untuk makan steamboat dan buffet di Seoul Garden. Peraduan ni saya dapat dekat facebook Seoul Garden Malaysia. Nama pun Seoul kan, jadi makanan yang dihilangkan adalah bertemakan makanan ala-ala Korea macam tu tetapi HALAL.

Nama tu salah ejaan

 
Saya pergi menebus voucher dekat Seoul Garden cawangan Melawati Mall. Staf dia memang sangat friendly. 

Voucher saya terima melalui email

Seperti restoran steamboat yang lain, Seoul Garden  menyediakan pelbagai jenis makanan laut dan pelbagai jenis pilihan perasa ayam dan daging yang telah siap diperap untuk sesi memanggang. Tak nak menulis panjang-panjang, silalah tengok gambar-gambar dibawah tu ye.

Sayur-sayuran dan agar-agar


ABC


Ais Krim


Air minuman (Jus buah)


Mee dan nasi yang telah siap dimasak


Pelbagai jenis mee untuk masak steamboat


Bahagian depan tu sea food, yang belakang tu ayam dan daging yang telah diperap


Rojak


Pelbagai pilihan sos

Bagi saya makanan dia tak adalah banyak pilihan sangat tapi memang mengenyangkan. Saya memang tak sentuh pun mee atau nasi. Saya terus pergi ke bahagian sea food. Yelah jarang makan seafood dalam kuantiti yang banyak kan. Yang bestnya, kalau tempat grill tu dah hitam legam atau dah banyak yang melekat kat situ (biasalah kalau dah grill beramai-ramai mesti akan jadi hitam lah), anda boleh minta untuk tukar dengan yang bersih. 

Sushi pun ada, dapur dia macam ni, memang selesa.


Selamat menjamu selera


********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Google Image


Event
Saya mula terlibat dengan Event pada hujung tahun 2017. Seorang rakan sekerja saya mengajak saya menyertai satu event yang pertama. Selesai sahaja event, semua peserta diberi goodies bag. Semasa event pertama tersebut saya dapat set skincare, dan satu beg serta majalah. Wahhh banyaknya, dah tentulah seronok.

Mulai dari saat itu lah saya akan mencari event yang khas berlangsung pada hari Sabtu sahaja, Hari ahad pula saya nak berehat di rumah dan meluangkan masa bersama keluarga. Macam mana saya mencari event??? Saya dan rakan biasa mencari event di laman web dan facebook majalah (Majalah Jelita, Shape, HerWorld, Woman’s Weekly, Feminine Magazine dan banyak lagi).

Tak semua event yang saya pergi tu percuma ya. Ada yang perlu dibayar tapi taklah mahal sangat. Kadang-kadang kalau ada tawaran untuk 2 orang lagi murah. Contohnya yuran mendaftar untuk seorang adalah RM20, manakala kalau 2 orang adalah RM30. Setiap event mengenakan yuran yang berbeza.

APA YANG BEST JOIN EVENT??? Dah tentulah best sebab dapat goodies bag. Sebelum menyertai sesuatu event, saya akan cari dulu berapa nilai goodies bag untuk setiap peserta. Terdapat event juga yang menyediakan lucky draw. Kalau tak ada goodies bag atau yang barang biasa-biasa ja tu, memang saya tak turut serta dalam event tu. Selain itu, dapat makan yang sedap-sedap, terutamanya kalau event tersebut diadakan di hotel mewah.

Event Fun Run atau larian? Tengok jugalah lokasi event untuk larian, sebab ada lokasi yang memang susah nak pergi dan train pun tak ada. Kebanyakan event larian ni akan membuat pendaftaran seawall jam 6 pagi. Lucky draw juga sangat bernilai, sampai ada kawan saya pernah menang kereta semasa lucky draw event larian ni. Goodies bag biasa akan diberi beberapa hari lebih awal untuk mengelakkan kesesakan semasa sesi pendaftaran pada hari kejadian. Bayaran untuk setiap event larian pun berbeza.

Contest
-Online-
Saya mula melibatkan diri menyertai contest online pada pertengahan tahun 2018. Kebanyakan contest online yang saya sertai adalah di facebook, dan pada hujung 2018 saya mulai Sign up akaun Instagram dan join contest di instagram pula. Lagipun ada contest yang memerlukan peserta untuk “like” facebook page & “Follow” Instagram. Tetapi saya memang lebih fokus kepada contest di facebook.

Syarat asas yang selalu ditetapkan oleh contest online adalah seperti “like” facebook page, “like” contest post, “tag” 3 orang rakan facebook, “Share” contest post dan tetapkan “share” tersebut kepada awam / public. Mula-mula memang rasa susah dan malu, apa lagi kalau perlu “Tag” kawan facebook. Tetapi saya selalu “tag” ahli keluarga sahaja, dan minta kebenaran mereka terlebih dahulu.

Setelah beberapa bulan menyertai contest, saya ada masuk group peserta contest. Dekat dalam group tersebut, ada ahli akan kongsi contest bersama, dan akan “tag” saya sekiranya saya ada memenangi sesuatu contest. Selain itu,saya juga telah ada rakan facebook yang saya boleh “tag” dalam contest, Kalau ada orang yang guna nama yang bertulisan (Tulisan Jawi dan sebagainya) sampai saya pun tak tau nak “tag” macam mana, saya tak akan “confirm” orang tu jadi friendlist saya, yelah dia ja boleh “tag” saya, tak adil la kan. Tetapi tidak semua contest memerlukan saya untuk ‘Tag” orang.

Tak semua contest online ni saya akan join. Saya akan baca TAC terlebih dahulu. Kemudian saya akan tengok apa hadiah yang ditawarkan, seterusnya adakah hadiah akan dihantar melalui pos atau harus pergi ke lokasi tersebut untuk menebus hadiah. Sekiranya TAC menetapkan pemenang perlu ke lokasi tersebut untuk menebus hadiah, maka saya akan pastikan lokasi tersebut tidak terlalu jauh dari luar kawasan tempat tinggal saya dan mempunyai kemudahan public transport.

Selain itu, saya tidak akan menyertai contest yang memerlukan peserta mendapat banyak “Like” atau memerlukan semua rakan yang saya “tag” untuk “like & follow” facebook page  atau Instagram penganjur.

Memang banyak hadiah menarik, kadang-kadang saya memenangi pakej penginapan hotel untuk 2 orang atau pakej makan malam di sebuah restaurant atau hotel untuk 2 orang. Malahan saya juga pernah memenangi barang hadiah keperluan harian, make up, dan pakaian.

TETAPI ada juga penganjur yang scammer atau menipu. Mereka hanya ingin mendapat banyak like untuk facebook page atau ramai follower untuk Instagram, kemudian tiada pemenang diumumkan dan “post” mengenai contest tersebut terut di “delete” oleh penganjur. Selain itu, terdapat penganjur yang mengubah TAC untuk mengurangkan bilangan pemenang atau menukar hadiah yang sepatutnya kepada hadiah lain (kalau hadiah yang ditukar adalah sama nilai, mungkin itu adil. Tetapi seandainya nilai hadiah yang ditukar jauh lebih rendah dari nilai hadiah sebenar, mungkin pemenang akan tidak puas hati). Sekiranya saya terlibat dengan penganjur scammer macam ni, saya akan “Unlike / Unfollow” facebook dan Instagram penganjur. Siap “block dan report” sekali.

Bukan setakat cabaran penganjur scammer, tetapi turut menghadapi cabaran peserta yang suka “Copy Paste” jawapan orang lain. Memang ada contest yang jawapan semua sama, tetapi bagi content ayat kreatif pula, memang 100% kena berusaha reka ayat sendiri. Apabila terkena dekat saya, memang sakit hati. Ada rakan contest saya siap buat aduan dekat penganjur mengenai ayat dia yang orang tiru 100%.

-Offline-
Contest offline pula biasanya memerlukan saya mengeluarkan modal untuk membeli sesuatu produk. Antara contest offline yang saya sertai ialah “peraduan Whatsapp dan Menang”. Saya pernah memenangi hadiah voucher Giant RM500. Kadang-kadang tu teringin juga menang hadiah mesin basuh ke, TV ke, handphone ke. Tapi setakat ni rezeki saya kebanyakan dapat voucher untuk shopping sahaja. Syukur lah juga, walaupun voucher tapi boleh jimat kan.

Sama seperti contest online, saya juga akan baca TAC contest offline terlebih dahulu. Sekiranya saya dapat mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur, barulah saya akan menyertai peraduan tersebut. Sekiranya TAC pembelian minimum adalah sangat mahal, saya akan lupakan sahaja contest tersebut. Buat apa nak habiskan ratusan ringgit dan belum tentu boleh menang. Selain itu, saya juga tak akan menyertai contest yang menggunakan peserta yang mempunyai jumlah pembelian yang tertinggi akan menjadi pemenang, saya tak nak membazir untuk itu.

KESIMPULAN
Saya memang akan baca TAC terlebih dahulu sebelum menyertai sesuatu contest sama ada online atau offline. Baca terlebih dahulu apakah hadiah yang bakal diterima oleh pemenang. Seorang peserta peraduan juga perlu tahu sama ada hadiah pemenang akan di pos atau perlu di tebus terus di lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Terdapat juga peraduan yang menawarkan hadiah mingguan. Dan ada peraduan yang memerlukan para pemenang berkumpul di sebuah lokasi yang telah ditetapkan untuk merebut hadiah utama. Jadi pastikan anda dapat hadir di lokasi yang telah ditetapkan sekiranya anda terpilih sebagai pemenang. Dan jangan risau kerana terdapat TAC yang boleh mengantar wakil untuk ke pusingan akhir atau wakil untuk mengambil hadiah.

Memang ada peserta contest yang menyertai semua contest tak kira hadiah apa pun. Tak salah pun, ikut minat masing-masing. Semoga semua peserta contest menyertai contest dengan jujur dan menang lebih banyak lagi.

RISIKO menyertai peraduan facebook atau Instagram adalah anda mungkin kehilangan kawan di facebook atau Instagram. Termasuklah kawan yang sememangnya anda kenal lama. Sebab mereka mungkin tak berminat dengan apa yang orang kaki contest macam saya ni "share".  Tapi saya tak kisah pun sebab zaman sekarang saya memang harapkan hadiah contest dapat membantu saya untuk mengurangkan perbelanjaan. Dan sudah tentu perasaan happy bila dapat hadiah tuuuuuuu rasa wowww "saya menang voucher RM500/ baju/ tiket wayang/ 2N1D di hotel.......". Macam nak bagitau 1 dunia. Yelah siapa nak bagi free kalau tak usaha walaupun terpaksa join contest dan mencuba nasib bersama beratus-ratus atau beribu-ribu peserta. 


********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS