Pada Hujung bulan September 2019, saya secara tak sengaja dan tanpa dirancang telah pun berada di Cempaka Beach Resort, Kuantan. Ceritanya bermula pada pagi hari Sabtu sebelum subuh, ada orang tu kejutkan saya suruh teman pergi outstation, urgent katanya. Dengan pantasnya saya bersiap dan berkemas sebab sejam lagi dah nak bertolak.

Perjalanan dari KL ke Kuantan mengambil masa dua jam lebih kalau tak silap. Dalam kereta saya sambung tidur, hahahahaha. Ada juga singgah sekejap dekat R&R (lupa nama tempat tu).

Buka je pintu terus boleh nampak kolam renang

Cempaka Beach Resort ni betul-betul berhadapan dengan pantai. Waktu kami sampai, terdapat sekelompok kambing tengah lalu di hadapan resort yang kami nak bermalam tu. Rehat sekejap dalam bilik.

Agak-agak dah petang dan tak panas, kami terus pergi berjalan-jalan di tepi pantai, ala tak jauh pun, cuma seberang jalan je dari resort. Wahhh, bersih betul pantai dekat sini. Ada yang mandi air pantai, ada yang main pasir. Angin pantai pun sangat kuat, memang cantik untuk berselfie.

Air baru nak pasang

Dah siap mandi air pantai, kami terus pergi semula ke resort dan bilas badan dekat pili air yang memang dah disediakan di tepi kolam. Ye, Cempaka Beach Resort ni ada 3 kolam renang tau. 2 kolam yang berbumbung khas untuk kanak-kanak, tengah hari pun boleh mandi kolam sebab ada bumbung khas disediakan. 1 lagi kolam yang tak berbumbung untuk golongan yang lebih dewasa.

2 Kolam untuk kanak-kanak, dan 1 kolam untuk yang dewasa.

Mula-mula kami pun ada rasa bersalah sebab tepi kolam jadi berpasir, yelah balik dari mandi pantai terus mandi dekat kolam pula. Tetapi pemilik resort tu senyum je cakap tak apa sebab mereka memang selalu akan cuci kolam tu pada waktu pagi. Takut juga mula-mula bayangkan muka pemilik tu akan jadi macam Hulk dalam cerita Marvel tu. Memang sangat selesa menginap dekat Cempaka Beach Resort, pemiliknya sangat peramah.

Menu kami malam tu adalah masakan seafood di restoran yang berdekatan. Dah duduk dekat tepi pantai memanglah banyak seafood, besar-besar pula tu. Semasa kami nak keluar makan malam tu, pemilik resort ada pesan yang pagar resort akan ditutup dalam pukul 11 malam sebab risau sekelompok lembu akan masuk ke kawasan resort tersebut. Tapi jangan risau sebab pagar tu tak dikunci pun, kalau balik lebih dari pukul 11 malam, boleh tarik sendiri je pagar tu dan kemudian tutup balik.

Dah malam baru teringat nak ambik gambar bilik penginapan kami, dalam 1 bilik tu saya kongsi bertiga. sebab ada 2 katil luas. Sila lah tengok gambar bilik yang saya sempat ambil tu. Ni kira bilik keluarga.

Ada dua katil size Queen, Ion & Ion boat ada dalam almari tu.

Bilik Air

View bilik kami betul-betul menghadap pantai, boleh nampak kambing atau lembu lalu.

Suasana pagi dipenuhi dengan bunyi ombak pantai, bunyi kambing, lembu dan segala macam ternakan dekat kawasan tu lah. Setelah check out, kami singgah sebentar di Pasar Nelayan Kepadang Kuantan. Semasa kami sampai tu memang dah tinggal sedikit je hasil laut, yelah dah tengah hari kan. Menurut kakak yang jadi pemandu arah kami, biasa dalam pukul 7 pagi atau pukul 8 pagi bot nelayan baru sampai dekat jeti, memang semua hasil laut segar bugar. Udang pun masih melompat-lompat lagi. Tapi kami tak beli apa-apa pun dekat pasar nelayan, sebab tak ada bekas, risau sampai KL ikan, sotong semua dah busuk.

Pasar Nelayan Kepadang, Kuantan Pahang

Sekian sahaja cerita mengenai percutian saya yang tak dirancang kali ini. Tak dapat snap banyak gambar, sebab betri handphone dah nak habis, charger lupa, power bank tinggal. Mmmmm kelam kabut bersiap jadi macam tu lah. Memang seronok berada di 
Cempaka Beach Resort.

<Facebook: Cempaka Beach Resort >

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Google Image

Selalu lupa cara nak sign out gmail dekat handphone, jadi taip je kat sini, nanti senang nak cari. Mungkin lain
handphone, lain cara untuk sign out. Saya guna handphone jenama Samsung.

Sign out gmail sangat penting apabila nak tukar handphone baru atau nak bagi handphone sendiri dekat orang lain. Kalau tak sign out, orang lain boleh tau banyak benda yang tak sepatutnya, contoh password FB, password online banking, dan sebagainya. Jadi sebelum trade in atau bagi handphone dekat orang lain atau buang handphone tu ke, jangan lupa sign out gmail dan akaun yang lain terdapat dalam handphone tersebut.

 Langkah 1: Sila pergi ke gmail dalam handphone tu dan klik dekat "Setting"
Langkah 1

Langkah 2: klik dekat 3 titik seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah
Langkah 2

Langkah 3: Pilih "Manage Accounts
Langkah 3

Langkah 4: Klik mana-mana akaun gmail yang nak di "sign out"
Langkah 4

Langkah 5: Akhir sekali klik "Remove Account"
Langkah 5

Dah siap, semoga berjaya, lain jenis handphone mungkin lain display untuk sign out.

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella



Saya memenangi tiket Skytropolis ni dekat contest facebook. Pada 10 March 2019 awal-awal pagi lagi dah gerak ke Genting sebab taknak bersesak nak naik gondola.

Tiket yang saya dapat tu macam ni.

Harga gendola RM16 untuk return

Mula-mula tu pusing-pusing tengok apa yang special dekat brand outlet.  Banyak juga sale time tu. Tak panas sangat sebab awal lagi dan baru je lepas hujan.

Singgah jap kat pakcik ni

Destinasi pertama yang saya pergi terlebih dahulu ialah Genting Bowl. Best juga main bowling dekat sini sebab tak sesak sangat. Pergi ke kaunter untuk dapatkan cop dan sewa kasut. Macam tempat bowling lain, kat sini pun kena sewa kasut bowling juga. Cuma main 1 game je sebab tiket tu untuk 1 pusingan sahaja. Okey la tu, 1 round pun banyak juga.

Welcome to Genting Bowl

Kita tukar kasut dulu.

Destinasi kedua ialah Senikome Peng Heng. Lokasi Senikome ni betul-betul dekat bawah Genting Bowl. Turun 1 tingkat je guna lif. Senikome ni rupanya adalah mini muzium negeri Pahang. Tak lah besar mana pun, nama pun mini muzium kan. Tapi banyak juga benda yang berkaitan dengan negeri Pahang boleh dilihat disini.

Gambar sebagai kenangan

Alat muzik tradisional.

Wau

Congkak

Mesin tenun

Wayang kulit

Panggung wayang kulit

Destinasi terakhir iaitu Skytropolis Indoor Theme Park. Dari lokasi Senikome tadi, gunakan lif turun sampai ke level bawah sekali. Haaaahhh dah sampai, ramai juga orang pada hujung minggu macam ni. Rupanya dah start summer holiday ye, tu yang ramai orang luar datang ke sini. Nak main pun kena beratur lama-lama. Mmmmm malas nak menaip panjang-panjang, boleh terus lihat gambar yang saya sediakan kat bawah.

Pintu gerbang Skytropolis

Harga Tiket mengikut package

Harga Tiket




















Tak main pun kesemua permainan tu, sebab terlalu ramai orang dan rasa malas nak beratur panjang-panjang. Tempat dia memang sangat cantik. Turun dari Genting tu dalam pukul 3 petang, jalan pun jem juga sebab hujan kot. Hari minggu yang memenatkan,tapi seronok dapat jalan-jalan.

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella


Selang seminggu selepas menduduki peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat (S41), saya turut menerima email untuk untuk peperiksaan online bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir gred N29 (Pengurusan Stor). Peperiksaan online ini berlangsung pada 25 October 2019.

PERSIAPAN SEBELUM EXAM
Persiapan tak segigih seperti peperiksaan online S41 saya yang berlangsung seminggu sebelum peperiksaan online N29 ni. Tak tahu kenapa sibuk sangat dekat office minggu ni. Kalau nak baca mengenai persiapan saya untuk peperiksaan online S41 tu boleh KLIK DISINI. Ada sedikit perasaan lega sebab untuk peperiksaan yang gred 29 tak ada soalan pengetahuan am.

Untuk peperiksaan kali ni, di seksyen A (Daya penyelesaian masalah) saya cuba untuk mengulangkaji tentang %, Kebarangkalian, Halaju, nisbah dan sedikit tentang formula yang ringkas seperti min dan medium.

Manakala untuk seksyen B (Kefahaman Bahasa Inggeris), saya membuat latihan grammar secara online.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN ONLINE
Jam 9 pagi saya dah login website exam online tu. Kena tunggu lagi sejam untuk peperiksaan bermula. Saya dah sediakan kertas A4 dan kalkulator siap-siap. Sila view gambar menggunakan komputer untuk gambar lebih besar.


PEPERIKSAAN SEKSYEN A
Menunggu cukup masa untuk peperiksaan bermula

Mempunyai 20 soalan dan masa selama 25 minit. Tidak ada soalan berkaitan dengan graf atau curve yang keluar. Cuma ada satu soalan tu suruh mencari kedudukan sekiranya XXXX adalah satu garis lurus, lebih kurang macam tu lah, saya pun lupa dah. Tak sempat ambil gambar soalan sebab nervous mengira, tapi soalan tu lebih kurang macam contoh yang saya bagi dekat bawah tu.

Contoh pertama:
Ali dan Lim ingin menjual basikal. Harga basikal Ali ialah RM880 dan harga basikal Lim ialah RM790. Berapakah jumlah hasil jualan basikal Ali dan Lim sekiranya mereka menjual dengan harga 15% daripada harga basikal mereka?

Contoh Kedua:
Haikal mendapat gaji sebanyak 30% hasil daripada keuntungan menjual cucur pisang selama 4 minggu. Ini adalah hasil daripada jualan selama 4 minggu iaitu RM390, RM320, RM370,dan RM430. Berapakah gaji Haikal hasil daripada keuntungan menjual cucur pisang?

Contoh Ketiga:
1331, 1728, 2197, 2744, R
Berapakah nilai R?

Contoh Keempat:
Almari tersebut dijual dengan harga RM290 iaitu 45% daripada harga asalnya. Berapakah harga asal sebenar almari tersebut?

Contoh Kelima:
Terdapat 170 biji buah epal didalam kotak. Nana telah menjual 1/5 biji buah epal. 3/8 daripada baki buah epal diberikan oleh Nana kepada jirannya. Berapa biji buah epal yang masih ada di dalam kotak?

Contoh Keenam:
Rose mengayuh basikal dengan kelajuan 20km/j selama 1.30 jam. Kemudian Rose berehat selama 5 minit. Kemudian Rose menyambung perjalanannya selama 1 jam. Berapa jarak yang dilalui oleh Rose?

PEPERIKSAAN SEKSYEN B
Rehat sekejap sementara menunggu untuk peperiksaan seterusnya

Mempunyai 20 soalan dan masa selama 20 minit. Terdapat beberapa soalan yang berpandukan petikan, contoh soalan tu anda boleh rujuk pada gambar dibawah. Sudah tentu terdapat soalan mengenai “grammar”.

Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3


TAMAT
Pendek sahaja penerangan saya mengenai peperiksaan online kali ni. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat kepada anda yang nak tahu macam mana soalan peperiksaan online ni. Ini pengalaman saya dalam tahun 2019, mungkin di tahun yang akan datang, soalan juga mungkin berubah. Bagi yang akan menduduki peperiksaan online, saya ucapkan semoga Berjaya.

**UPDATE
Dah dapat keputusan, tapi dukacitanya GAGAL. Hahahahaha, tak terkejut pun. jadi saya ucapkan semoga berjaya kepada calon yang terpilih ke peringkat yang seterusnya.

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella



© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS