Kali ini saya nak cerita mengenai DAUN BAWANG. Bukan makcik bawang, pakcik bawang atau adik beradik bawang ye. Saya rasa semua individu ada cara tersendiri untuk menyimpan daun bawang. Cara yang selalu saya tengok dekat rumah panjang saya, ada yang letak dekat meja sahaja, dari daun bawang tu hijau sampai la daun bawang tu menjadi kuning. Kalau mak saya pula, dia suka letak dalam peti sejuk tempat simpan buah atau sayur tu. Kalau pergi beli daun bawang mesti mak saya akan ambil daun bawang macam dia ambil sayur kangkung. Mmmmmm memang la daun bawang tu murah, tapi sayang bah kalau dibiarkan rosak atau kuning macam tu saja.

Sumber google: Ini lah daun bawang ya, bukan daun kucai

Okey, kita berbalik kepada topik tips untuk menjadikan daun bawang tahan lebih lama. Mula-mula, kerat bahagian urat yang bertanah tu. Lepas tu buang la yang urat dan tanah tu. Yang bahagian daun tu pula sila cuci dengan bersih, kalau ada daun kuning atau yang dah layu, buangkan saja. Sapa nak makan kalau dah kuning layu. Kemudian “tos” kan sampai air dah tak menitik. 


Saya biasa bersihkan daun bawang pada waktu pagi, tengah hari dah boleh hiris. Tujuan bersihkan daun bawang adalah untuk memudahkan anda nak masukan daun bawang dalam masakan, nanti kalau taknak cuci dah pun boleh. Cara saya hiris daun bawang seperti gambar yang dekat bawah tu. HIris daun bawang pun boleh pedih mata tauu kalau dah banyak sangat.

Hirislah daun bawang tu ikut suka nak halus / panjang

Dah siap dihiris

Dah siap hiris dan masukan ke dalam bekas, sila masukan bekas yang berisi daun bawang ke dalam peti sejuk. Simpan dekat bahagian sejuk beku tu, alaaaa yang tempat simpan daging, ayam, ikan, aiskrim tu. Faham kan. 

Siap untuk di simpan dalam peti sejuk beku

Nanti kalau nak guna daun bawang, Cuma keluarkan terus masuk dalam masakan anda. Saya pernah simpan daun bawang tu sampai 3 minggu, warna pun masih hijau dan tak rosak. (Kalau boleh, tos daun bawang tu sampai tak ada air menitis pun selepas dicuci, sebab kalau ada air nanti daun bawang tu pun boleh bertahan kurang dari 2 minggu).

**********************
Sekian sahaja cerita tentang daun bawang.
Terima kasih kerana membaca

SHARE 18 comments

Add your comment

  1. sllu balut dengan suratkhabar untuk daun bawang tahan lama..nti boleh try tips ni..so far hanya daun kari dengan daun limau jer sy letak dlm bahagian atas..

    BalasPadam
  2. thanks for the tips... it's a great way to store it much much more longer... great way.. love it!

    BalasPadam
  3. Wah..tips bagus ni...nanti dah masuk dalam peti sejuk beku dia tak layu ke..Selalu akak balut dengan suratkhabar supaya dia lambat layu...thanks for the tips..boleh cuba nanti

    BalasPadam
  4. Such a good tips! I never knew about this tips. Look weird but after read your testimony i believe it's work! I would try later on. Thanks for sharing this useful tips.

    BalasPadam
  5. Great tip! I memang tak pernah terfikir nak buat macamni. I selalu balut paper je. Nanti boleh la I try ni juga.

    BalasPadam
  6. Owh dengan cara ni daun bawang akan lebih tahan lama ye. Boleh try tips ni. Biasa simpan bahagian sayur biasa tu, 2,3 hari dah rosak.. sayangla kan

    BalasPadam
  7. tips baru ni hahaha.amni baru tahu.selalu simpan daun bawang kejap je layu sebab ltk peti bawah.lps ni amni try letak peti beku pulak.

    BalasPadam
  8. Ohhh macam tu yea, tips yang bagus.. selalu rendam dalam air jer.. nanti boleh cuba cara mcm ni!

    BalasPadam
  9. Ya Allah even dah baca sampai habis pun dok imagine bawang goreng je hahahha. Fikir bila nak goreng ni aduhai. Dekat rumah Nad jarang masak so memang takde stock banyak-banyak macamni.

    BalasPadam
  10. Oooo.. Boleh ehh. Bila deforst tu x mcm burn ke kat daun dia. Kalau saya.. Saya letak dekat dalam plastic cococrunch tu. Nak bagi tahan lama

    BalasPadam
  11. tak terfikir nak letak dlam freezer. next nak buat la.. tapi tu la bahagian freezer pun penuh degna prep meal dan lauk mentah.. jenuh gak nak simpan.. tapi good info..

    BalasPadam
  12. Pernah gak baca tentang tips ni..tapi selalunya beli tak banyak so cepat le habis..tak sempat masuk freezer..hehehe

    BalasPadam
  13. Wah Terima kasih atas tips yang diberikan. Ingat nak cuba nanti. Sbb memang selalu guna dayn ni dlm masakan

    BalasPadam
  14. thanks for the tips! i cannot imagine after 2 weeks masih hijau lagi. but i supposed freezer memang can help, just that not sure if the nutrition still ada ke.

    BalasPadam
  15. Yup.. Kita pon amalkan cra cmni.. Kalau letak tnpa bekas tutup, mmg cpt kering..kalau dlm bks tutup daun msh bertahan beberapa minggu..

    BalasPadam
  16. Bagus betul idea ni. Tapi maybe nanti saya nak upgrade sikit idea ni. Instead of letak semua sekali gus, maybe boleh letak dalam bekas kecil kecil. Kiranya kalau nak pakai, ambil satu bekas je.

    BalasPadam
  17. oo.. boleh ye letak dalam tempat sejuk beku.. baru tahu ni.. boleh la try buat.. sebelum ni selalu balut dengan kertas surat kabar je..

    BalasPadam
  18. Tips yang berguna dan boleh ikut cara ni. Thanks for sharing ! :) saya pun macam Tengku butang juga selalu main bungkus guna newspapers :D

    BalasPadam

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS