Sumber: Google Image 

Disebabkan ramai kawan-kawan saya yang Tanya, macam mana saya boleh “terpelanting” kat flat “buruk” macam ni??? Baru tengok bangunan flat tu je dah rasa macam tak selamat je, ala-ala macam tempat orang belakon cerita hantu. Apalagi kalau masuk lif dia, aduiii semua akan cakap, “biar betul Sella tinggal tempat macam ni, bukan Sella tak boleh duduk flat ka?”. Memang semua kawan-kawan saya takkan percaya saya duduk tempat macam tu, saya sendiri pun tak percaya pada mulanya. Kalau nak tau pengalaman saya tinggal dekat flat “buruk” ni, nanti saya cerita okey.

Sekarang saya berbalik semula kepada tajuk konten ini “RUMAH KU ADA PENGHUNI LAIN”??? Sebelum saya meneruskan cerita, saya ingin meminta maaf kepada mereka yang kurang senang dengan cerita saya ini.

******** BARU DAPAT RUMAH SEWA********
MEI 2017: Sementara menunggu rumah baru siap, Saya pun menyewa berdua di sebuah pangsapuri dekat kawasan Subang Bestari dan Kampung Melayu Subang pada bulan Mei 2018. Rumah yang saya sewa tu berkeluasan 1100sqft. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Rumahnya cantik dan full furnish, cantik pula tu. Cuma sunyilah.

Kisahnya pun bermula setelah siap membersihkan rumah. Hampir setiap malam, saya akan terdengar orang bermain guli, tarik-tarik perabot dekat tingkat atas, sekali sekala akan terdengar orang berlari di luar rumah. Mula-mula heran juga, siapa la yang hampir tiap malam susun rumah ni, tingkat atas pula tu, padahal rumah kami lah yang paling atas (tingkat 5). Mula-mula tu buat tak tahu la, yang penting tak kacau rumah kami. Cara mengatasi perasaan tak sedap tu, kami akan tidur selewat-lewatnya, sebab kalau tertidur jam 10 malam, mesti akan terjaga jam 1 atau jam 2. Haaaahhhhh time jam 1 jam 2 tulah bunyi –bunyi semua tu semakin kuat. Lepas tu mesti susah nak tidur. Untuk elakan perasaan takut, kami buka la TV sampai pagi.

Dan pernah sekali time kami tengah seronok tengok TV lewat malam, yelah time cuti sekolah banyak cerita best-best, terutamanya hari Sabtu. Tiba-tiba TV kami Off sendiri, lepas tu saya On la balik TV tu, mungkin ada yang setting auto off kot. Tapi tak sampai 10 minit, TV tu Off lagi. Aduhaiiiiii time tu saya memang tunggu je kot-kot ada “benda” nak keluar dari TV kan. Rasa malas la On TV tu balik, kami pun buat tak tau terus tarik selimut nak tidur, dengan lampu terpasang semua, sebab TV memang depan katil je. Punya lah susah nak tidur malam tu. Macam cerita drama pula, malam tu pun hujan lebat, tengok jam baru jam 1.30 pagi macam tu la, kemudian tak tau la apa puncanya elektrik tak ade la pula, aduhaiiii. Memang tak tidur la malam tu, jantung pun rasa berdebar-debar je, memang masuk dalam  selimut sampai berpeluh-peluh, sambil dengar ada orang berlari-lari kat luar, orang main guli kat atas. Kemudian elektrik pun dah Okey, tengok jam baru 1.50 pagi, haaahhhh saya ingatkan dah jam 6 pagi. Last-last tetidur juga la, tapi taktau terlena jam berapa.

********** RINDU KE???**********
JUN 2017: Saya bercuti selama seminggu sebab balik kampong. Habis cuti, saya pun kembali ke rumah sewa. Sebelum masuk rumah tu, memang selalu baca doa dulu. Perkara pertama yang saya selalu buat bila sampai rumah, memang akan masuk bilik dulu, semua barang dah letak kat ruang tamu kecil. Time tukar baju, tiba-tiba saya terdengar, ada bunyi air dari bilik mandi. Saya pergi la tengok, rupanya ada yang buka air pancuran dekat bilik mandi tu. Mungkin, “dia” nak sambut kedatangan saya kot. Nasib baik juga “dia” tak buka air tu semula. Kalau air tu terbuka semula, saya rasa saya terus keluar rumah time tu juga.

***********TAKUT MASUK LIF************
DEC 2017: Dekat block rumah saya tu, ada 2 lif. Lif u saling menghadap la, bukan yang sebelah menyebelah tu.. Tapi orang selalu berebut 1 lif tu sahaja. Bila saya Tanya dekat seorang kakak yang tinggal sama block dengan saya, alasan dia, lif yang lagi satu tu selalu rosak dan kadang-kadang boleh terperangkap dekat dalam tu. Yang saya pelik lah kan, lif tu memang orang jarang pakai walaupun berhadapan dengan lif kegemaran ramai tu, Tapi setiap malam saya satu rumah dan tetamu yang bermalam dekat rumah akan dengar lif tu bergerak dan pintu lif terbuka tertutup hampir setiap setengah jam sampai pagi. Saya tau sebab rumah saya sebelah lif tu, dan balkoni rumah pun menghadap lif tu juga.  

Hujung tahun ni memang ramai yang pindah keluar dan pindah masuk block saya tu, sampai lif pun rosak, sebab orang yang pindah tu tak bagitahu dekat maintenance. Jadi mereka tahan je lif tu time loading barang. Apabila lif yang orang selalu guna tu rosak, semua orang memang tak ada pilihan selain guna lif yang orang jarang pakai tu.

Setiap kali saya guna lif yang bermasalah tu, saya akan rasa ada “orang” naik lif sekali dengan saya. Tapi mungkin perasaan saya sahaja tu. Rasa takut tu tetap ada. Mana tak takut, nanti tiba-tiba terperangkap dalam lif tu ke, lif tu jatuh ke, pintu lif tu tak boleh buka ke.

Misteri lif terbongkar semasa saya baru lepas mandi kolam pagi Sabtu, dan ramai yang duduk dekat tepi lif (memang ada ruang untuk duduk) sebab lif tu tersangkut dan ada orang dalam lif. Kenalah tunggu orang datang repair sekejap. Saya pun duduklah dekat dengan kakak-kakak makcik-makcik. Saya terdengar mereka berbual pasal lif tu. Saya pun sibuk la nak tau kisah tu, jadi seorang kakak tu cerita lah
.
KISAHNYA: Pernah terjadi kes pembunuhan seorang wanita di block tersebut, dan mayatnya dijumpai di bawah lif tersebut.

Patutlah, orang dekat situ taknak guna lif tu, rupanya, pernah ada sesuatu yang terjadi dekat lif tu.

*********** ORANG DUDUK DI RUANG TAMU************
JAN 2018: Dah setengah tahun tinggal di situ, rasa dah terbiasa dengar macam-macam.  Perasaan takut tu pun dah tak macam baru pindah dulu. Pada suatu malam, macam biasa saya memang lewat tidur. Sebelum tidur, saya akan pergi ke tandas. Tandas berada sebelah pintu utama dan dekat dengan bilik sahaja, kalau dari pintu bilik saya kira 12 langkah sahaja (jalan macam biasa, bukan kira langkah rapat-rapat). Saya perlu lalu ruang tamu kecil baru sampai tandas.

Setelah saya selesai di tandas pada malam tu, tiba-tiba saya nampak ada orang duduk di ruang tamu utama. Dalam hati “Siapa pula duduk dalam gelap macam ni?”. Saya pun pergi la dekat sikit, tapi saya pelik kenapa la budak ni tak bergerak lepastu muka pun tak nampak, siap duduk bersimpul sopan pula tu. Jantung saya dah laju dah rasa lain macam, takpa lah,saya masuk bilik sajalah.

Dah masuk dalam bilik, saya berkali ganda terkejut, sampai orang dalam bilik tu Tanya “Oiiiii, dah kenapa ni, why you looked me like that, nampak hantu ke???”, kalau dia dalam bilik jadi siapa yang duduk di ruang tamu tu? sebab hanya kami berdua sahaja yang menyewa rumah tu. Tapi saya tak cakaplah dekat orang tu saya ada nampak “orang” lain duduk di ruang tamu. Sebab orang bilik saya ni penakut, tak pasal-pasal dia lari tinggalkan saya malam buta. Mata yang mengantuk pun dah jadi segar, tak tau jam berapa saya terlena.

*********** USTAZ DATANG KE RUMAH************
MAC 2018: Orang rumah saya tu jemput seorang Ustaz datang tengok rumah kami. Mmmmm macam cerita drama pula, hujan lebat, petir guruh semua ada time ustaz tu datang. Ustaz tu cakap rumah tu memang ada “penghuninya”. Rumah “dia” dan tempat “dia” kat situ, kalau halau pun nanti “dia” patah balik juga. Ustaz suruh kami pindah saja untuk mengelak dari terus diganggu.

Kami rancang pindah rumah selepas Tahun baru Cina 2019.

*********** BERKEMAS PINDAH RUMAH BARU************
AUG 2018: Kami tak jadi tunggu sampai 2019 untuk pindah rumah, sebab tuan rumah nak jual rumah yang kami sewa tu. Tunggu hujung bulan baru kami pindah sebab memang dah dapat rumah pun. Pada hari terakhir kami mengemas rumah, Tiba-tiba ironing board kami terhempas, padahal memang belum lipat lagi ironing board tu. Terkejut juga lah dengar bunyi barang jatuh tu memang kuat. Sementara tunggu lori sewa datang tengah hari tu, kami pun berehat dekat ruang tamu. Dengan tiba-tibanya pintu dapur terhempas, saya cakap “angin kot” dan tak sampai 5 minit pintu bilik kami pula terhempas, memang rasa terkejut sangat time tu. 10 minit kemudian, dengar ada orang ketuk pintu utama, mungkin pemandu lori tu dah sampai kot, saya pun bangun nak buka pintu. Tapi orang rumah saya tak bagi saya buka pintu, sebab dia heran, kenapa pemandu lori tu tak tekan loceng. Lagi pun jarak grill rumah dengan pintu utama tu jauh sikit dan memang takkan sampai tangan nak ketuk pintu tu.

Kemudian saya tak jadi buka pintu tu dan kembali duduk sebelah orang rumah saya. Pintu tu pula memang tak berhentilah diketuk. Tak sampai seminit saya dah duduk, tiba-tiba dapat call dari pemandu lori, dia cakap dia baru sampai dan tanya nombor rumah. Jadi yang ketuk pintu tu siapa pula???

Waktu dah loading semua barang dalam lori, semua pintu dan sliding memang dah kunci siap-siap sebab memang tak rasa nak balik semula ke rumah tu dah. Sebelum bertolak saya sempat pandang semulah kearah rumah tu, saya ternampak semua langsir terbuka dan lampu rumah pun terbuka. Saya tanya dekat orang rumah saya, “kita dah tutup semua lampu kan sebelum keluar rumah tadi??”, dia jawab “Kita memang tak pernah buka 1 lampu pun kat rumah tu waktu siang”. Lepas tu kami gerak dan saya taknak pandang dah rumah tu.

*********** TAMAT************
Banyak lagi kejadian pelik sebenarnya, tapi cukuplah sampai disini sahaja, saya pun dah malas nak menaip. Kalau nak tahu mengenai rumah sewa baru kami di flat “buruk”, nanti saya akan cerita yeeee.

********************
Sekian coretan diari saya pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
Gambar 1


Cara menukar warna tulisan pada email ini, sama dengan cara menghighlightkan perkataan atau ayat yang saya telah tunjukan dalam Tutorial 27 yang lepas.

Mula-mula, sila taip semua perkataan dan ayat anda terlebih dahulu.
Gambar 2

Kemudian guna “tetikus” anda untuk menanda perkataan atau ayat yang anda ingin ubah warna, kalau tak faham, sila rujuk bahagian "a" gambar 3 di bawah.
Gambar 3

Seterusnya pergi ke bahagian tool dan klik pada simbol “Text color” seperti yang saya petakan dengan warna merah dalam gambar 4.
Gambar 4

Setelah anda klik dekat simbol “Text color”, nanti akan keluar seperti yang ditunjukan di bahagian "b" dalam gambar 3. Sila pilih warna di bahagian “Text color” sahaja, seperti yang saya telah tunjukkan menggunakan anak panah dalam gambar 3.

Hasilnya nanti akan kelihatan seperti contoh dalam gambar 5 di bawah ini.
Gambar 5


**************************
Sekian sahaja saya Tutorial Emel kali ini. Selamat mencuba.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Sumber gambar: Website Dear Nestle


Dah lama join contest ni, baru teringat nak share, sebab saya pun lupa yang saya ada join contest ni. Hihihihi. Tiba-tiba hari khamis (21/03/2019) dapat whatsapp suruh jawab soalan, tak lama lepas tu, ada yang reply menyatakan saya menang hadiah mingguan iaitu Touch & Go bernilai RM50 (RM50 memang la tak banyak, tapi sapa nak bagi saya free, hihihihihi). Kalau Touch & Go saya dah sampai, nanti saya update gambar.

WhatsApp yang mengatakan saya menang hadiah mingguan

Kalau nak tau lebih lanjut lagi mengenai contest ni, boleh klik DISINI. 3 March sehingga 28 April 2019 hanya BHPetrol, myNEWS.com, dan Petronas sahaja yang mengambil bahagian. Manakala 31 Mac sehingga 26 Mei 2019, SHELL dan PETRON yang akan mengambil bahagian.

Setiap kedai yang tersenai, menawarkan hadiah yang berbeza. Bagi yang menyertai peraduan ini, jangan lupa baca TAC contest yeeee. peserta perlu membeli 2 TIN NESCAFÉ® Sedia Minum dalam satu resit. Kemudian resit Whatsapp ke number 012- 983 2478, jangan lupa nama dan number IC.

Saya lebih suka menyertai contest BHPetrol, sebab office saya sebaris je dengan BHPetrol. Ohhh yaaaa sebelum terlupa, saya join contest ni hanya dengan membeli 2 tin NESCAFÉ® Sedia Minum dalam satu resit , modal dalam RM4 macam tu sebab beli yang tak sejuk.

Memandangkan PETRON akan mengambil bahagian untuk contest ni mulai April 2019, tangan rasa gatal la pula nak join. Lagipun jarak PETRON 3 minit je dari rumah.

********************
Saya memang kaki contest, jangan kecam yeeee
Bagi yang nak join contest ni, saya ucapkan semoga berjaya.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Gambar 1


Sebelum anda menghighlightkan perkataan atau ayat dalam email anda, lebih baik anda taip semua perkataan terlebih dahulu.

Gambar 2: Taip semua test anda terlebih dahulu

Kemudian guna “tetikus” anda untuk menanda perkataan atau ayat yang anda ingin highlight, kalau tak faham, sila rujuk gambar 3 di bawah.

Gambar 3

Seterusnya pergi ke bahagian tool dan klik pada simbol “Text color” seperti yang saya petakan dengan warna merah dalam gambar 4.

Gambar 4

Setelah anda klik dekat simbol “Text color”, nanti akan keluar seperti yang ditunjukan dalam gambar 5. Sila pilih warna di bahagian “Background color” sahaja.

Gambar 5

Hasilnya nanti akan kelihatan seperti contoh dalam gambar 6 di bawah ini.

Gambar 6: Hasilnya akan menjadi seperti ini


**************************
Sekian sahaja saya Tutorial Emel kali ini. Selamat mencuba.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Sumber gambar: Facebook InnerShine Club

Contest pencarian wajah InnerShineCantikSemulaJadi2019 ini berlangsung dari 5hb Mac 2019 sehingga 14hb April 2019. Hadiah untuk semua pemenang adalah berupa wang tunai sebanyak RM300 dan produk InnerShine bernilai RM100. Setiap minggu akan ada 5 orang pemenang sahaja. Nama-nama pemenang akan di umumkan di Instagram @InnerShine pada setiap hari jumaat. Contohnya, sekiranya anda menghantar penyertaan minggu ini, anda boleh semak nama anda minggu hadapan selepas hari Jumaat.

Cara untuk menyertai.
1.  Peserta dikehendaki membeli produk Innershine Pati Prune atau Beri yang ada 12 botol dalam 1 kotak di WATSONS (sila simpan resit ye)
2.  Upload gambar anda yang kreatif bersama Innershine  Pati Prune atau Beri dengan “Skin Care Regime” di Instagram anda.
3.  Jangan lupa sertakan caption yang menarik beserta hastag #InnerShineCantikSemulaJadi2019

Contest ni, nampak sangat mudah bukan. Namun ramai yang mungkin tertanya-tanya “Skin Care Regime” macam mana???.”Skin Care Regime” adalah produk kecantikan yang anda guna setiap hari. Contohnya serum, toner, cleanser dan sebagainya.

KESILAPAN yang ramai peserta buat, termasuk saya sendiri ialah menunjukan jenama Skin Care semasa snap gambar. Gambar tersebut secara automatik nya akan tersingkir, kerana dalam TAC contest ini, dalam gambar tidak boleh membuat sebarang unsur marketing atau mempromosikan jenama produk lain selain Innershine. Jadi kalau ambil gambar tu, silalah tutup jenama skin care anda tu ya.

********************
Bagi yang nak join contest ni, saya ucapkan semoga berjaya.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
Gambar 1


Dalam tutorial part 1 yang lepas, saya telah tunjukan dengan menaip kesemua test anda, kemudian baru menggunakan “Numbered list” atau “Bulleted list”. Manakala dalam tutorial part 2 ini, saya akan tunjukan cara menaip sambil menggunakan “Numbered list” atau “Bulleted list”.

Gambar 2: Signature

Mula-mula klik pada icon untuk membuat email baru (New Message), nanti akan keluar ruang email kosong dan “signature” sepeti gambar 2 di atas (apa itu signature??? Anda boleh klik DISINI untuk tutorial buat signature).

Gambar 3: Pendahuluan

Gambar 4: Pilih “Numbered list” atau “Bulleted list

Gambar 5

Taip bahagian pendahuluan terlebih dahulu. Setelah selesai pendahuluan, sila klik “Numbered list” atau “Bulleted list”. Dalam tutorial ini saya guna “Bulleted list”. Kemudian akan muncul bulatan hitam seperti yang ditunjuk oleh anak panah dalam gambar 5. Seterusnya, anda taip semua senarai anda.

Gambar 6: Taip semua senarai

Gambar 7: Klik semula style list yang anda guna tadi

Setelah selesai seperti gambar 6 diatas, sekarang anda perlu menaip ayat penutup. Sila klik semula dekat  simbol “Numbered list” atau “Bulleted list” yang anda guna. Contohnya, tadi saya menggunakan “Bulleted list” untuk buat senarai, jadi sekarang saya perlu klik semula simbol “Bulleted list” tersebut.

Gambar 7

Seterusnya, sila taip ayat penutup anda. Setelah selesai, email yang anda taip akan menjadi seperti contoh yang saya tunjukan dalam gambar 8.

**************************
Sekian sahaja saya Tutorial Emel kali ini. Selamat mencuba.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Gambar 1


Dalam tutorial 1 ini, cara membuat list atau senarai pada email (gmail) adalah sama dengan cara anda buat senarai di Microsoft Words. Namun dalam email ini hanya terdapat 2 pilihan sahaja, sama ada anda nak guna nombor atau bullet bulat.

Gambar 2


Mula-mula, anda taip sema perkara yang anda nak emailkan terlebih dahulu seperti gambar 2.

Gambar 3

Kemudian, tandakan semua senarai seperti yang anda boleh lihat dalam gambar 3.

Gambar 4: Pilih nak guna style "Numbered list" atau "Bulleted list"

Seterusnya, anda pilih sama ada anda nak guna “Numbered list” atau “Bulleted list”. (Sila rujuk pada gambar 4, kalau anda tak tau mana nak cari simbol list tu)

Gambar 5

Hasilnya akan menjadi seperti dalam gambar 5, saya guna style “Numbered list”.

**************************
Sekian sahaja saya Tutorial Emel kali ini. Selamat mencuba.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Sumber gambar: Hotel.com

Sebelum cuti Tahun Baru Cina yang lepas (2019), boss ajak saya pergi sogo. Katanya nak pergi redeem point. Sebenarnya, saya dan adik pernah guna member card sogo boss saya tu pada bulan December 2018 (Christmas & New Year sale). Terperanjat juga boss tengok jumlah point tu, sebab kami pinjam untuk sehari tapi point dah banyak sangat. Hihihihihi.

Setelah sampai di Sogo, kami pun terus pergi ke tingkat 7 bahagian Customer Service Centre. Saya difahamkan point tu boleh guna untuk redeem barang atau voucher. Point juga ada tempoh expired juga, ooooo, baru saya tau. Kami pilih nak redeem point tu untuk voucher.

Customer Service Centre di tingkat 7

Sebelum ambil voucher, kenalah sign dulu

Jumlah semua voucher yang kami dapat RM70 sahaja. Hahhhh RM70 SAHAJA, bayangkan berapa banyak duit dah habis dalam sehari sampai boleh redeem RM70. Adik kami ni jarang shopping, tapi sekali shopping memang penuh kapal terbang nak bawa barang dia.

RM70, point tinggal lagi beberapa ratus.je yang tak boleh redeem

Tengok voucher tu akan expired seminggu selepas Tahun Baru Cina. Kami pun guna semua voucher tu pada hari yang sama. Sebab nanti mesti malas nak datang lagi. Memang tak akan datang punya lah, biasa datang Sogo pun setahun sekali je. Lagipun boss nak ikut saya balik kampung tengok majlis perkahwinan masyarakat Iban moden. Saya ada tulis konten mengenai majlis perkahwinan tu, kalau nak baca, boleh klik DISINI.

Antara barang yang kami beli guna voucher, ada lagi barang lain

Kami guna voucher tu beli barang budak kecik 2 orang yang tertinggal di kampung. Kebetulan ada sale pakaian budak-budak. Tapi haga sale tak sale juga lah.

***********************
Sekian sahaja saya membebel kali ini
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella




Sumber gambar: FB Cosderm

Kali ni saya nak buat review mengenai lipstick DIBLANC 3-In-1 tu. Saya dapat lipstick ni sebab menang “selfie contest” (nampak sangat suka berselfie kan hihihihihihi). Tapi review ni bukan disebabkan saya menang dan dapat percuma lipstick DIBLANC ni. Ini adalah review saya yang sejujur-jujurnya. Kalau anda nak tau mengenai kandungan dan kelebihan lipstick DIBLANC ni anda boleh klik DISINI.

Sumber gambar: Risalah Cosderm

Kalau nampak dari segi packaging memang nampak comel berwarna soft pink. Teksturnya pula macam lip balm berwarna putih.

Sumber gambar: Risalah Cosderm

Apa yang best tentang lipstick DIBLANC, mula-mula guna lipstick ni, bibir terasa lembab,  licin berminyak sikit. Warna yang terhasil adalah mengikut pH bibir masing-masing (ni saya pun tak seberapa faham). Yang pastinya, bibir akan nampak natural untuk penggunaan pertama, kalau nak warna pink tu lagi terang, anda boleh apply banyak kali kat bibir. Bau nya pula sangat wangi macam bau buah. Adakah warna lipstick ni long lastimg??? Bagi saya, warna lipstick ni memang long lasting. Walaupun selepas makan, warnanya masih kekal. Namun, sekiranya anda kerap makan, warna lipstick ni tetap akan pudar juga.

Ada kesan patah.. Ganas betul guna lipstick.

Apa yang saya tak suka mengenai lipstick ni ialah mudah patah. Hahahaha macam mana baru pakai seminggu dah patah, kawan saya pun hairan. Lipstick saya yang brand lain tu ok je saya bawa dalam beg dan pakai hari-hari. Mungkin sebab lipstick DIBLANC jenis lembut. Setelah guna 3 jam, bibir akan mula kering kalau tak minum air dengan banyak, jadi kalau nak lembutkan dan licinkan balik, kenalah guna lipstick tu semula.

Ohhhh ye, jangan nak pandai-pandai pegang tekstur lipstick yang warna putih tu, nanti dia bertukar jadi pink semua. Hihihihihihi 

FB: COSDERM

**************************
Sekian sahaja review saya mengenai Lipstick DIBLANC
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS