Makanan pertama Baby


Baru-baru ini saya ada pergi ke Giant untuk beli barang dapur. Ada seorang promoter makanan baby datang ke arah saya untuk memperkenalkan produk makanan baby. Tetapi produk tu untuk baby yang berusia 6 bulan dan keatas. Mula-mula saya tak nak, sebab nak bagi siapa makan. Dah habis beli barang dapur, baru teringat, cute baby ada di rumah, tapi dia baru ja 5 bulan. Mmmmmmmmmmm. Cuba beli satu ja dulu, sebab baby yang kat rumah tu suka gigit- gigit dah, menyusu pun kuat. Saya beli perisa Original.

Saya beli perisa Original

Kandungan yang terdapat dalam biskut baby ni


Makanan baby Heinz Farley’s Rusks ni mengandungi DHA, Calcium, Vitamin B1, B2 & B12, dan Iron. Sangat bagus untuk perkembangan bayi. Terdapat 3 perisa terbaru daripada Heinz Farley’s Rusks iaitu Banana, Orange , dan Original. Cara penggunaan atau penyediaan ada diberikan pada kotak Heinz Farley’s Rusks. 

Ada 3 perisa

Dalam 1 kotak tu Ada 3 bungkus. tapi saya lupa ada berapa keping biskut dalam 1 bungkus tu

Disebabkan baby saya tu suka menggigit, jadi saya bagi dia gigit ja dulu. Tetapi kena pantau, jangan bagi baby tu makan sendiri sebab baby tu kecik lagi, gigi pun belum ada. Lagipun makanan baby ni berbentuk biskut pejal, senang baby nak pegang. Jangan risau sebab biskut ni jenis senang larut. Terkena air liur pun dah larut



Dah puas dia gigit, baru lah saya bahagi separuh biskut tu. Separuh simpan, separuh lagi campur dengan susu dia. Lepastu mulakanlah sesi suap baby. Tapi bukan saya lah yang suap baby. Saya tak pandai. Wahhh happy betul dia dapat gigit makanan yang sebenar, selama ni orang bagi dia gigit baby gummy ja. Boleh beli lagi ni ^_^ Nanti nak cuba perisa lain pula. 

Setakat ni saya suka dengan Biskut Heinz Farley’s Rusks. Walaupun baby saya baru 5 bulan, dia senang nak hadam. Walaubagaimanapun, seelok-eloknya bagilah baby makan bubur nasi. Baby gembira, mummy senang hati

**********************
Sekian Sahaja review saya untuk makanan baby kali ini
Terima kasih kerana membaca

Menggabungkan 2 kertas A4 menjadi 1 kertas A4


Cara photostat ini perlu menggunakan icon “1 sided → Comb 2 orig” yang ada pada skrin mesin photostat. Dah jumpa icon “1 sided → Comb 2 orig”??? Sekarang cuba buat mengikut langkah-langkah yang saya senaraikan. Nak lagi senang atau nak lagi terperinci, rujuk terus pada gambar yang saya dah sediakan di bawah.

Ini icon “1 sided  Comb 2 orig”

1. Sila letak beberapa keping kertas di atas tray, kalau nak guna original output tray pun boleh.
2. Pilih jenis tray kertas yang hendak digunakan
3. Pilih sama ada nak ada color atau nak yang hitam putih ja
4. Kalau saiz kertas tu adalah saiz A4, terus ja klik pada icon “1 sided → Comb 2 orig”
5. Semak semua terus tekan butang “Start”


Gambar 1: Dua keping gambar yang saya akan photostat

Dalam tutorial ni saya guna saiz A5 ya. Sebelum mula, saya nak bagitahu kepada yang belum tahu lagi, separuh kertas A4 tu dikenali sebagai A5. Ini bermaksud kedua-dua A4 yang saya Photostat nanti akan menjadi menjadi saiz A5. Saya buat tutorial ni guna gambar saya sendiri untuk lebih mudah nak faham dan lebih cantik. Hihihihihi. Mula-mula, sila sediakan semua kertas atau dokumen yang hendak diphotostat. Saya cuma guna 2 keping kertas sahaja seperti yang ditunjukan dalam “Gambar 1”, kalau anda ada kertas atau dokumen lebih dari 2 pun boleh.

Saya scan guna tray atas sebab lagi senang macam “Gambar 2” yang di bawah ni, tetapi kalau anda nak guna original output tray yang dekat bawah tu pun boleh, scan satu-satu.

Gambar 2: Saya guna tray atas


Dah letak kertas dekat tray tu, kita pergi ke bahagian skrin pula, step di bahagian skin ni sama dengan step asas tutorial yang lepas.

Penerangan untuk Gambar 3

1)Mula-mula pilih tray A4 macam yang ditunjukan dalam “Gambar 3” bahagian 1 tu.
2)Kemudian pilih sama ada nak ada warna atau nak hitam putih ja, boleh rujuk dalam gambar tadi di bahagian 2. Saya nak photostat yang ada warna, saya pilih “Auto Color Select”
3)Sebelum mula tutorial, dah jumpa icon “1 sided → Comb 2 orig” dalam skrin yang saya suruh cari tadi? Klik icon tu macam yang dalam gambar bahagian 3 tu.

Gambar 3: Skrin mesin photostat akan jadi macam ni kalau dah siap setting


Akhir sekali tekan butang start. Dan lihat hasilnya. Kalau anda nak photostat macam ni menjadi beberapa set, sila rujuk pada tutorial yang lepas DI SINI. Setting dia sama ja, Cuma tambah icon “1 sided Comb 2 orig”.

Gambar 4: Start

Gambar 5: Inilah hasilnya


Cara Photostat ni pun boleh digunakan untuk photostat kad pengenalan atau saiz original kertas yang lebih kecil dari A4. Cuma setting nya berbeza sedikit. Kalau nak tau macam mana, sila ikut tutorial yang akan datang

***************************
Sekian, Terima kasih kerana membaca.

HARI BERSAMA MPSJ

November 26, 2018, in ,

MPSJ adalah singkatan kepada perkataan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Sehari sebelum acara, bos saya pesan dah, esok bangun awal sebab ada acara. Esok ahad la waktu untuk saya bangun lewat. Tetapi keesokan paginya, adalah orang tu call tanya kat mana dah??? Terpaksalah turun juga ke acara hari bersama MPSJ. Apa saya buat dalam acaratu??? Teman bos saya ja la, tak buat apa pun, yang kerja haritu bos saya ja, saya jalan-jalan tengok aktiviti dalam acara tu. Aktiviti pertama saya pada haritu adalah senam aerobic.


Persiapan di awal pagi


Persiapan di meja VIP

Senaman bagus untuk kesihatan ^_^

Ramai juga yang dating untuk memeriahkan acara, beberapa gerai turut dibuka. Semua yang hadir akan diberi sarapan bihun goreng. Antara gerai yang ada dalam acara ni,seperti gerai pemeriksaan kesihatan percuma daripada klinik kerajaan, Dokter pun ada untuk memberi nasihat kepada masyarakat.

Klinik Kesihatan Kerajaan

Pemeriksaan kesihatan berdasarkan peringkat umur

Tinggi 150cm, Berat 43kg "Bagus, cantik BMI" 

Inilah nurse comel saya, tetap senyum walaupun ramai yang datang buat pemeriksaan 

Darah semua Okey, saya sihat. Syukurlah


Gerai lain yang saya sempat pergi menyebuk seperti gerai Jom Kitar. 


Kitar semula

Gerai Sunway Medical Centre, pemeriksaan kesihatan turut dilakukan secara percuma, sama seperti gerai daripada klinik kesihatan kerajaan. Cuma bezanya, gerai Sunway Medical Centre ni ada menyediakan senarai pakar kesihatan yang boleh dirujuk sebab ada nombor telefon lagi. Untuk membuat pemeriksaan darah secara percuma di gerai ini. orang ramai diminta untuk berpuasa selama 2 jam terlebih dahulu.


Sunway Medical Center

Pemeriksaan yang disediakan

Ujian darah

antara risalah yang diedarkan

Di belakang pula terdapat gerai daripada Unit Kesihatan Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Semua pertanyaan boleh diajukan kepada pegawai yang bertugas menjaga gerai pada hari tersebut.


Gerai: Unit Promosi Kesihatan

Risalah lebih kepada kempen gaya hidup sihat

Gerai hujung sekali adalah gerai dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Subang Jaya. Dalam acara ini, pihak Kebajikan Masyarakat sedang menjalankan kempen pendaftaran OKU secara percuma. Semua boring telah disediakan oleh pegawai bertugas. Banyak kelebihan yang diberikan kepada OKU yang berdaftar.
Gerai: Kebajikan Masyarakat Daerah Subang Jaya
Untuk permohonan OKU

Tidak lupa juga, MPSJ turut membuat pameran di gerai. Sekarang MPSJ sudah memiliki Applikasi untuk membuat aduan di atas talian.
Risalah daripada MPSJ

Di bawah pula ada sekumpulan sukarelawan sedang bercucuk tanam, program tersebut ditaja oleh FedEx Express.

FedEx Express

Pemandangan kebun sayur dari atas


Sumanya tengah rajin bercucuk tanam

Kesemua peserta yang terlibat

Bahagian sebelah Dewan pula, disediakan pakaian terpakai yang diberi percuma kepada masyarakat setempat.


Kawasan gerai sebelah dewan


Gerai baru dibuka


Terdapat juga acara untuk kanak-kanak seperti Music Chair dan pertandingan mewarna


Music Chair

Dapat hadiah

Pertandingan mewarna

Pertandingan mewarna


Untuk Sesi kraftangan pula, terdapat pertandingan membuat kraftangan menggunakan tuala , dan pertandingan menghias kek cawan. Kalau diperhatikan, masyarakat di situ memang kreatif semuanya.


Peralatan menghias kek cawan disediakan

Hasilnya. cantik juga

Antara peserta pertandingan kraftangan tuala 







Saya suka epal ni

Bos saya pula buat kerja amal membuat air, dari pagi orang belum sampai lagi dia dah masak air. Rajin tak ^_^... dengan orang punya la baik, dengan saya pula, suka buli saya. Saya tak tahu pula bos saya ni berjiwa masyarakat, hahahahahahaha.

Bagus kerja rajin-rajin ya

Ini Lah bos saya


Makanan tengah hari turut disediakan, semua makanan dimasak oleh masyarakat setempat juga. MAkanan dihidangkan secara buffet.


Persediaan untuk makan tengah hari


Acara belum tamat lagi, saya dah balik. Penat sangat. Penat menyebuk. hahahahahaha


************************
Selesai pun konten hari bersama MPSJ. penat tapi seronok, 
Terima kasih kerana membaca.

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS