Muka surat berpisah, tak bercantum |
Tutorial cara scan buku part 2 ini berbeza dengan tutorial part 1 yang lepas. Dalam part 1, buku yang discan akan keluar 2 muka surat sekali (muka surat 1 & muka surat 2 akan bercantum) dalam bentuk PDF. Manakala hasil scan dalam part 2 ini, buku yang discan akan keluar 1 muka surat demi 1 muka surat sampai habis (tidak bercantum) seperti yang ditunjukan dalam gambar di atas..
1) Seperti biasa dalam tutorial yang lepas,
mula-mula tekan atau klik pada butang "Scanner"
Original Feed Type |
2) Kemudian sila pilih "Folder" atau
"Storage" (rujuk pada gambar diatas, nama "Storage" saya adalah "ricoh" seperti yang ditunjukan dalam gambar di atas
3) Klik dekat bahagian yang ditanda 1 dalam gambar diatas. “Original Feed Type”
Icon "Book Type Original" |
4) Sila pergi dekat bahagian “Original Settings” dan pilih “Book Type Original” yang saya dah tanda
dengan nombor “2”
5) Selepas itu, klik “OK”
dekat bahagian atas yang saya dah tanda “3”
Letakan buku pada kaca scanner |
6) Kemudian letakan buku anda pada kaca skrin
seperti gambar di atas. Anda boleh tekan buku tersebut dengan kedua belah
tangan semasa proses scan, atau tutup sahaja menggunakan penutup kaca scanner.
Pastikan anda telah meletakkan muka surat buku tersebut dengan kemas di atas
kaca scanner, kerana hasilnya nanti akan senget kalau buku anda senget.
7) Akhir sekali. tekan “Start” seperti yang
ditunjuk dalam gambar diatas. Kalau ada dokumen yang tertinggal dan nak “stop”
scanner. Sila tekan butang “Stop” seperti yang
dibulatkan dengan warna kuning dalam gambar di atas. Kemudian klik “Cancel Scanning” yang akan tertera
pada skrin printer. Untuk scan semula, sila ikut semua langkah-langkah diatas
sekali lagi.
Setelah anda tekan "Start" scanner akan scan 2 kali buku tersebut, ini bermakna, setiap kali anda tekan start, scanner akan bergerak 2 kali. setelah selesai scan muka surat yang anda kehendaki, sila tekan butang "#". Selepas itu, anda bolehlah cari dokumen tersebut dalam komputer anda
*********************
Sekian sahaja Tutorial cara menggunakan scanner pada kali ini.
Terima kasih kerana membaca
Add your comment