Tutorial “scan” Part 2 sama sahaja cara setting skrin Ricoh Printer dengan Tutorial Part 1 yang lepas. Cuma bezanya dalam tutorial Part 2 ini akan ditujukan cara “scan” menggunakan kaca skrin yang dekat bawah. Sila rujuk pada gambar yang telah disediakan bersama langkah-langkahnya sekali.

Icon scanner pada skrin printer

Pilih folder anda sendiri

Mula-mula tekan atau klik pada butang “Scanner”.  
Kemudian sila pilih “Folder” atau “Storage” yang akan menyimpan dokumen yang telah discan (sila rujuk pada gambar diatas). Printer saya Cuma ada 1 “storage” sahaja, kalau di pejabat lain mungkin ada banyak senarai “storage”. Oleh itu pastikan anda tahu dokumen yang anda scan akan disimpan dalam “storage” atau “Folder” yang mana satu.

Cara setting skrin diatas sama dengan tutorial part 1. Sekarang pergi kepada cara nak scan menggunakan kaca skrin scanner. Kalau ada “paper klip” atau steples yang tak dibuka pun tak mengapa. Cara letak kertas atau dokumen, sila rujuk pada gambar dibawah.

Letak dokumen anda pada kaca scanner

•Sila letakan kertas atau dokumen dengan kemas pada skrin scanner
Tutup skrin



Tekan butang “start”, sesi “scan” akan berjalan,
•Setelah selesai “scan” satu muka surat, sila ulang semula ketiga-tiga langkah diatas untuk scan dokumen yang seterusnya.
Kalau ada dokumen yang tertinggal atau tersalah “scan” dan nak “stop” scanner. Sila tekan butang “Stop” seperti yang dibulatkan dengan warna kuning dalam gambar di atas. Kemudian klik “Cancel Scanning” yang akan tertera pada skrin printer. Untuk scan semula, sila ikut kesemua langkah-langkah diatas dari awal.
Kemudian, sila tekan butang “#” sebagai tanda semua dokumen telah selesai di “scan”, dan akan disimpan didalam “folder” scanner computer anda.

Note: Sekiranya anda scan menggunakan tray atas seperti dalam tutorial Part 1, anda tidak perlu menekan butang "#" kerana kesemua dokumen akan disimpan secara automatik ke dalam "folder" komputer anda. Manakala dalam tutorial Part 2 ini "#" digunakan sebagai tanda semua dokumen telah selesai di scan, setelah anda menekan butang "#", barulah dokumen tadi akan disimpan kedalam "folder" komputer anda.

   
**********************
Sekian sahaja Tutorial cara menggunakan scanner pada kali ini.
Terima kasih kerana membaca


Dalam tutorial “scan” Part 1 ini saya akan scan menggunakan tray atas mesin Ricoh Printer. Sila rujuk pada gambar dan langkah-langkah yang telah disenaraikan.

Pilih "Storage" atau "Folder"

Mula-mula tekan atau klik pada butang “Scanner”.
Kemudian sila pilih “Folder” atau “Storage” yang akan menyimpan dokumen yang telah discan (sila rujuk pada gambar diatas). Printer saya Cuma ada 1 “storage” sahaja, kalau di pejabat lain mungkin ada banyak senarai “storage”. Oleh itu pastikan anda tahu dokumen yang anda scan akan disimpan dalam “storage” atau “Folder” yang mana satu.

Tray atas

Pastikan kertas yang anda nak scan, tersusun dengan kemas dan tidak berklip. Kalau ada klip, sila buka klip dulu, nanti boleh klip balik kalau dah siap scan.


Setelah siap “setting” skrin printer dan susun kertas atas tray, bolehlah tekan “Start” seperti yang ditunjuk dalam gambar diatas. Kalau ada dokumen yang tertinggal dan nak “stop” scanner. Sila tekan butang “Stop” seperti yang dibulatkan dengan warna kuning dalam gambar di atas. Kemudian klik “Cancel Scanning” yang akan tertera pada skrin printer. Untuk scan semula, sila ikut semua langkah-langkah diatas sekali lagi.



**********************
Sekian sahaja Tutorial cara menggunakan scanner pada kali ini.
Terima kasih kerana membaca

Pertama kali saya menang contest yang dianjurkan oleh Nestle. Contest Nestle ini berlangsung dari 1 Oktober 2018 sehingga 31 Oktober 2018.  Saya menang hadiah harian bernilai RM150. Ini bermaksud, dari 1 Oktober 2018 sehingga 31 Oktober 2018 setiap hari akan ada pemenang yang memenangi hadiah RM150.



Cara penyertaannya, saya beli 2 kon aiskrim jenama Nestle dekat BHP. Kemudian Whatsapp gambar resit aiskrim tadi beserta dengan nama penuh dan nombor MyKad. Peraduan ni hanya untuk warganegara sahaja, sebab tu perlu bagi nombor MyKad.





Hadiah utama untuk peraduan ini adalah kad petrol percuma bernilai RM5000. Tetapi hanya seorang sahaja yang akan menjadi pemenang utama.



Manakala hadiah harian pula adalah berbentuk Baucer BHPetrol bernilai RM150. Setiap hari akan ada 31 orang pemenang yang akan menerima Baucer RM150.



Saya adalah salah seorang pemenang Hadiah Harian. Semua pemenang akan dihubungi, jadi kalau ada yang call tu jangan tak angkat pula. Kalau tak, nanti hadiah tu “burn” macam tu sahaja.

Dapat panggilan dari pihak Nestle untuk whatsapp maklumat pemenang

Hadiah akan dihantar menggunakan POS. Saya punya guna "City Link"

**********************
Sekian sahaja Konten pada kali ini.
Terima kasih kerana membaca

Icon "ID Card Copy"

Tutorial Photostat IC part 2 ini akan menggunakan icon “ID Card Copy”. Sila rujuk gambar di atas kalau tak pasti icon yang mana satu, okey. Apa perbezaan cara photostat IC part 1 dengan part 2??? Hasil photostat part 1 tidak ada garisan di bahagian tengah kertas, manakala hasil photostat part 2 ini, anda akan nampak ada garisan di bahagian tengah kertas.  

Sila rujuk pada gambar di atas
a)   Pilih tray kertas yang anda nak guna
b)   Kemudian sila pilih warna atau black & white
c)    Klik pada icon “ID Card Copy”.

Dah selesai semua setting dekat skrin, sekarang scan IC. Mula-mula scan bahagian depan IC, caranya, letak bahagian depan IC pada skrin scanner. Kemudian klik butang “start

Scan bahagian depan IC

tekan "Start"

Dah selesai scan bahagian depan, sila scan bahagian belakang IC pula. Caranya letak bahagian belakang IC pada skin scanner, kemudian klik butang “start

Scan bahagian belakang IC

Tekan "Start"

Inilah hasilnya, nampakan ada garisan di tengah-tengah tu

**********************
Sekian sahaja Tutorial mengenai photostat pada kali ini.
Terima kasih kerana membaca



IC atau kad pengenalan boleh diphotostat menggunakan icon “1 sided Comb 2 orig” yang anda boleh cari pada skrin mesin photostat. Cara photostat IC atau kad sama seperti Tutorial 6 yang lepas. Cuma IC tidak boleh di scan menggunakan tray atas.

Gambar 1

Sila rujuk pada gambar 1 di atas.
a)   Pilih sama ada nak photostat bewarna atau black & white
b)   Pilih tray kertas yang hendak digunakan, sama ada nak guna A4 atau A3.
c)    Klik pada icon “1 sided Comb 2 orig”.
d)   Pilih “Full Size

Dah selesai semua setting dekat skrin, sekarang scan IC.
Mula-mula scan bahagian depan IC, caranya, letak bahagian depan IC pada skrin scanner. Kemudian klik butang “start

Contoh IC

Klik butang "Start"

Dah selesai scan bahagian depan, sila scan bahagian belakang IC pula. Caranya letak bahagian belakang IC pada skin scanner, kemudian klik butang “start

Contoh IC

Klik butang "Start"

Hasilnya akan menjadi macam ni

Cara lain untuk photostat IC boleh rujuk pada tutorial yang akan datang

**********************
Sekian sahaja Tutorial mengenai photostat pada kali ini.
Terima kasih kerana membaca

Disebabkan saya ada aktiviti di Kolej Laila Taib Sibu, jadi saya pun mencari penginapan yang berdekatan dengan kolej tersebut. Mula-mula ada terjumpa homestay untuk disewa, tapi risau nanti susah nak cari makanan. Keluarga saya mencadangkan saya untuk survey di website Li Hua Hotel, sebab hotel ni ada banyak cawangan. Mana tahu ada yang berdekatan dengan Kolej Laila Taib.

Gambar ni saya ambil dari website hotel

Dalam website saya terjumpalah maklumat mengenai hotel tu yang terletak di kawasan Unicity, betul-betul bersebelahan dengan kuarters polis Sungai Merah. Kalau nak pergi ke Kolej Laila Taib pula, Cuma mengambil masa 5 minit sahaja (1.4km). Kemudian saya terus isi borang “Enquiry” yang telah disediakan dalam website hotel. Saya pilih bilik Deluxe Queen yang ada pantry dengan harga RM88 termasuk sarapan pagi. Dah siap hantar borang, saya pun terus call Li Hua Hotel Unicity. Semasa bercakap dengan receptionist hotel, saya ada juga tanya mengenai perkhidmatan shuttle pergi airport, tetapi sayangnya hotel tidak menyediakan perkhidmatan shuttle. Jalan penyelesaiannya, saya guna Grab Car sahaja.

Sampai sahaja di hotel, saya pun diberi bilik yang salah, sebab saya minta bilik yang ada pantry, tetapi saya diberi kad bilik yang tak ada pantry. Saya pun turun ke lobi untuk tukar bilik yang saya dah booking. Dah tukar bilik, saya pun pergi ke bilik yang ada pantry, tetapi bilik tersebut belum lagi dikemas. Sekali lagi saya turun ke lobi untuk maklumkan masalah bilik tersebut yang belum dikemas.

Bilik Hotel Li Hua Unicity sangat bersih. Waktu saya masuk bilik pun, lantai masih basah sebab baru siap dibersihkan. Dalam gambar yang saya tengok dalam website macam ada banyak tuala yang di sediakan, tetapi waktu saya check in cuma disediakan 2 tuala mandi dan 1 tuala kecil sahaja.

Katil

Meja solek

Di bahagian pantry pula, saya cuma disediakan 1 pack Coffeemix, 1 pack Teabag dan 2 botol air mineral sahaja.

Bahagian pantry ada singki, peti sejuk dan microwave

Pinggan dan sudu disediakan dalam rak bawah singki

Disediakan botol mineral, jug elektrik, cawan, dan pack minuman segera 

Perkara yang paling malang sekali adalah di bahagian bilik air, saluran air tersumbat. Nasib baik ada dua lubang saluran air. Cuma air bertakung dibahagian tempat mandi.

Sarapan yang disediakan juga sangat ringkas. Tepat jam 12 tengah hari, seorang receptionist datang menyuruh saya check out dengan segera!!! Sebelum saya check in semalam, saya ada bertanya kepada receptionist mengenai harga untuk masa tambahan menginap di bilik hotel tersebut. Saya difahamkan bahawa saya dibenarkan untuk check out pada jam 2 petang tanpa sebarang bayaran tambahan. Rasa kecewa jugalah sebab ditipu oleh receptionist tersebut. Alasan diberi oleh receptionist yang menyuruh saya check out dengan segera tu adalah “hari ini shift orang lain, receptionist semalam tidak bertugas pada hari ini”.

Secara ringkasnya, bagi saya semua fesiliti yang disediakan oleh pihak hotel sangat berpatutan dengan harga yang ditetapkan, cuma saya tidak berpuas hati dengan masalah bilik air yang tersumbat. Setelah selesai aktiviti saya di Kolej Laila Taib, sekali lagi saya menggunakan Grab Car untuk pergi ke airport. Adakah saya akan menginap di Li Hua Hotel lagi??? Jawapan saya adalah YA, tetapi bukan di Li Hua Hotel UNICITY lagi.

**********************
Sekian sahaja review saya pada kali ini.
Terima kasih kerana membaca

Tepung beras boleh digunakan untuk menggoreng atau mengukus. Terdapat empat jenis tepung beras di pasaran, namun setiap jenis tepung beras mempunyai fungsinya tersendiri. Sekiranya tersalah pilih tepung beras, makanan akan menjadi keras atau lembik.
 
Tepung beras cap 1 gajah

TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
Tepung beras cap 1 gajah ini sangat sesuai untuk membuat adunan mengoreng kerana ia akan menjadikan makanan yang anda goreng lebih rangup. Contohnya untuk menggoreng ikan, keledek, cempedak, pisang, dan gorengan berempah. 

Tepung beras cap 3 gajah


TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
Tepung beras cap 3 gajah ini sangat sesuai untuk membuat adunan kuih kukus. Sekiranya anda seorang penggemar kuih kukus tradisional, tepung beras cap 3 gajah ini sangat sesuai digunakan kerana kuih akan menjadi lebih lembut dan berkilat. Contohnya kuih koci dan apam beras. Malahan tepung ini juga sangat sesuai untuk membuat adunan cendol hijau.

Tepung beras cap 5 gajah


TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
Tepung beras cap 5 gajah sangat sesuai untuk membuat adunan mi. Ini kerana, adunan yang mengunakan tepung beras cap 5 gajah ini bersifat kental dan kenyal. Contohnya untuk membuat mi kuning, Laksa, dan kuey teow

Tepung beras cap teratai


TEPUNG BERAS CAP TERATAI
Tepung beras cap teratai ini lebih kurang sama dengan tepung beras cap 1 gajah. Ia akan menjadikan gorengan anda lebih rangup. Sangat sesuai untuk membuat rempeyek dan tumpi.



**********************
Sekian, terima kasih kerana membaca



Sebenarnya cara ini digunakan untuk membahagikan kertas A4 atau A3 menjadi 8 bahagian. Walaupun anda Cuma photostat sekeping kertas atau satu muka surat sahaja, mesin photostat tetap akan secara automatik membahagikan A4 atau A3 tersebut menjadi 8 bahagian. Hasilnya nanti akan jadi kecil la dari saiz original.

Gambar 1


Mula-mula letakan kertas di atas stray seperti yang ditunjukan dalam gambar 1 di atas. Atau boleh guna screen untuk scan tu kalau nak photostat buku.

PENERANGAN GAMBAR 2
a)  Pilih size kertas, sama ada nak guna Tray 1, Tray 2, atau Tray Bypass.
b) Pilih sama ada nak ada warna atau nak hitam putih sahaja. Kalau muka surat atau kertas yang hendak diphotostat tu bercampur, ada yang berwarna dan ada yang tidak ada warna, saya nasihatkan untuk pilih “Auto Color Select”.
c)  Kemudian tetapkan berapa set yang anda hendak photostat.
d)  Pilih “full Size”
e)  Klik  icon “Dup./Combine/Series

Gambar 2


PENERANGAN GAMBAR 3
1)  Ada 5 pilihan, sila pilih icon “Combine
2) Kalau original kertas tu cuma ada muka surat depan sahaja, sila pilih “1 Sided”. Tetapi kalau ada muka surat depan dan belakang kertas, sila pilih “2 Sided”.
3) Bahagian ini adalah pilihan untuk hasil photostat, sama ada nak muka surat depan sahaja (Combine 1 Side) atau nak menjadi muka surat depan dan belakang (Combine 2 Side)** kalau pilih “Combine 2 Side” anda akan dapati 8 bahagian di depan dan 8 bahagian lagi di belakang, kesemuanya menjadi 16 bahagian (depan & belakang)
4) Pilih “8 Originals”. Sekiranya di bahagian 3 tadi anda pilih “Combine 2 Sided”, maka di bahagian 4 ini anda perlu pilih “16 Original

Gambar 3


Setelah semua settings selesai, sila tekan butang “Start”. Kalau terdapat settings yang salah, anda boleh tekan butang “resit”. Kemudian set semula seperti tutorial di atas.

Gambar 4


**********************
Sekian sahaja untuk Tutorial Photostat kali ini
Terima kasih kerana membaca


Betul ka ada salji di Malaysia??? Peristiwa ini berlaku pada 9 December 2018. Bulan Christmas, majoriti mall-mall besar telahpun membuat hiasan yang cantik-cantik dan  mengadakan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak serta dewasa. Pada mulanya memang tak terfikir pun nak pergi KL, tetapi Bos nak belanja pergi KL katanya, kebetulan keluarga saya pun ada datang ke rumah. Jadi dah orang bawa jalan free, saya pun pergi KL. Lepas tu bos saya pun tanya, datang KL ni nak pergi mana??? Dia yang ajak , saya pula yang dia tanya nak pergi mana. Kemudian saya ajaklah pergi tengok salji di Pavilion Kuala Lumpur. Sampai di Pavilion, nasib baik ada parking kosong. Ramai yang datang sebab nak pergi tengok salji turun.  Saya dapat tahu pasal salji di pavilion pun sebab ada terjumpa iklan di facebook yang menyatakan salji akan turun di Pavilion Kuala Lumpur setiap pukul 8 malam bermula 1 December 2018 sehingga 25 December 2018.

Pentas Mickey Mouse

Antara hiasan lampu yang cantik

Setelah masuk ke dalam Pavilion, terjumpa pula Mickey Mouse gergasi, tetapi waktu kami sampai tu, takde persembahan dekat pentas Mickey Mouse tu. Sementara menunggu salji turun, kami lepak di tangga depan pentas Mickey Mouse.

Menunggu di depan pentas Mickey Mouse

Sebagai gambar Kenangan

Lama juga menunggu budak kecik ni pun dah mula bosan. Bos saya bawalah dia pergi jalan-jalan sambil beli mainan. Banyak juga dua orang ni berselfie di Pavilion. Yang baby pula tidur sahaja, bangun pun sekejap.







Tidur ja
Sebelum Keluar tengok salji, kita selfie bersama keluarga dulu.


Tepat jam 8 malam, kami pun bersedia untuk keluar tengok salji. Wow ramainya orang di luar, masing-masing berselfie dengan gaya tersendiri. Walaupun yang turun tu cuma salji buih sahaja, bukan setakat kanak-kanak yang suka, golongan dewasa turut terhibur.

Ramai orang dah menunggu di luar

**********************
Sekian sahaja konten kali ini
Terima kasih kerana membaca

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS