HOTEL GRAND MARGHERITA DI KUCHING

in , , , by Chris_Sella, Februari 12, 2019
Kredit: website Hotel Grand Margherita


Sebenarnya saya tak menginap pun dekat Hotel Grand Margherita ni. Saya cuma bookingkan hotel ni untuk keluarga saya sahaja. (kalau dah booking tu, faham-faham la kena bayar terus huhuhuhu). Tujuan keluarga saya ke Kuching untuk menghadiri majlis perkahwinan anak buah saya pada cuti Tahun Baru Cina (2019). Nasib baik bos dah bagi angpao, bolehlah booking hotel.

Saya book Hotel Grand Margherita dekat booking.com seminggu sebelum Majlis. 2 hari sebelum check in, saya cuba call bahagian “Central Reservation”. Saya tau number “Central Reservation” ni pun sebab booking.com ada email sekali number telefon tu beserta bukti pembayaran. Malangnya dah banyak kali call dalam masa dua hari tu tapi tak ada orang pun jawab panggilan saya.

Pada hari untuk check in tu, hati saya dah rasa lain macam je. Tengah hari tu, saya dapat panggilan dari Papa. Papa Tanya sama ada saya dah bayar ke hotel tu, sebab receptionist hotel tu cakap nama Papa tak ada dalam sistem. Perkara pertama yang saya buat ialah BERTENANG (dalam hati nak meletop dah), lepastu saya suruh Papa tunjuk bukti pembayaran dengan number confirmation yang saya dah Whatsapp tu. Tapi malangnya receptionist tu masih lagi cakap tak ada dalam sistem time check tadi. Mmmmmmmmmmmmm Papa dah nak bertukar jadi Lion dance dah rasanya. Saya suruh Papa paksa receptionist tu check lagi sekali, sebab dia hanya check sekali je dekat sistem dari tadi,

Setelah double check dalam sistem, “oooo dah ada dalam sistem” (geram je hati ni, dah kena paksa baru nak double check). Dah ambil kunci bilik, staf hotel pun tolong bawakan semua beg. Pengalaman yang menakutkan bila situasi macam ni. 

Malam tu Papa & Mama pergi majlis perkahwinan, adik pula jadi babysitter. Semua gambar dalam bilik hotel pun adik yang ambilkan, tapi tak banyak la gambar yang adik ambilkan.





Time book ada bath, tapi takpa lah

Abaikan 2 orang model tu ye


Kredit: website Hotel Grand Margherita

Petang tu ramai budak-budak yang mandi, tapi tiba-tiba hujan pula


Bila saya tanya mereka selesa tak bermalam dekat hotel Grand Margherita, mereka cakap okey ja selesa ja. Cuma bantal lembut sangat. Saya pilih hotel Grand Margherita ni sebab hotel ni antara yang terkenal jugalah di Kuching dan dekat dengan waterfront. Lagipun family saya tak pernah lagi menginap dekat hotel Grand Margherita ni. Lain kali menginap dekat hotel lain pula ya.


Haaaaaahhhh happy la, dapat main kat hotel

***********
Sekian sahaja cerita keluarga saya menginap di Hotel Grand Margherita.
SHARE 19 comments

Add your comment

  1. Bestnya bercuti! Syaa kalau bercuti pun cari yang ada swimming pool. Suka yang stail di Grand Lexis Port Dickson tu. Hujan atau tidak, kita terjun!! hahaha

    BalasPadam
  2. aida pernah bergambar kat kucing tu.
    kursus few years back. lom gi lagi dgn famili.
    hunting for flight ticket yg murah, lom dapat ha ha ah ah :)
    yes. sini dekat dgn waterfront, kan. mudah nak jalan2 siang or mlm.
    kedai makan pun dekat dekat situ jer.

    BalasPadam
  3. Insiden tu memang takut kalau terjadi. Entah kenapa lambatnya dia link kan?. Nasib baik ada pulak nama dalam sistem. Pernah ke Kuching dan menginap di Hilton sebab adik kahwin dengan orang Sarawak.

    BalasPadam
  4. Nasib baik bertegas suruh mereka check lagi sekali..kalau tidak buta2 jer kena bayar dua kali..yang geram kita dah bagitau dapat e-mail for reservation pon masih nak bertekak..geram juga kalau kena macam ni

    BalasPadam
  5. Wah bestnya hotel ni. Betul2 tepi sungai dan pool die not bad. Belum berkesempatan lg nk kesini. One day kalau ke sini nk try juga menginap kt hotel ni. Facilities pun superb. hehhee

    BalasPadam
  6. Lama tak visit Kuching ni. Hotel ni near waterfront. Bestnye! Nampak macam boleh la try bila datang kuching nanti. Biasa la travel memang ada je glitch. I pernah sampai Hanoi check kat reception dia cakap my name not there. Memang confuse time tu,.

    BalasPadam
  7. Alololo.. Comelnya baby..
    Kalau la saya Pun cuak. Dah booked, dah bayar kata takde dalam sistem pulak.
    Dah la family datang dari jauh kan.
    Mujur double check ada.

    BalasPadam
  8. Haihz jammed lah kalau tiba2 nak chexk in orang hotel kata takde booking. Adoi. Kadang-kadang nak travel jadi berdebar tak tentu ara sebab risau benda benda macam ni lah.

    BalasPadam
  9. Teruknya service diorang. Kalau saya dah mngamuk dah kat situ. Kadang2 diorang ni keje sambil lewa. Main2

    BalasPadam
  10. Teringin nak ke Kuching lagi sekali, dulu pernah gi tapi lama dah. Selalu kalau travel memang risau jugak dengan benda2 macam ni lah..sebab tu sis kalau kemana-mana memang akan printkan segala dokumen yang penting walaupun dah boleh tengok secara online

    BalasPadam
  11. risau juga bila takde nama ..mau tak meletup..hahaa..nasib baik ada..hotel pun nampak macam best je..siap ade swimming pool..ala comelnya budak berdua tu

    BalasPadam
  12. Cantik ye hotel ni! Nampak luas dan selesa sangat. Thanks sbb tulis pasal hotel ni so nanti kalo ke kuching dah tau mana nak cari hotel yg selesa

    BalasPadam
  13. 1st thing bila reservation xde dalam sitem kena bertenang.. kadang2 kadang sistem hotel macam tu la tak dapat detect booking or ada error dlm sistem diaorang.. its ok sbb klau dah ada confirmayion number dan resit..klau masih lagi tak boleh baru jadi dragon tau hihihi

    BalasPadam
  14. Wow...Hotel ini memang nampak sangat brand kan? Selesa dan spacious. Ya kadang kala memang sistem akan tergendala tapi usah panik boleh call consumer service mereka.

    BalasPadam
  15. Bad servis la receptionist kat hotel ni. Tak patut ada insiden macam ni.. patut buat double cek betul2, bukan buat sambil lewa. Kena report dengan manager, supaya lepas ni xde orang lain pula terkena. Kesian parent you..

    BalasPadam
  16. Bilik dia nampak menarik, cozy and cantik. Tapi sayang servis deorang tak secantik hotel ni. I rasa ada miscommunication kot.

    BalasPadam
  17. Rawlins pula yang neves bila nama takde dalam list hotel - dok terpikir mana la nak tido. Kalau Rawlins, mau mengamuk dah kat situ. Ambil nama dan report je nama receptinonist tu.

    BalasPadam
  18. Dengar nama Grand Magherita tu dah nampak grand heheheh tengok hotel sangat selesa dan juga sangat cantik menarik kalau ker kuching atas urusan kerja boleh lah menginap kat hotel ni ok...

    BalasPadam
  19. Cantik jugak hotelnya. Katil tu bonus sebab dua2 besar kan. Suka tengok swimming pool dia .cantik

    BalasPadam

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS