Saya telah memenangi peraduan yang dianjurkan oleh Hilton Garden Inn, Puchong pada bulan September 2019. Pihak hotel telah memberi saya voucher melalui email. Dalam voucher tersebut menyatakan saya telah memenangi penginapan selama 2 hari 1 malam termasuk sarapan pagi, dan voucher tersebut haruslah ditebus sebelum 31 December 2019.

Disebabkan sibuk, jadi saya menebus voucher tersebut pada saat akhir. Itu pun nasib baik ada kekosongan pada tarikh yang saya pilih tu (December 2019).

Pada hari yang saya sepatutnya menginap di hotel Hilton, saya boleh terlupa mengenai tempahan yang saya dah buat tu. Nasib baik ada orang yang tolong ingatkan, tu pun check- in sebelum malam, dan syukur tak dibatalkan. Masa untuk check-in di Hilton Garden Inn Puchong ni

Mula-mula sampai di kawasan parking hotel, saya tak tau pun jalan nak menuju ke parking tu. Nasib baik ada seorang security tu nampak saya ni macam sesat kot. Jadi security tu suruh terus menuju ke parking LB2. Dah siap parking, kena naik lif menuju ke tingkat 6. Dekat tingkat 6 tu la sebenarnya lobi tempat untuk mendaftar “check-in / check-out”.

Jumpa pun tempat parking

Ada 3 lif

Semasa urusan check-in hotel tu, saya pilih penyambut tetamu perempuan sebab saya rasa lebih senang nak bercakap. Setelah selesai register semua, voucher pun dah tunjuk kat kaunter tu. Tiba-tiba penyambut tetamu tu tanya “Puan nak berus gigi dan pencukur ke?” saya tanya balik “berapa kena tambah?”, penyambut tetamu tu cakap “Free je ni”. Kalau dah free takkanlah saya taknak kan. Jadi penyambut tetamu tu bagi saya berus gigi, pencukur, dan cap untuk mandi tu.

Kaunter lobi

Ni semua saya dapat dekat kaunter tadi

Tiba masanya naik ke bilik penginapan, nak naik kena sentuh kad hotel tu dekat screen kad dalam lif baru dapat tekan butang naik. Kalau tak memang tak boleh naik la, cuma boleh turun je. Nak masuk bilik hotel pun kena sentuh kad dekat dengan screen yang berada atas tombol pintu, baru boleh buka pintu (ni sama macam hotel lain juga lah).

Dah masuk bilik hotel saya, apa lagi kita check lah semua tempat. Memang cantik design bilik ni, view pun saya dapat yang bahagian menghadap tasik. Okey lah malas nak taip panjang-panjang pasal bilik dia, silalah tengok dekat gambar yang saya sediakan dibawah ni ye.

Saya dapat pemandangan "Lake view", cantik waktu matahari nak terbit

Ni lah tempat saya tidur malam ni

Meja tempat saya lepak sambil menikmati "lake view"

Tea time

Peti sejuk

Bilik saya ni tak ada tab mandi ye

Ada air panas untuk mandi

Shampoo semua ada disediakan

dekat kawasan singki pun ada sabun dan tisu serta suis untuk "Hair dryer"

Almari

"Hair dryer" ada dalam almari

Meja solek terletak di sebelah TV, besar betul cermin.

Terdapat juga kemudahan gym, kolam renang, mesin pencuci & pengering (ni kena guna duit syiling) dan kedai mini (untuk membeli makanan ringan).

Swimming pool untuk dewasa dan kanak-kanak

Gym ni kena masuk dan buka pintu guna access card bilik kita sahaja

Sarapan pagi bermula dari pukul 6 pagi sehingga lah pukul 10 pagi. Sarapan pagi yang disediakan tak adalah semewah mana tapi memang boleh mengenyangkan. Antara menu sarapan yang ada ialah nasi lemak, bubur, salad, roti, mee, nasi goreng, dan lain-lain. Rasa pun boleh tahan.

Sarapan yang menyelerakan

Roti

Saya pilih berserapan di luar

Boleh menikmati pemandangan tepi kolam

Masa untuk check out pula adalah pukul 12 tengah hari. Memang Pengalaman yang sangat menyeronokan kerana kemudahan hotel sangat mesra bagi semua peringkat umur.


********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella



Satay adalah salah satu makanan kegemaran saya. Tak perlu pergi jauh sampai ke Melaka untuk merasa satay Melaka, sebab dekat Kuala Lumpur ni pun ada gerai Satay Sri Melaka. Setiap kali nak makan satay, saya akan pergi ke Satay Sri Melaka yang terletak berdekatan dengan Giant Taman Permata. Satay Sri Melaka biasanya beroperasi pada waktu malam sahaja, bermula dari jam 4.30 petang sehinggalah larut malam.


Terdapat juga hidangan lain yang dijual di gerai-gerai berhampiran, tetapi saya memang datang jauh-jauh untuk makan Satay Sri Melaka dan nasi impit. 5 cucuk satay dan 1 nasi impit pun dah cukup mengenyangkan, sebab secucuk satay tu bukannya sikit. Rasa kuah kacangnya juga sangat sedap. Antara menu lain yang saya suka dekat sini ialah laksa dan soto.


Alamat:


********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS