Showing posts with label Peperiksaan Online SPA

Selang seminggu selepas menduduki peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat (S41), saya turut menerima email untuk untuk peperiksaan online bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir gred N29 (Pengurusan Stor). Peperiksaan online ini berlangsung pada 25 October 2019.

PERSIAPAN SEBELUM EXAM
Persiapan tak segigih seperti peperiksaan online S41 saya yang berlangsung seminggu sebelum peperiksaan online N29 ni. Tak tahu kenapa sibuk sangat dekat office minggu ni. Kalau nak baca mengenai persiapan saya untuk peperiksaan online S41 tu boleh KLIK DISINI. Ada sedikit perasaan lega sebab untuk peperiksaan yang gred 29 tak ada soalan pengetahuan am.

Untuk peperiksaan kali ni, di seksyen A (Daya penyelesaian masalah) saya cuba untuk mengulangkaji tentang %, Kebarangkalian, Halaju, nisbah dan sedikit tentang formula yang ringkas seperti min dan medium.

Manakala untuk seksyen B (Kefahaman Bahasa Inggeris), saya membuat latihan grammar secara online.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN ONLINE
Jam 9 pagi saya dah login website exam online tu. Kena tunggu lagi sejam untuk peperiksaan bermula. Saya dah sediakan kertas A4 dan kalkulator siap-siap. Sila view gambar menggunakan komputer untuk gambar lebih besar.


PEPERIKSAAN SEKSYEN A
Menunggu cukup masa untuk peperiksaan bermula

Mempunyai 20 soalan dan masa selama 25 minit. Tidak ada soalan berkaitan dengan graf atau curve yang keluar. Cuma ada satu soalan tu suruh mencari kedudukan sekiranya XXXX adalah satu garis lurus, lebih kurang macam tu lah, saya pun lupa dah. Tak sempat ambil gambar soalan sebab nervous mengira, tapi soalan tu lebih kurang macam contoh yang saya bagi dekat bawah tu.

Contoh pertama:
Ali dan Lim ingin menjual basikal. Harga basikal Ali ialah RM880 dan harga basikal Lim ialah RM790. Berapakah jumlah hasil jualan basikal Ali dan Lim sekiranya mereka menjual dengan harga 15% daripada harga basikal mereka?

Contoh Kedua:
Haikal mendapat gaji sebanyak 30% hasil daripada keuntungan menjual cucur pisang selama 4 minggu. Ini adalah hasil daripada jualan selama 4 minggu iaitu RM390, RM320, RM370,dan RM430. Berapakah gaji Haikal hasil daripada keuntungan menjual cucur pisang?

Contoh Ketiga:
1331, 1728, 2197, 2744, R
Berapakah nilai R?

Contoh Keempat:
Almari tersebut dijual dengan harga RM290 iaitu 45% daripada harga asalnya. Berapakah harga asal sebenar almari tersebut?

Contoh Kelima:
Terdapat 170 biji buah epal didalam kotak. Nana telah menjual 1/5 biji buah epal. 3/8 daripada baki buah epal diberikan oleh Nana kepada jirannya. Berapa biji buah epal yang masih ada di dalam kotak?

Contoh Keenam:
Rose mengayuh basikal dengan kelajuan 20km/j selama 1.30 jam. Kemudian Rose berehat selama 5 minit. Kemudian Rose menyambung perjalanannya selama 1 jam. Berapa jarak yang dilalui oleh Rose?

PEPERIKSAAN SEKSYEN B
Rehat sekejap sementara menunggu untuk peperiksaan seterusnya

Mempunyai 20 soalan dan masa selama 20 minit. Terdapat beberapa soalan yang berpandukan petikan, contoh soalan tu anda boleh rujuk pada gambar dibawah. Sudah tentu terdapat soalan mengenai “grammar”.

Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3


TAMAT
Pendek sahaja penerangan saya mengenai peperiksaan online kali ni. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat kepada anda yang nak tahu macam mana soalan peperiksaan online ni. Ini pengalaman saya dalam tahun 2019, mungkin di tahun yang akan datang, soalan juga mungkin berubah. Bagi yang akan menduduki peperiksaan online, saya ucapkan semoga Berjaya.

**UPDATE
Dah dapat keputusan, tapi dukacitanya GAGAL. Hahahahaha, tak terkejut pun. jadi saya ucapkan semoga berjaya kepada calon yang terpilih ke peringkat yang seterusnya.

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella




Dua minggu sebelum peperiksaan, saya telah menerima email dari SPA. Dalam email tu menyatakan bahawa saya dijemput untuk menduduki peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 (Jabatan Kebajikan MAsyarakat Malaysia) pada 18/10/2019. Macam tak percaya sebab saya punya status permohonan SPA tu dah tamat pada September 2019, memang tak ada plan nak update dah. Lagipun 10 tahun asyik renew dan tak pernah dijemput untuk peperiksaan langsung. Dah dapat email tu, terus cepat-cepat saya update dan renew permohonan kat website SPA.

Email yang saya terima tu macam ni lah


PERSIAPAN SEBELUM EXAM
Mula-mula memang rasa malas, tapi difikirkan balik Cuma exam je pun. Cubalah, lulus atau gagal tu belakang cerita. Peraksaan takut tu memang ada terutama kalau terfikir tentang bahagian Seksyen A tu. Banyak juga lah blog yang saya baca tentang pengalaman peperiksaan online SPA ni, ada yang baru graduate pun dah kena panggil untuk exam. Untungnya la kan. Tiba-tiba saya terbaca dekat 1 blog ni, dia jual eBook untuk orang yang nak menduduki exam online SPA, saya pun terus beli seksyen A,B, dan C harga dalam RM80.

>Ulang kaji untuk Seksyen A
Seksyen A ni adalah soalan yang berkaitan dengan Pengetahuan AM. Dah beli eBook kan, sekali buka, terus pening dan tak apa lah, saya akan study bahagian seksyen A ni hari yang  akhir sekali.

Ni je yang saya larat salin


Macam mana saya study? Disebabkan saya pun tak tau nak mula baca apa dulu, jadi saya cadangkan untuk pergi website JKM dan buat nota. Lagipun jawatan untuk peperiksaan saya nati adalah under JKM kan. Mula-mula semangat menyalin Visi, Misi, dan Objektif. Lepas tu bosan, jadi saya cari alternative lain untuk print screen dan safe dekat PC opis je, lagipun nanti exam saya guna PC opis juga. Saya cuma print screen point yang besar ja, macam jenis dasar dan perkhidmatan, yang huraian semua saya tak buat nota. Lepas tu saya baca nota pengetahuan Am tingkatan 6 dekat satu blog ni. Semua pasal parlimen, kabinet, kehakiman saya baca.

>Ulang kaji untuk Seksyen B
Bahagian daya penyelesaian masalah, saya ada rujuk dekat eBook yang saya beli tu, mmmmm ada pening jugalah tengok graf bagai. Last-last saya google juga nota SPM. Saya tak fokus dekat graf sangat. Sebab saya buat ulang kaji ni berdasarkan pengalaman saya jawab exam erecruitment (SPA Sarawak). Saya fokus dekat pengiaan peratusan, berat, kelajuan, kebarangkalian dan yang berkaitan. Ohhh yaaa saya siap install apps calculator saintifik lagi kat smartphone. Malas nak beli, bukan pakai hari-hari pun.

Hahhhh rajin tak, tulisan tu no commentlah, sendiri faham.

Saya download apps ni je


>Ulang kaji untuk Seksyen C
Bahagian Kefahaman Bahasa Inggeris, bahagian ni saya focus dekat grammar je. Memang nampak nota yang saya buat tu macam lawak. Tapi nanti time exam baru tau lawak ke tak, kalau dah nervous, yang senang pun boleh jadi susah tau.

Lucukan nota saya, dah macam budak tadika punya Inggeris


Saya buat latihan secara online sahaja. Cuba google mengenai “latihan grammar bahasa Inggeris online”.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN ONLINE
Hari yang ditunggu telah pun tiba, takut juga mana tau ada kerja urgent. Sebab saya buat exam kat opis, line internet opis super laju tau. Tapi saya memang dah pastikan semua kerja dah disiapkan sebelum hari exam ni, tersusun cantik di atas meja, cakap je nak paper apa, file apa, dalam 3 saat saya boleh bagi terus (cehhhh).

Seperti yang saya sedia maklum, website untuk peperiksaan akan dibuka satu jam sebelum peperiksaan bermula, jadi saya antara yang terawal log in website tu. Yelah saya ada terbaca dekat blog lain tu, kalau lambat log in nanti “trafik jem”. Sementara menunggu peperiksaan bermula, saya sediakan kalkulator biasa tu walaupun dalam smartphone dah install kalkulator yang smart. Sekeping kertas A4 untuk saya conteng time soalan kira-mengira.

Nampak tak yang warna merah tu, nanti kalau dah tiba waktu menjawab memang akan terus keluar soalan pertama


PEPERIKSAAN SEKSYEN A
Mempunyai 30 Soalan dan masa  selama 30 minit. Dari soalan pertama sampai soalan yang ke 30, kesemuanya hanya berkaitan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Ini bermaksud, 90% jawapan untuk soalan seksyen A ini boleh didapati dalam website rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Contohnya soalan berkaitan dengan Visi dan misi JKM. TETAPI website JKM memang tak boleh buka, mungkin dah “tutup” sementara. Setelah selesai menjawab peperiksaan online, saya pun cuba “buka” website rasmi JKM, dapat pula “buka”.

Antara soalan yang saya sempat print screen boleh rujuk gambar dibawah tu, 3 gambar tu cukup lah.

Gambar lebih jelas kalau view guna komputer

Gambar lebih jelas kalau view guna komputer

Gambar lebih jelas kalau view guna komputer


PEPERIKSAAN SEKSYEN B
Mempunyai 20 soalan dan masa selama 25 minit. Dari soalan pertama sehinggalah soalan yang ke 25, memang tak ada soalan yang berkaitan dengan graft atau sfera atau curve dan seangkatan dengannya. Bahagian ni saya tak sempat  nak ambik gambar sebab sibuk mengira dengan soalan yang berbelit. Hihihihi. Kalau SPM anda mendapat A dalam mata pelajaran math mungkin tak ada masalah bagi anda. Jangan risau kerana soalannya tak adalah susah sangat.

Contoh pertama:
Basikal Ahmad adalah 60% lebih mahal daripada basikal Ah Chong. Berapakah harga basikal Ahmad sekiranya harga basikall Ah Chong adalah RM300. (tak adalah susah sangat kan boleh kira guna kalkulator biasa ja)

Contoh Kedua:
Berat 2/3 beras daripada setengah guni beras adalah 25kg. Berapakah Berat seguni beras tersebut.

Contoh Ketiga:
Ali bertolak dari rumah menuju ke Q pada pukul 9.30 pagi sejauh 384km. Sekiranya Ali memandu dengan kelajuan 96km sejam, pukul berapakah Ali akan tiba di Q.

Contoh Keempat:
Berapa jumlah duit syiling 20sen yang diambil sebanyak 45% daripada RM550.

Ntah apa yang dicontengkan tu


PEPERIKSAAN SEKSYEN C
Mempunyai 20 soalan dan masa selama 20 minit. Mempunyai satu petikan sederhana pandang dan 4 (kalau tak silap) soalan akan ditanyakan berdasarkan petikan tersebut. Terdapat 3 petikan pendek (kalau tak silap, lupa dah) dan setiap petikan akan ada 2 soalan sahaja. Soalan lain mengenai “grammar” je.

Petikan pendek dia macam ni lah


TAMAT

Haaaahhhh akhirnya tamat juga peperiksaan online ni. Semoga perkongsian saya ini dapat memberi sedikit gambaran kepada anda yang baru pertama kali akan menduduki peperiksaan online. Lain tahun, lain lah soalannya, soalan juga mungkin berbeza mengikut jawatan yang ditawarkan. Semoga Berjaya..

**Update: selepas dua minggu peperiksaan, keputusan pun diterima melalui email. Saya gagal ujian online ni. Jadi tak dapat nak cerita tentang peringkat yang seterusnya. 

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS