Untuk scan kertas bahagian depan dan belakang secara automatik, anda hanya perlu menggunakan tray atas sahaja. Pastikan anda telah buka semua klip yang ada pada kertas yang hendak discan.

Letak kertas yang hendak diScan di atas tray

Klik pada "Original Feed Type"

•Setelah anda klik pada butang atau icon “Scanner” anda akan nampak skrin mesin Photostat seperti gambar diatas.
Pada bahagian yang bertanda “1” sila klik “Original Feed Type

Klik pada "2 Sided Original"

Pada bahagian yang bertanda “2” sila klik “2 Sided Original

Langkah 3 & 4

Pergi pada bahagian yang bertanda “3”, sila semak kertas terakhir yang anda hendak scan, sama ada cuma bercetak dibahagian depan sahaja, atau depan belakang kertas pun bercetak. Kalau hanya bercetak bahagian depan sahaja, sila klik pada icon “1 Side”. Kalau kertas terakhir bercetak depan dan belakang, sila pilih icon “2 Side”
Kemudian klik “OK” pada bahagian yang bertanda “4

Pilih "folder" atau "Storage"

•Pada bahagian yang bertanda “5” seperti dalam gambar di atas, sila pilih “Folder” atau “Storage” yang akan menyimpan dokumen yang telah discan (Sila rujuk pada gambar diatas)

Start
•Tekan “Start” seperti yang ditunjuk dalam gambar diatas. Kalau ada dokumen yang tertinggal dan nak “stop” scanner. Sila tekan butang “Stop” seperti yang dibulatkan dengan warna kuning dalam gambar di atas. Kemudian klik “Cancel Scanning” yang akan tertera pada skrin printer. Untuk scan semula, sila ikut semua langkah-langkah diatas sekali lagi.

Setelah selesai scan, anda boleh cari dokumen tadi dalam komputer anda. Cari dekat "folder" atau "storage" yang anda pilih semasa scan.

**********************
Sekian sahaja Tutorial cara menggunakan scanner pada kali ini.
Terima kasih kerana membaca

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS