Semua orang ada hobi, salah satu hobi saya ialah menyertai peraduan online dan offline. Saya mula mengenali dunia peraduan ni pun melalui rakan sekerja. Kawan saya tu memang dah lama menceburi bidang peraduan ni, saya masuk kerja dan berkenalan dengan dia. Tak lama lepas tu dia ajak saya keluar pergi event dan ajar saya berperaduan. Itu pun sebab dia nampak saya tengok drama korea jer bila  kerja dah siap, jadi dia ajarlah saya untuk tambah hobi baru, yelah takkan lah saya nak mengait. Yang bestnya sebab majoriti peraduan facebook ni adalah percuma.

Sekarang ni saya nak cerita tentang peraduan yang paling mudah untuk disertai, iaitu peraduan di facebook.


1) Cari "kawan" contest untuk memudahkan kita saling "tag" 

Biasanya kaki contest atau peminat peraduan ada group dia tersendiri dalam facebook. Yessss kawan memang penting kerana majoriti peraduan memerlukan peserta untuk "Tag" kawan di fb. Bayangkan kalau kita selalu Tag kawan fb yang bukan kaki contest, mesti dorang rasa menyampah dan block fb kita. Jadi kalau kita ada kawan contest ni, nanti kita tag dia dan dia pun tag kita. Kita pun senang dapat tahu tentang peraduan yang sedang berlangsung.

Sama juga dengan contest dekat instagram, kita perlukan kawan yang kaki contest di instagram untuk di Tag.


2) Like 

Like posting contest itu memang wajib. Atau pun baca arahan telebih dahulu, sebab kadang-kadang penganjur saja nak minta peserta klik "Love". Tapi yang terpenting jangan lupa Like dan follow laman utama atau page penganjur. 

Selain dari like posting penganjur, terdapat juga peraduan "Like" terbanyak, peraduan macam ni saya jarang join sebab kadang-kadang ada jerr yang beli "Like". Kalau korang rasa hadiah dia berbaloi untuk beli "Like" boleh lah join walaupun cara tu dikira macam menipu.


3) Share atau Kongsi

Bila kita membuat keputusan untuk menceburi bidang contest secara online, kita juga perlu bersedia di mana fb dan ig kita akan menjadi seperti katalog. Bila orang klik je fb kita tu, memang nampak penuh contest jer. 

Tapi tak semua contest tu perlu di Share. Baca step-step yang diberikan.


4) Ingat masa dan tarikh 

Mula-mula kita perlu ingat bilakah peraduan tersebut akan ditutup supaya kita tak terlepas untuk menyertai peraduan tersebut.

Dannnnnnn yang paling penting, bilakah senarai pemenang akan diumumkan. Kadang-kadang penganjur hanya memberi tempoh 3 hari untuk para pemenang memberi maklumat untuk tuntutan hadiah. kalau terlepas, maka hadiah tidak akan dapat dituntut. 


5) Sila baca syarat peraduan dengan teliti

Perkara ini sangat penting kerana terdapat penganjur yang meminta para pemenang untuk menuntut hadiah di lokasi yang telah ditetapkan. Jadi rugilah sekiranya tidak dapat menuntut hadiah tersebut. Tetapi ada juga penganjur yang membenarkan wakit untuk menuntut hadia tersebut.

Baiklah, untuk permulaan cukuplah anda ingat 5 point. Semoga berjaya dalam peraduan yang anda setai.


********************

Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella