Ramai yang join Mary Kay ni sebab terpikat dengan iklan dari Beauty Consultant atau janji manis yang tak pasti (cehhhhwahhhh). Disebabkan ada beberapa orang yang tanya saya tentang apa yang best dan apa yang tak best bila join Pink Business ni. Perniagaan MK ni juga dikenali sebagai Pink Business, namun ada juga kaum lelaki yang berjaya dalam Pink Business ni tau.

Okeylah pada entri kali ni saya senaraikan beberapa perkara yang saya rasa anda patut tahu sebelum join Pink Business ni. Keseluruhan entri ini adalah berdasarkan pandangan saya sahaja. "BEST" atau "TAK BEST" itu adalah terpulang kepada pandangan dan pendirian anda sendiri.


1) KEISTIMEWAAN BEAUTY CONSULTANT BARU
Semua yang join Pink Business ni akan dikenali sebagai Beauty Consultant Mary Kay atau BCMK.
 

>>BEST<<
Dengan yuran pendaftaran RM70 (2020) dan yuran kelas ESRS RM47, anda akan diberi set starter kit dan voucher sebanyak RM285. Untuk menebus voucher tersebut, BC baru perlu berbelanja sebanyak:-

= 200 points dan keatas untuk menebus voucher RM85 dan dapat % diskaun 
= 350 points dan keatas untuk menebus Voucher RM200 -RM285 dan dapat % diskaun

*1 point = RM3.65 (anggaram)

BC baru juga akan diberi cabaran selama 3 bulan pertama. Setiap cabaran yang berjaya dilaksanakan akan mendapat hadiah (hadiah ni bukan suprice pun sebab nanti akan dapat email, apa hadiah yang BC baru dapat dalam 3 bulan pertama tu)

Nak tau hadiah saya untuk cabaran BC baru dalam 3 bulan tu boleh klik cabaran BC baru


>>TAK BEST<<
Anda sebenarnya tak tahu pun berapa voucher yang anda akan dapat, berapa lama expired voucher tu, macam man nak tebus voucher tu. Ada recruiter yang akan suruh anda tebus voucher RM85 sahaja terlebih dahulu untuk pembelian pertama, padahal anda boleh je terus tebus voucher RM285 dan lagi jimat. Untuk permulaan kalau tebus semua voucher tu, anda mungkin dapat beli banyak barang dengan kos yang lagi murah. Ada juga recruiter yang akan suruh anda beli 350 points terus. dan kalau anda mencapai 600 point pada 3 bulan pertama, anda akan dapat 2 hadiah dari kompeni dan diskaun yang lagi banyak. Atau hadiah dari leader anda.
*Semakin tinggi points, semaakin banyak diskaun yang anda akan dapat

Contohnya:
Untuk menebus voucher RM85 anda perlu berbelanja minimum sebanyak 200 points (anggaram RM730) dan beberapa % diskaun.

Untuk menebus voucher RM285 anda perlu berbelanja minimum sebanyak 350 points (anggaram RM1,277.50) dan beberapa % diskaun.

Anda perlu tahu bahawa voucher RM200 (kelas ESRS) dan voucher RM50 (e-ESRS) akan luput selepas 14 hari. 


[Semuanya terpulang kepada bajet anda dan tujuan anda join MK, kalau anda hanya join MK sebagai pengguna, saya cadangkan supaya anda tebus kesemua voucher pada pembelian pertama.]


2) DAPAT DISKAUN 
Disini ramai yang salah faham tentang diskaun


>>BEST<<
Ni memang best sangat sebab keuntungan sangat memuaskan bagi anda yang memang join MK sebab nak tambah pendapatan atau nak bekerja secara sepenuh masa sebagai BCMK. Lebih-lebih lagi bila waktu promosi tu ada produk best dan BC tetap akan mendapat diskaun yang lagi murah. Daaaannn sekiranya anda membuat pembelian minimum 150 point, anda akan dapat pengeposan secara percuma. 

Tak kisah lah anda pangkat apa pun dalam MK ni, % diskaun yang kompeni bagi tetap sama, yang penting dan perlu anda tahu, semakin tinggi points pada bulan tersebut anda semakin besarlah % diskaun yang anda akan dapat.

DANNNN setiap 1 haribulan diskaun semua orang akan kembali kepada 0%, semua orang akan bermula dengan 0% diskaun untuk bekerja keras lagi sehingga mencapai % diskaun yang maximum.


>>TAK BEST<<
Kalau anda hanya beli 1 produk sahaja dan points adalah bawah daripada 100 points (Tahun 2020), anda tidak akan dapat diskaun pun. Dah la tak dapat diskaun, lepastu kena bayar kos pengeposan pula tu. 

Contohnya: Anda hanya nak beli Set Botanical Effect F1 pada bulan tersebut, dan point bagi satu set Botanical Effect adalah 86 point dan harga adalah RM266. Ini bermakna anda tidak akan dapat diskaun dan tak dapat free postage. 

[Saya nasihatkan jangan join MK kalau sebab nak beli murah je, Join MK sebab nak jana pendapatan atau nak beli secara banyak. Anda nak dapat diskaun, anda beli je dengan BCMK dan kalau tak dapat diskaun pun, anda akan dapat free postage ]


3) DAPAT HADIAH DARI KOMPENI DAN LEADER
Setiap bulan kompeni akan ada hadiah untuk mereka yang mencapai target, kalau anda berjaya melaksanakan cabaran dari kompeni, anda mungkin akan dapat hadiah yang lebih menarik. Begitu juga hadiah dari leader anda, tapi tak semua leader akan bagi hadiah. macam leader saya memang dia akan buat cabaran setiap minggu. 


>>BEST<<
Kompeni akan menyediakan hadiah MOB (Month Of Bonus) yang berbeza setiap bulan, kadang-kadang dapat beg, skincare atau macam-macam lagilah. TETAPI anda perlulah mencapai target jualan yang ditetapkan. Ala, macam kita buat perniagaan juga perlu ada target nak dicapai. Dan yang paling bestnya siap boleh dapat percutian 5 stars, kereta, dan cincin berlian.


Hadiah dari leader pula, memang banyak jenis, bayangkan kalau seminggu tu 1 cabaran 200 point, sebulan ada 4 cabaran. lepastu ada yang jadi "Queen of sale" , "Queen of Sharing" , "Leader of success" . yang capai target bulanan pun dapat juga hadiah. Kalau anda ada leader yang pemurah, mungkin anda akan diberi penginapan hotel ke, tiket taman tema ke dan banyak lagi.


>>TAK BEST<<
Kompeni memang akan bagi percutian percuma, cincin percuma, kereta pecuma. Tetapi untuk hadiah yang mempunyai nilai yang besar ini memerlukan anda menjadi leader terlebih dahulu baru boleh capai semua cabaran tu. Kalau anda memang nak sangat dapat semua tu, anda perlulah berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencari orang yang nak join MK ni. Maksudnya memang anda layak sangat lah dapat hadiah tu setimpal dengan usaha anda mencari BC baru dan buat sale.


Hadiah dari leader? jangan lah expect hadiah untuk 200 points tu leader akan bagi cincin emas. Biasanya 200 points tu anda dapat lah hadiah yang beberapa hinggit je, atau yang dibeli kat DIY. Tetapi sekurang-kurangnya leader tu hargai jugalah usaha sekecil 100 points tu. Kalau leader saya pula, siapa yang jadi "Queen" tu memang hadiah dia blender, periuk nasi, jam, dan banyak lagi.

*Tak semua leader akan bagi hadiah tau, itu semua bergantung kepada team mana yang anda join.


4) SISTERHOOD YANG BAIK

MK sendiri memang mengamalkan perhubungan yang baik antara ahlinya.

>>BEST<<
Bagi yang baru berkenalan dengan BC MK ni mesti anda akan didedahkan dengan hubungan yang baik antara ahli kan. Berkongsi suka-duka dalam group anda. saling menyokong, boleh sembang-sembang, Boleh keluar lepak dengan team anda.


>>TAK BEST<<
Bila dah masuk group tu, jangan pandai nak memandai-mandai. Sebab group tu mungkin hanya terbuka untuk sembang tentang MK je, dan bukannya sembang tentang resipi, baju raya tahun ni, tempat makan yang best. Atau pun korang cuma buat kegembiraan yang fake bersorak untuk leader korang over show dia pergi bercuti sebab pencapai dia, atau dia akan cakap "Taniah semua, sekarang unit kita dah jadi unit PINK CAR, jom tengok gambar atau video sign dokumen PINK CAR". TETAPI kalau anda pun nak percutian percuma, PINK CAR percuma tu semua, anda pun sepatutnya berusaha untuk mencapai target anda.


5) UNTUK MEMBANTU MEMPERKAYAKAN LAGI KEHIDUPAN WANITA LAIN 
Dalam MK sebenarnya salah satu tujuan utamanya adalah untuk menggubah nasib wanita ke arah yang lebih baik. Tetapi ada juga lelaki yang berjaya dalam MK ni tau.


>>BEST<<
Kompeni akan sentiasa mencuba untuk menambahbaik sistem mereka, dan menyediakan hadiah yang terbaik untuk yang telah berjaya mencapai target. Leader (SSD saya) juga sentiasa memberi motivasi serta material yang selengkapnya untuk membantu BC. Semua material yang diberi akan di upload dalam group telegram mengikut kategori produk (kiranya macam katalog lah). Dah ada semua material kan, kita gunalah sebaik-baiknya. Usaha sendiri, leader dah berhempas pulas tolong kita cari material untuk kita UP setiap hari. Kalau anda "tersangkut" kat mana-mana, terus call atau whatsapp leader. Leader saya tak pernah pun tak reply setiap kali saya whatsapp walaupun soalan bodoh yang saya tanya. Haaaahhh terbaikan leader saya, dia tak akan cakap "saya sibuk ni, lain kali lah saya bagi tau". Ayat leader saya "jom lah kacau saya, tak ada orang ke nak kacau saya". Dalam 2 atau 3 hari, dia akan bagi material "weiii korang cepatlah UP UP UP, ni material untuk harini". Saya bangga juga ngan leader saya tu, dia berkerja sebagai Engineer, ada keluarga tapi dia tetap seorang yang hebat. 


>>TAK BEST<<
Anda pasti ke yang Leader anda (tak semua leader) tu membantu anda untuk memajukan kehidupan anda, atau anda rasa sebenarnya andalah yang membantu memajukan kehidupan Leader anda.  Ko ingat kalau ko tak buat sale tak dapat cari BC baru under ko, ko rasa leader ko tu pandang ko ke? ko ingat semua Leader tu betul-betul ke nak pimpin korang sampai sediakan semua material untuk korang (Tak semua leader)? Kalau anda takde sale takde recruit, korang ingat leader korang dapat gaji, dapat pink car, dapat percutian percuma ke??? Sebab itulah anda perlu "kacau" leader anda, bila tak ada material, bila tak tau nak pos apa, bila tak tau reply mesej customer. Dia dapat semua tu sebab adanya anda dalam unit dia.  

*Bila korang yang baca ni jadi leader, pastikan korang recruit orang bukan nak komisen atau nak capai target challenge dari kompeni semata-mata. Dah recruit, lepas tu anak buah tu terkapai-kapai, duit modal burn macam tu. Ayat yang tak boleh blah "modal serendah RM70 je, kalau rugi pun tak banyak sebab RM70 je", ko ingat tu, bagi ko RM70 tu tak bernilai, tapi ada orang RM70 tu lah duit makan duit susu anak dan sebagainya.


--------------------------

Cukup lah saya nyatakan 5 tajuk kecil ni sahaja. Ada banyak lagi yang anda perlu tahu yang best tentang MK ni. Nanti saya ceritakan dalam content lain.

Best atau tak best itu pandangan masing-masing. Berusaha, pasti anda akan berjaya dalam apa-apa jenis perniagaan.


Kalau ada yang berminat dengan produk MK atau nak menyertai perniagaan MK bolehlah hubungi saya di Link di bawah


Hubungi saya melalui link ini:https://linktr.ee/Chrissella

 

********************

Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Dekat Part 1 haritu saya dah buat resume kan. jadi kali ni pula saya nak tunjuk yang saya buat surat permohonan ke surat sokongan ke surat pendahuluan ke, tak tau apa nama surat tu. Alaaaa surat tu macam surat kita mohon kerja. Nak tau rupa surat tu macam mana, boleh tengok dekat gambar dibawah ni,

 

Surat temuduga

Pendek sahaja coretan saya kali ni (musim PKPB ni sibuk part time, kenalah cari rezeki lebih), sabar ya adik-adik, saya tau semua nak direct baca mengenai pengalaman Interview saya kan. Tengah cari file sijil-sijil saya tu. Interview masa 2019 dan sekarang dah 2020. Haaaaahhh rasa-rasa mana la tikus sembunyikan file tu. Dekat Part 3 nanti saya cerita tentang file sijil saya tu okey. CANTIK tau file saya tu tersusun indah. Hihihihihihihi.

 

Bagi yang taknak tau mengenai persiapan saya nak pergi interview tu, tak payah la baca. Sebab pengalaman setiap orang, persiapan setiap orang tak sama.

 

 

********************

Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Sejak akhir-akhir ni ramai yang whatsapp dan DM saya di FB. Tak sangka ramai pelawat datang ke diari saya. Dah 2 tahun buat diari ni, Sekali lagi saya ingatkan saya buat exam, ujian penilaian dan interview tu semua adalah N29 okey, BUKAN N41


Okey lah saya taknak cerita mengenai pengalaman saya terlebih dahulu. Sebab saya nak jelaskan sesuatu dalam penulisan interview tu nanti. Dan saya nak terangkan betapa bersungguh-sungguhnya saya membuat persiapan, sehingga masa interview tu saya terguris sedikit (psycho betul) sebab saya nak You (penginterview) tahu what I say was come true today (2020, ramai yang DIBERHENTIKAN kerja), open your eye & zip your mouth. (cehhhh wahhhhhh macam lah pegawai tu kesah nak sibuk-sibuk datang ke diari saya,).


Anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit ku, ini diari hidup saya untuk korang baca bila saya dah tiada nanti. Saya dah berusaha tapi ada yang lebih baik dari saya, cehhhhhh hihihihi.


Okey, mula-mula tu memang betul buat persiapan study mengenai jawatan, perkembangan dunia, fahami bidang kerja saya sekarang, imbas semula Tesis yang saya buat time dekat UNIMAS dulu. Ya seperti persiapan orang lain yang datang interview. semunya saya siapkan pada hari pertama saya dapat email jemputan untuk interview. Saya buat "kerja" awal.


Orang lain sibuk sediakan sijil cop-cop, susun-susun. Pertama sekali saya buat resume yang sesingkat boleh, secantik boleh. Perlu ke buat resume??? Sebenarnya tak perlu pun, Sebab dalam surat pangilan interview tu tak cakap pun nak kena buat resume. Tetapi nampak lebih professional kan kalau kita buat resume sendiri. Setiap orang ada cara dan personaliti yang tersendiri, dan inilah cara saya.

Resume
Resume yang saya buat tu macam ni lah rupa dia.


HHaaaaaaahhhhhh resume dalam bahasa Melaysia, iiiuuuuu takde kelas la. Hello dear, kalau rasa dirik  hebat gilak speaking owang putih why not kitak polah la resume speaking kitak. Kenapa saya buat bahasa Malaysia, menurut pengalaman orang lain yang saya kaji sendiri, kalau resume English nanti akan di interview English, kalau Bahasa Malaysia pula kita boleh berbudi bahasa Malaysia. PERINGATAN SEKALI LAGI, jawatan yang saya nak pergi interview tu N29. Kalau N41 mesti lah logiknya resume dalam English, You nak jadi PEGAWAI pada alaf baru 2020 takkan tak boleh speaking kannnnnn. Haaaahhhhh gituuuuu dear. 


Resume dah siap, saya buat surat permohonan kerja pula, kalau berminat nak tahu cara saya buat surat permohonan kerja. Sila-sila la bersabar ye. Nanti saya korek balik computer, rasanya ada lagi surat tu.

 

*update
Part 2 dah siap

 

********************

Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Selepas selesai mendaftar sebagai BC, maka bermulalah cabaran yang khas untuk BC baru. Sebenarnya saya join Mary Kay ni pun mula-mula nak jadi pengguna sahaja, dan tiba-tiba gelaran Beauty Consultants Mary Kay ni menjadi kerja kedua saya. Nanti saya cerita macam mana boleh terjebak kerja part time sebagai BC Mary Kay ni.

Cabaran untuk BC baru berlangsung selama 3 bulan. Saya dah daftar dengan recruiter saya tengah bulan June, tetapi saya lambat beli starter kit yang RM70 tu. Jadi saya dapat starter kit tu pada 23 June 2020. Ini bermaksud saya ada lagi 7 hari untuk menempuh cabaran yang bertama. Dan selepas saya beli starter kit tu, pink voucher RM120 terus dikreditkan ke dalam aplikasi InTouch saya. Tapi pink voucher tu cuma boleh guna RM20 sebulan untuk pembelian 200 points sahaja.


CABARAN PERTAMA:200 POINTS FREE TW3D CLEANSER (BERJAYA)

Pada bulan pertama tu saya mula-mula rasa agak tertipu juga sebab saya ingatkan bayar je RM70 terus dapat voucher RM85. Rupa-rupanya tak semudah itu tau untuk dapatkan voucher dia. Saya ada juga pergi sound recruiter saya tu, tetapi nak buat macam manakan, dah bayar, starter kit pun dah dapat. Kemudian saya cuba untuk positif, nak mulakan perniagaan kenalah bermodal dan usaha lebih sikitkan. RM70 je untuk register.

Mula-mula, saya install 2 applikasi yang sangat penting untuk semua BC Mary Kay. Satu applikasi yang dikenali sebagai In Touch untuk membuat pembelian, semak stok, semak point, untuk hadiah-hadiah dan banyak lagilah. Memang menarik aplikasi dia. Yang kedua adalah applikasi eCollege. Dalam eCollege ni, semua BC boleh belajar mengenai semua produk secara terperinci.

Dah selesai install kedua-dua aplikasi tersebut, saya pun mulakan kelas ESRS di eCollege. Macam mana belajar di eCollege??? Semua pelajaran ada 3 modul, dalam setiap module akan ada video. Jadi tengok semua video yang ada tu. Lepas tengok video tu perlu jawab quiz pula. Dah siap jawab quiz, barulah voucher RM50 tu di kreditkan ke dalam InTouch. Voucher RM15 pula dapat daripada Mobile Online Ordering (MOO), kalau kita buat pembelian dekat applikasi InTouch tu akan terus dapat voucher RM15 tu. Kemudian Pink voucher RM20 untuk bulan pertama saya.

Jumlah kesemua voucher yang saya dapat kumpul pada bulan pertama tu adalah RM85 dan cuma sah laku selama 14 hari sahaja. Kemudian saya sempat lagi mendaftar untuk kelas ESRS pada bulan yang sama, tapi kena bayar RM47 dan selesai kelas je terus dapar voucher RM200. Wowwww best kan

1)    Pink Voucher RM20
2)    MOO Voucher RM15
3)    e-ESRS Voucher RM50 (tamat 14 hari selepas menjawab kuiz)
4)    ESRS Voucher RM200 (tamat 14 hari selepas menghadiri kelas ESRS)

Total semua voucher yang saya ada RM285, best kan. Apa yang saya beli? Berapa kos yang saya keluarkan pada bulan pertama??


CABARAN KEDUA: 350 POINTS FREE TW3D EYE CREAM (GAGAL)

Untuk cabaran bulan kedua ni, saya tak aktif sangat pada minggu pertama. Lagipun saya baru sahaja buat pembelian beberapa hari lepas untuk cabaran bulan pertama sebagai BC baru. Bulan kedua ni saya masih keliru dengan apa yang saya buat. Disebabkan Sale Director (SD) saya seorang yang hebat dan sentiasa push saya dan ajar saya macam-macam untuk buat sale.

Langkah pertama saya dipaksa rela untuk buat FB biz & IG Biz. Kedua saya dipaksa rela untuk bagitau semua keluarga, kawan-kawan, termasuklah kena buat pengumuman dekat FB & IG personal bahawa saya adalah Beauty Consultant Mary Kay. Opssssss rasa nak nangis pun ada, malu kot. Tapi malu-malu pun saya buat juga. Bukan saya ni buat benda tak baik pun. Sambutan perkenalan saya tu suam-suam kuku je. Tapi SD saya push lagi untuk saya show off bahawa saya memang betul-betul BC Mary Kay. (Stress tau kena push, tapi kalau tak push, saya tak buat)

Marah? Tak lah, saya merajuk je. Saya cakap dekat diri sendiri “Okey time to show off” pada minggu ke tiga saya beli clay mask je dan beli bekas kecil-kecil (2g) tu kat shopee. Dan pada 31 Julai 2020 bersempena Hari Raya Haji, saya bawa semua clay mask tu pergi rumah kakak ipar sebab keluarga semua berkumpul dekat sana. Hari tu pula adalah hari perlepasan rentas negeri, dah lama PKP tak keluar rumah, saya sekeluarga mengambil peluang ni untuk berkumpul.

Apa saya buat? Saya letak clay mask yang ada tu dekat atas meja dan isi dalam bekas (2g) dan bagi kepada semua ahli keluarga yang ada. Saya memang tak mengharapkan dorang beli pun time tu. Sebab saya tau semua orang nak guna duit sepanjang PKP ni.

Pada malam tu ada seorang Kak Ipar saya Whatsapp, dia cakap nak Gel Eye Mary Kay. Jadi tu lah custumer pertama saya. Memang saya tak buat sale pun untuk bulan kedua sebagai BC baru. Jadi saya tak dapatlah free TW3D eye cream. Lagipun memang saya tak minat eye cream.

 

CABARAN KETIGA: 600 POINTS FREE LUMIVIE INTENSIVE SERUM & BEG MARY KAY (BERJAYA)

Ini adalah cabaran terakhir saya sebagai BC baru. Memang nampak best sangat serum tu dengan bag Mary Kay. Saya target awal-awal beli 2 set Botanical Effect (1 set nak guna sebagai tester, 1 set sebagai stok). Haaahhhh ingat lagi time Hari Raya Haji, saya ada mempromosikan diri saya kepada keluarga bahawa sekarang saya dah join Mary Kay, kalau berminat dengan produk Mary Kay boleh lah cari saya.

Dan keluarga saya memang menyokong kerjaya saya sebagai BC Mary Kay. Rasa best sangat dan syukur, walaupun dorang tak beli banyak barang sangat, tetapi bagi saya sokongan tu memang sangat mengharukan. Saya juga memberanikan diri untuk mengiklankan produk Mary Kay di status Whatsaap & dalam group perniagaan kawasan setempat. Hasilnya, saya dapat seorang custumer untuk lipstick.

Selain itu, saya juga menghadiahkan mak saya set Timewise Repair. Bunyinya memang kedengaran mahal nak hadiahkan mak set Timewise Repair tu, tetapi dengan diskaun, saya rasa tak terbeban sangat lah.

Total kesemua yang saya bayar selepas tolak diskaun adalah RM1,213.20 (boleh tengok gambar dibawah ni, semua barang yang saya beli). Jimatkan, hampir dapat jimat 50% daripada harga asal. Dannnnnnn setelah tolak semua barang custumer, saya cuma keluarkan modal sebanyak RM590.20 sahaja. Itu pun sebenarnya hadiah yang saya belikan Set Timewise Repair untuk mak. Saya pun ada dapat hadiah dari Mary Kay (bonus bulanan) lupa dah apa. Dan paling penting saya dapat capai target saya untuk dapat Bonus terakhir saya sebagai New Beauty Consultant.

Dah dapat hadiah dari Mary Kay, saya dapat lagi hadiah dari leader-leader saya. Best sangat-sangat. tak sabar nak tunggu van City-Link tu datang lagi.

Bayangkan kalau tiap-tiap bulan saya dapat jual produk sebanyak tu, wahhhhh lebih besar dari gaji saya sekarang. Padahal saya cuma join part time je & sebagai pengguna pada mulanya.

Okey boleh rujuk gambar dibawah ni untuk anda buat perbandingan harga.


Berminat nak sertai saya dalam perniagaan Mary Kay dengan pendaftaran RM70 sahaja atau nak beli produk Mary Kay atau nak tanya-tanya pun boleh. Jom hubungi saya segera melalui link di bawah ni

Hubungi saya melalui link ini:: https://linktr.ee/Chrissella

 

 

 

********************

Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
Pada 23 June 2020 saya telah membuat keputusan menyertai perniagaan Mary Kay. Saya start guna produk Mary Kay pada tahun 2019. Itu berpunca daripada muka saya breakout sebab pergi SPA kecantikan untuk mengecilkan pori-pori. Tapi memang lama dah minat dekat product Mary Kay ni, Cuma terasa mahal sangat, tu yang kumpul-kumpul duit.

Siapa sangka kan rupanya Mary Kay tu memang lama dah dekat dengan saya. Kawan saya sendiri adalah beauty consultant Mary Kay. Dia memang sangat baik sebab bagi saya peluang mencuba sendiri produk Mary Kay tu. Saya bayar secara beransur-ansur. Dah habis bayar barulah saya dapat produk tu. Time tu saya order Timewise 3D (Cleanser, day & night cream, mask).

Mula-mula pakai dalam 2 bulan, kulit wajah nampak kusam dan gelap. Disebabkan mahal, saya cuba bersabar dulu. Sampai satu masa ada kawan tegur kulit wajah saya nampak glowing la & nampak fresh walaupun pori-pori tu masih ada. Sedar- tak sedar dah 6 bulan guna, skincare pun tinggal lagi sikit. Bila difikirkan balik, Mary Kay ni tak adalah mahal sesangat pun, sebab satu skincare tu saya boleh guna 6 bulan (penggunaan saya lah). Jadi maksudnya, setahun saya Cuma 2 kali je beli skincare.

Disebabkan saya memang pengguna setia Mary Kay, saya buat keputusan untuk terus sign up menjadi Perunding Kecantikan Mary Kay. Lebih-lebih lagi nak dapat diskaun la kononnya.dannnnn dapat voucher free pula tu. 6 bulan saya kumpul duit untuk joint Mary Kay ni.

Starter Kit

Mula-mula saya register RM70 dan dapat la starter kit yang macam dalam gambar kat atas tu. Tetapi saya dalam starter kit tu saya tak dapat TimeWise Miracle Set 3D sample dengan TimeWise Moisture Renewing Gel Mask sample sebab tak ada stok katanya. Kemudian saya check dekat App Intouch (ni app untuk semua Beauty Consultant Mary Kay) dan tak nampak pun voucher seperti yang dijanjikan tu. Terkejut juga lah, rasa tertipu pun ada.

Okey lah next content saya adalah mengenai apa yang saya patut buat untuk dapatkan voucher saya, dan apa yang saya beli dengan voucher tu, sebab sekarang ni saya dah tamat cabaran sebagai New Beauty Consultant yang berlangsung selama 3 bulan. Lupa nak bagitau, semua yang dah mendaftar untuk menyertai Mary Kay akan dikenali sebagai Beauty Consultant (BC). Walaupun join hanya untuk menjadi pengguna sahaja.

Sesiapa yang rasa nak menjadi Beauty Consultant Mary Kay, tak kisahlah lelaki atau wanita, join sebab nak dapat diskaun, nak jual, atau nak berjaya dalam perniagaan Mary Kay ni, Jangan segan-segan untuk hubungi saya. Saya akan bantu anda.


Hubungi saya melalui link ini: https://linktr.ee/Chrissella
 
 
 
********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Wahhh bestkan, kotak je pun dah rasa eksklusif 

Setelah sekian lama menyepi disebabkan cuti bersalin tambah berpantang lagi, memang tak terfikir pasal blog-blog, biznes-biznes semua. Posting pertama untuk blog selepas lama bercuti adalah nak buat review tentang AIR BREAST PUMP.


Beli sebab memang nak baby minum susu ibu je, walaupun susu tu tersangatlah kurang. Kedua sebab tertarik dengan iklan kat FB tu. Mana taknya Motor dicantum sekali dekat pump dan bentuknya pun macam best je. Nak beli 2 set (RM500) tapi takut tak sesuai pula, rugi nanti. Jadi saya beli 1 set (RM299) dulu lah untuk try test cuba.


Disebabkan ramai yang Pm Pm kat posting facebook supermama tu, tapi baca juga yang admin facebook tu lambat reply. Jadi saya pun buat keputusan untuk terus masuk kat website SuperMama LabApa yang bestnya kalau beli terus dari website SuperMama Lab tu??? Kita boleh tahu sama ada produk tu ada stok atau pre-order. Lepas tu boleh bayar secara ansuran selama 3 bulan tau. Tapi saya tak bayar ansuran la sebab kena bagi 3 number yang kat belakang kad atm kita tu. Dah selesai semua bayaran, nanti semua maklumat akan diterima melalui email kita sahaja.


Barang yang saya pesan tu mengambil masa selama 2 hari bekerja sahaja, kalau pengeposan ke Sabah atau Sarawak mungkin mengambil masa selama 4 hari ke atas kot. Cuma yang saya tak suka, barang tu di pos tak guna bubble wrap yang tebal jadi kotak dia ada kemek sikit.



Beli je memang dapat saiz 27. saya beli asing saiz 24




Dapat free alat ganti ni sekali

Nampak je dalam gambar ni kecil, tapi boleh muat 2 set AIR BREAST PUMP tau.  


__________________________Masa untuk mencuba _____________________

Mula-mula guna tu rasa sakit dekat puting, mungkin sebab terkena bahagian plastik yang keras tu. Lepas tu saya buat keputusan untuk beli silicone shield yang bersaiz 24 pula. Baru rasa selesa sebab plastik yang mencantumkan silicone shield dengan linker moto tu berada di bahagian luar silicone. Kalau saiz 27 tu pula, plastik keras (linker) tu berada di dalam dalam silicon jadi bila moto bergerak untuk pam, puting akan bergeser dekat linker tu dan rasa sakit. (faham ke tak tu???). Cuba tengok gambar yang kat bawah ni. tu lah rupa linker. Bahagian yang saya bulat merah tu lah yang saya maksudkan. Jadi sebab itulah saya tukar kepada silicone shield saiz 24.

Kuat ke moto pum tu??? Okey memang kuat, saya cuma guna sampai level 2 daripada 5. Memanglah tak terasa bila pam guna level 2 tu, tetapi ingat, sekiranya terasa sedutan pam tu kuat, susu akan kurang terhasil sebab puting tak selesa. Dan elakkan daripada mengepam lebih dari 30 minit. Saya akan guna push up bra yang tak ada dawai semasa menggunakan pam tersebut, memang terasa selesa dan melekat terus, mula-mula pernah cuba guna bra biasa atau singlet bra tu, tapi terasa longar dan senang jatuh. Sambil mengepam saya bolehlah buat kerja lain.  Tapi tak adalah buat kerja lasak sangat, nanti jatuh pula pump tu, cuma boleh buat kerja ringan-ringan je, macam makan. Hahahahahaha


Betul ke AIR BREAST PUMP SuperMama Lab ni tak kuat berbunyi??? Sebelum beli, saya pun ingatkan tak ada bunyi langsung. Rupanya kalau di tempat kerja, kawan yang duduk jarak 4 meter pun boleh dengar bunyi moto pum tu (betapa senyapnya tempat kerja saya kan, hihihihihi). Setiap kali saya guna breast pum memang kawan semua tau. TETAPI kalau pasal getaran moto tu, memang betul tak ada getaran langsung.


Lupa nak bagitau, setiap bahagian AIR BREAST PUMP SuperMama Lab ada dijual secara berasingan tau. Jadi setiap 3 hingga 4 bulan bolehlah tukar ye. Terus beli dekat website SuperMama Lab je. 


********************

Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella


Sumber: https://www.myinfotaip.com/2020/02/tiada-lagi.html

Saya memang jarang sangat tengok cerita Melayu. Tapi hari Sabtu tu (22 February 2020) sambil lipat pakaian tergerak hati pula nak on TV. Wahhh ada pelakon kegemaran saya yang cantik tu la, iaitu Rita Rudaini. Dari saya zaman sekolah dulu tengok Rita ni berlakon memang muka dia macam tu je cantiknya. Lepas tu ternampak pula Jay Iswazir pun berlakon sekali, sebab pernah tengok Jay ni berlakon dalam filem “Insan Terpilih (2019)”, memang best.

Dah cari cerita ni kat YouTube semua tapi tak jumpa pula.

PELAKON
Sebelum teruskan menaip. Kita kenali barisan pelakon dan watak-watak mereka.
1)  Datuk Nizar (Eizlan Yusof)
2)  Datin Nureen Azalea (Rita Rudaini)
3)  Iskandar (Jay Iswazir)
4)  Fatin (Dayang Areeda)

SINOPSIS MENURUT SAYA
Saya menonton filem ni mula dari rumah Datuk Nizar diserang oleh dua orang perompak. Perompak tu siap bawa seorang perempuan yang bernama Fatin dan tangannya turut diikat. Salah seorang perompak yang bernama Iskandar, memaksa Datuk Nizar menerangkan apakah hubungan Fatin dengan Datuk Nizar di hadapan Datin Nureen Azalea. Pada mulanya Datuk Nizar tidak memberi jawapan kepada Iskandar, sehinggalah Iskandar cuba melemaskan Fatin di dalam besen yang berisi air. Akhirnya, Datuk Nizar mengaku dihadapan Iskandar dan Datin Nureen bahawa Fatin adalah isteri kedua Datuk Nizar.

Perkara yang kedua pula, Fatin sebenarnya adalah bekas isteri kepada Iskandar. Mereka bercerai kerana Fatin curang dan dah taknak dekat Iskandar. Yelah Iskandar kan tak kaya cuma bekerja sebagai mekanik sahaja. Fatin pula bekerja dengan Datuk Nizar dan mereka selalu bersama.

Semua dah mengaku, perompak pun balik lah. Fatin pula bermalam dekat rumah Datuk Nizar dan Datin Nureen. Semasa di dapur, Datin Nureen berbual dengan Fatin, dan mengatakan Datin Nureen akan bercerai dengan Datuk Nizar kerana kecurangan datuk Nizar dan Datin Nureen tidak mahu bermadu dengan Fatin. Ayat yang bagus dilemparkan oleh Datin Nureen kepada Fatin “…Aku taknak bermadu dengan perempuan murahan macam kau… aku setia dekat suami aku tetapi dia curang. Kau ada suami tetapi kau curang”. Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Tapi Datin Nureen tak menjerit-jerit pun, dia tetap bercakap dengan tenang dan cool.

Datuk Nizar tidak melaporkan kes rompakan tersebut kepada pihak polis kerana bimbang akan menjatuhkan air mukanya.

Keesokan harinya Datin Nureen awal-awal dah membawa dua orang anaknya pergi bercuti. Semasa percutian dengan anaknya, Datin Nureen ada terserempak dengan rakan lamanya. Rakan lamanya itu menerangkan sebab dia selalu mengelak daripada berjumpa dengan Datin Nureen. Rupanya ada cerita dibaliknya antara rakan lamanya dengan Datuk Nizar. Perkara tersebut membuat Datin Nureen lebih yakin dengan keputusan untuk bercerai dengan Datuk Nizar

Sekarang sesi proses nak cerai pula, Datuk Nizar sentiasa memberi alasan untuk Datin Nureen kesian dengan anak-anak sekiranya mereka bercerai. Namun Datin Nureen tetap dengan pendiriannya dan memecat Datuk Nizar daripada Syarikat sebab semua yang dimiliki oleh Datuk NIzar tu sebenar adalah milik Datin Nureen. Selepas perceraian, semasa Datin Nureen sedang menunggu kendaraannya, Datuk Nizar masih lagi memujuk Datin Nureen untuk kembali kepadanya kerana kesian dekat anak-anaknya. Namun, semasa kenderaan Datin Nureen sampai, Datuk Nizar sangat terkejut melihat Iskandar yang memandu kenderaan tersebut.

PLOT TWIST
Sebenarnya, Iskandar dengan Datin Nureen berkenalan semasa Iskandar menculik Datin Nureen dengan niat nak membunuh Datin Nureen kerana Fatin berkahwin dengan Datuk Nizar. Namun Niat Iskandar terbatal setelah menerima panggilan daripada ibunya dan mendengar nasihat ibunya. Setelah Iskandar melepaskan Datin Nureen, namun Datin Nureen kembali masuk ke tempat penculikan tersebut untuk menanyakan kenapa Iskandar menculiknya.
Jadi rompakan yang terjadi tu sebenarnya adalah rancangan Datin Nureen untuk mendengar sendiri pengakuan Datuk Nizar mengenai Fatin.

APA YANG SAYA SUKA TENTANG FILEM “TIADA LAGI”
Pertama: Datin Nureen mempunyai pendirian yang teguh dan tidak mudah terpengaruh dengan pujukkan manis Datuk Nazir. Datin Nureen juga seorang yang tenang menghadapi semua masalah dan tak adalah menjerit-jerit, terlolong-lolong.

Kedua: Rasa best bila part Datin Nureen mengambil semua harta miliknya daripada Datuk Nizar. Kerana Datuk Nizar sebenarnya seorang tidak ada apa-apa dan hanya menumpang harta kekayaan Datin Nureen dan telah menyalahgunakan kepercayaan dan kesetiaan Datin Nureen.

Ketiga: Watak Iskandar yang sentiasa menerima nasihat daripada orang lain dengan baik sehingga dia tidak menjadi penjenayah.

Keempat: “…Perempuan ni kalau dia cantik macam mana pun sekalipun, berhabis duit, jada badan, jaga itu, jaga ini, lelaki kalau dia nak cari lain dia tetap akan cari juga. Walaupun hidup dia banyak bergantung dengan kita…” Ayat Datin Nureen dalam filem Tiada Lagi.



********************
Sekian sahaja 
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella


Dry shampoo adalah shampoo rambut tanpa menggunakan air. Maksudnya tak perlu bilas dengan air. Memang betul dry shampoo ada dijual di Watson, Guardian, farmasi, dan sebagainya. Harganya pun boleh tahan juga tau.

Dalam keadaan yang terdesak dan anda tak jumpa pun kedai-kedai yang jual dry shampoo, tambahan lagi kulit kepala pun 3 hari tak cuci dan berminyak. Bagi yang ada internet yang laju tu, mestilah google atau tengok kat YouTube macam mana DIY dry shampoo kan. Kebanyakan di YouTube anda akan jumpa cara DIY dry shampoo menggunakan tepung + serbuk koko + essence bagai. Nak cari bahan-bahan tu pun kadang-kadang bukan senang.

Cara saya senang je, bahan-bahan yang saya gunakan cumalah bedak. Tak kisah lah bedak jenama apa sekali pun. Lagipun, saya rasa bedak senang nak cari dekat kedai runcit atau 7E pun ada jual bedak kan. Semua bahan dah ada??? Mula-mula selak rambut bermula dari bahagian tepi dahulu. Pastikan belahan rambut tu lurus la ye. Kemudian guna brush makeup yang tebal tu yang biasa orang guna untuk bedak makeup. Kalau tak ada berus makeup, sila guna tangan sahaja.

Terjumpa bedak ni kat rumah, guna ni je lah buat DIY

Selak rambut tu macam ni & letak bedak dekat kulit kepala tu sikit. lepas tu selak rambut yang seterusnya.

Taburkan bedak dekat setiap garisan belahan rambut. Buat lah seberapa banyak belahan yang anda suka. Kalau saya cuma 5 atau 6 kali selak dari kanan ke kiri. Kemudian, gosok lembut seluruh bahagian kulit kepala macam kita guna shampoo basah tu, tapi jangan garu ye. Tak perlu gosok lama-lama pun. Kemudian sikat rambut macam biasa.

Agak-agak la nak letak banyak mana di setiap garisan rambut tu, jangan banyak sangat.

Hasilnya, anda akan dapati kulit kepala yang sangat berminyak disebabkan tak cuci tu akan berkurangan. Kalau ada bawa minyak rambut, anda boleh la guna dekat bahagian hujung rambut tu macam biasa. Dannnn kalau ada mist seperti mist yang saya review haritu pun silakan guna, supaya lebih wangi. Nak tau mist apa yang saya review haritu???  Body Holic untuk Hair & Body Mist, kalau nak tau lebih lanjut bolehlah klik DISINI.

Pendapat saya, sekarang ni memang sangat memudahkan kalau melancong, masuk hospital atau pergi mana-mana bawa dry shampoo, tetapi lebih best kalau cuci rambut guna shampoo basah macam biasa tu, rasa lebih bersih dan puas hati sebab boleh garu-garu kulit kepala tu serta lebih yakin dengan tahap kebersihan kulit kepala.



********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Sumber: Shoppee

Body Holic untuk Hair & Body Mist ni terdapat dalam beberapa variasi (saya tau sebab terjumpa dekat Shopee). Dalam diari kali ini, saya cuma akan buat review untuk variasi Sky Potion sahaja. Memang tak pernah tahu pun mengenai produk ni, yang Sky Potion ni saya dapat dalam goodies bag semasa menyertai workshop Underwater. Kalau nak tau apa yang saya buat dekat workshop Underwater tu bolehlah klik dekat SINI.

Kotak dia macam ni

saiz dia cuma 50ml, tapi sekali spray je dah cukup wangi

Dekat belakang botol ni dia ada tulisan Korea (Produk Korea la tu)

Body Holic Sky Potion ini mempunyai wangian Rose & Musk. Ia digunakan sebagai Mist untuk rambut dan badan. Haaaa jangan pula sembur kat baju. Bau dia memang sangat wangi.

Cara saya menggunakannya untuk Mist rambut. Mula-mula saya spray sekali sahaja pada rambut sebelah kanan dan spray sekali pada bahagian kiri pula. Kemudian gosok-gosok manja pada rambut supaya wangian nya menjadi sebati. Psssss, bagi yang DIY  sendiri dry shampoo tu bolehlah guna Body Holic ni sebagai pewangi rambut.

Harumannya memang sangat kuat, jadi jangan lah spray banyak sangat ye. Bagi yang nak bersukan dan risau rambut berbau, bolehlah guna Body Holic ni sebab wangian nya menyelamatkan rambut anda daripada berbau masam peluh. Lagipun saiz spray ni kecil sahaja (50ml) muat-muat dalam handbag.

Ooo saya tak cakap untuk spray dekat badan kan? Sebab saya suka guna minyak wangi nanti bercampur pula bau Body Holic dengan minyak wangi yang saya pakai tu.

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS