Saya memang sangat jujur dalam membuat review untuk sesuatu
produk, kalau nak tau sama ada saya berpuas hati atau tidak menggunakan
deodorant ni, sila baca sampai habis okey.
Sebagai pengenalan yang ada pada risalah atau maklumat yang
saya perolehi, Deodorant Dry Serum Ultra jenama Vaseline adalah deodorant yang
berbentuk krim. Kelebihan Deodorant Dry
Serum Ultra jenama Vaseline adalah dapat memutihkan ketiak dan kesannya sudah dapat
dilihat semasa penggunaan yang pertama. Krim deodorant ni juga lebih ringan dan
menyerap ke dalam kulit dengan serta merta. Ia juga tidak melekit dan cepat kering
Selain itu, deodorant ini juga dapat melindungi anda daripada bau badan
sehingga 48 jam.
Terima kasih Vaseline (free sample yang saya dapat) |
Sekarang saya nak cerita mengenai pengalaman saya
menggunakan Vaseline deodorant dry serum ultra whitening pula. Saya dapat
mencuba deodorant ni sebab ada minta free sample dekat facebook Vaseline.
Kemudian sample pun di pos kepada saya.
Penerangan mengenai Deodorant Vaseline |
Mula-mula tengok packaging deodorant ni memang sangat
menarik, warna pink pula tu. Bau nya pula lebih kurang macam bau lotion Vaseline.
Malahan krim dia pun macam sama je dengan body lotion Vaseline yang biasa tu,
tapi yang deodorant ni krim dia macam lebih lembut dan ringan.
Dah dapat sample, saya pun cubalah pakai sebelum pergi
kerja. Memang betul deodorant ni cepat kering dan tak melekit, bau nya pun
sangat wangi. Dari pagi sampai tengah hari duduk sahaja dalam office dan bau
wangi tu tetap masih melekat lagi.
Waktu makan tengah hari, saya pun keluarlah makan dengan
kawan-kawan. Cuaca pada hari tu memang sangat panas, MASALAH pun timbul semasa saya nak balik ke office. Saya rasa
ketiak saya macam basah dan rasa macam nak melecet. Sampai je dekat office saya
terus pergi tandas dan tengok kulit ketiak dah merah. Memang nak melecet la tu.
Lepastu ada juga rasa macam guna body lotion dekat ketiak pun ada. Selama ni
saya guna deodorant jenis stick, tak pernah pun jadi melecet walaupun saya
aktif sampai berpeluh.
Kesimpulannya saya memang tak sesuai menggunakan Vaselin deodorant
dry serum ultra whitening. Kalau jenama Vaseline ni ada mengeluarkan produk
deodorant jenis stick, saya akan cuba guna, mana tau kulit saya sesuai dengan
deodorant jenis stick.
Oh ya, saya pun ada ikut contest Vaseline deodorant dry serum
ultra whitening dekat FB dan IG, tapi saya pun tak tau apa keputusannya. Kalau
dah ada pemenang, Taniah saya ucapkan kepada pemenang.
Contest, tapi tak tau pun siapakah pemenangnya |
************************
Sekian sahaja review saya mengenai Vaseline deodorant dry serum ultra whitening, saya minta maaf sekiranya review saya ada menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya.
kalau berpeluh kuat,deodorant ni boleh tahan tak bau?sebab skrg ni amni pakai nivea extra whitening,mmg tahan bau busuk kalau tiak berpeluh tp susah nk dpt stok huwaaa.
BalasPadamBau tu memang tahan. Sama la kita, saya pun guna nivea extra whitening jenis stick.
PadamSetuju...sesetengah orang kulit agak sensitive dengan deodoran , ada yang x leh guna jenis gel, ada yang tak leh guna langsung..dan macam - macam lagi..dalam review kita kena jujur, at least pihak pengeluar produk notice dan akan perbaiki produk mereka kan..
BalasPadamSesetengah orang ada produk yang sesuai dengan kulit dan keseimbangan hormon badan. Tu sebab Rawlins boleh pakai sejenis je - maka setia sampai bebila
BalasPadamLaa.. deodorant rupanya. Banyak kali ternampak kat watson. ingatkan cream. Tak belek la pun sebab jarang packaging deodorant dalam tube gitu
BalasPadamKak mmg tak pernah pakai deodaran and tak biasa,lgpun terpulang setiap org yg sesuai pakai deodaran.
BalasPadamFirst time dengar inovasi deadoran terbaru ni. Agak menarik. Cuma mungkin kat pasaran still org x perasan lagi. Tapi secara personal sy teringin nak cuba hehehe
BalasPadamDeodorant ni lain dr yg lain kan. Mcm krim ke? Rasa macam nak try gak. Vaselin mmg suka dia punya product tp sbb ni baru so x tau la x penah try.
BalasPadamTak tau nak explain macam mana, yang saya faham, macam lotion color putih. kalau nak guna, picit dulu supaya lotion tu keluar.
PadamMemang ramai beri feedback positif akan produk nie. Berkesan utk mencerahkan under arm yg gelap. Barulah. Yakin utk bersosial
BalasPadamSkrg ni ada berbagai2 jenama deodorant kt pasaran...jenama vesellin ni baru jgk rasanya kt pasarankan....jika bersesuaian boleh juga kita gunakan
BalasPadamBelum pernah cuba deodorant vaseline ni. Tak semua orang sesuai guna deodorant jenis krim kan. Macam saya biasa guna yang jenis stick .Nanti nak try guna vaseline ni nak tenfok sesuai ke tak
BalasPadamBagus ni. Boleh try minta sample jugalah. Heheh takpon boleh terus beli ntk kegunaan sendiri. Macam menarik dan berbaloi je kalau pilih deodorant vaselin ni waima dia krim tp tak melekit.m dan cepat kering
BalasPadamI want to buy this product but i forget everytime i go to drugstore. Next time must go buy it.
BalasPadamdeodrnt dlm bentuk krim? uishh..biasa yg roll tu, kalau terlebih cair pun dah tak selesa kan..krim mcm mana la agaknya yg ni ek
BalasPadamWow! Vaseline pun dah ada deodorant sendiri, i belum try lagi but i read many good review about it. Kind of keen to try it juga.
BalasPadamdah la cream, bila kena peluh makin la bercream . tak dapat la nk bygkan
BalasPadam