Google Image


Muntah - muntah atau mabuk mengandung itu adalah perkara biasa bagi bakal ibu. Saya ada seorang rakan yang mengalami masalah muntah sampai ke hari dia bersalin. Dan ada juga bakal ibu yang tidak mempunyai masalah muntah atau loya ini. Jadi jangan samakan semua ibu mengandung akan mengalami masalah yang sama ye.

Saya??? Saya ada pengalaman saya sendiri untuk dijadikan rujukan kepada diri saya dan kepada yang berminat nak tahu cara saya mengharungi penyakit “mabuk”. Memang susah dan tak mudah, tapi kenalah mencuba mengatasinya.

Nak tahu cara saya??? Teruskan membaca.

1.  Makan bubur
Pada trimester pertama ini, pengambilan makanan berat mungkin menyebabkan Ibu akan kerap muntah. Jadi tukar menu anda kepada bubur. Ia juga tidak berbau. Sekiranya, anda boleh makan bubur, cuba tambahkan sedikit sayur atau daging ayam kedalam bubur tersebut. Jangan biarkan perut kosong dan lapar.

2.  Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
Jangan makan terlalu banyak, kurangkan kuantiti makanan daripada biasa. Kerana ia akan meransang anda untuk muntah sekiranya anda berasa kenyang. Ibu mengandung tidak semestinya makan dalam kuantiti yang banyak hanya dengan alasan perlu makan lebih untuk bayi (secara realitinya bayi tak makan banyak pun, tetapi kerap). Banyak macam manapun anda makan, selepas 1 jam, anda akan berasa lapar semula dan ingin mengunyah.

Anda mungkin suka melihat baby bump yang besar tetapi anda juga perlu ingat bayi yang besar akan menyukarkan anda untuk bersalin secara normal. Biar baby bump kecil, dah lahir nanti anda bagi lah dia makan sampai tembam. (ini pengalaman orang kurus kering macam saya la.hihihihihi).

3.  Minum air secukupnya
Muntah yang teruk akan menyebabkan air dalam badan berkurangan. Malah kekurangan air dalam badan boleh menjadi punca ibu cepat penat dan lesu. Muntah kosong lebih perit berbanding muntah air.

4.  Elakan makan makanan yang tinggi lemak
Makanan yang berlemak seperti masakan bersantan dan berkrim akan menyebabkan anda mudah berasa mual. Kalau hilang selera makan yang teruk, cubalah untuk minum nestum atau oat.

5.  Makan makanan ringan
Makanan ringan memang sedap, tetapi bukan makanan ringan seperti keropok dan mee segera. Makanan ringan yang dimaksudkan ialah Kismis, kurma, kekacang, dan buah yang telah dikeringkan. Boleh bawa kemana sahaja, 

6.  Rehat yang secukupnya
Ibu mengandung memerlukan rehat yang cukup. Tetapi jangan la sampai terlebih tidur pula.

7.  Cuba focus terhadap benda lain
Cuba alihkan perhatian anda kepada benda lain seperti melukis, menyulam, membuat kraf tangan, bersiar-siar dan sebagainya. Kalau selalu fikir nak muntah sahaja memang akan muntahlah selalu mak buyung.

Ini cara saya mengatasi mabuk semasa mengandung, bagaimana pula cara anda???


********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Sumber: Gambar Google


Tahniah saya ucapkan kepada bakal ibu terutamanya yang bergelar “First Mom”. Mungkin ada diantara bakal ibu yang belum tahu mengenai stretch mark dan cara mencegahnya.  Stretch mark adalah “rekahan” yang terjadi akibat perut ibu yang semakin membesar. Kalau nak tau cara saya mengelakan kesan stretch mark yang sangat teruk selepas bersalin, bolehlah cuba tips yang saya berikan dibawah ini.


1.  MINUM AIR SECUKUPNYA
Disebabkan anda kini berbadan dua, jadi jangan cerewet sangat sampai tak nak minum air masak. Sepanjang waktu mengandung, ibu memang perlu banyak minum air supaya kulit bibir tidak kering dan pecah-pecah.

Begitu juga dengan kulit perut (kawasan yang bakal terjadinya stretch mark) turut menjadi lembab dan boleh mengurangkan gatal akibat regangan perut yang semakin membesar dengan comel.

Badan turut menjadi lemah akibat kekurangan air. Badan ibu mengandung akan mengalami peningkatan suhu lebih tinggi daripada biasa, jadi pengambilan air yang cukup amat penting.

Jangan risau sekiranya anda sentiasa perlu pergi ke tandas kerana itu adalah perkara yang sangat baik supaya anda tidak mengalami masalah air kencing kotor.


2.  LOTION ATAU MINYAK
Sapu lotion atau minyak (organ oil, olive oil, Bio oil, minyak Johnson Baby, Vaseline dan banyak lagi) setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali. Jangan GARU bahagian perut anda sekiranya anda berasa sangat gatal, cuba sapu lotion setiap kali rasa gatal. Kalau nak garu juga, mmmmm cuba usap-usap sikit bahagian perut yang gatal tu kerana tindakan mengaru akan menyebabkan “rekahan” pada perut menjadi semakin teruk.


3.  VITAMIN
Sila makan dengan betul vitamin yang nurse bagi tu. Kalau nak cuba beli dekat pharmacy pun boleh, tetapi sila rujuk kepada dokter terlebih dahulu, kerana ada vitamin yang tidak sesuai untuk ibu mengandung.

Ibu mengandung boleh mendapat vitamin secara semula jadi dengan memakan buah-buahan segar setiap hari. Vitamin bukan sahaja menjadi kulit ibu sihat, malah kulit Baby pun akan cantik.


Selepas bersalin pun kena rajin teruskan amalkan tip di atas, baru kulit akan licin, saya boleh lakukannya dan saya percaya anda pun boleh. Cukup sampai disini sahaja tips untuk bakal ibu pada kali ini, Selamat mencuba.

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella



Cerita ni dah berbulan lamanya, sekarang baru ada mood nak menaip. Palace Of The Golden Horses adalah salah sebuah hotel mewah. Kalau nak tau lebih lanjut bolehlah search dekat website Palace Of The Golden Horses Kuala Lumpur. Lokasi bukan dekat Kuala Lumpur pun, tapi dekat Sri Kembangan Selangor. Boleh search guna Google Map.

Disebabkan pada hari ahad tu saya ada aktiviti dekat hotel tersebut, jadi tu yang merancang nak menginap semalam. Takut driver malas nak bangun pagi hantar saya pergi event, hihihihihihihi.

Saya check in dekat Palace Of The Golden Horses pada jam 3 petang hari Sabtu, sebab kena tunggu orang tu balik kerja kannnnnnnn. Selepas makan tengah hari terus gerak ke hotel. Padahal jarak hotel tu dari rumah cuma 10 minit je pun. Ye lah dah Permaisuri nak ke istana nya kenalah tunggu pengiring datang kan. Hihihihihi.

Bilik yang saya pilih ialah Deluxe King Room with Lake View & Breakfast for 2. Malas nak menaip panjang-panjang, sila mencuci mata tengok gambar yang saya ambil dekat bawah ni okey. Tapi gambar semua nya kabur sebab kamera rosak, ni pun ada gambar yang tak tersave. Huhuhuhuhu.

Lobi dia luas tau, ni cuma 1 sisi je. Gambar sisi lain dah hilang.

Alamak gambar kuda emas saya hilang, jadi tak dapatlah nak tunjuk Golden Horses tu sangat. Mmmmmm. Hotel ni memang luas, dari
kaunter check in tadi nak menuju ke lif rasa macam 2 minit juga lah (yelah, biasa lif tu sebelah kaunter check in je, 3 saat dah sampai). Apa lagi kalau berjalan macam lemah lembut macam saya ni, lagi la lambat sampai.

Akhirnya sampai juga dekat lif

Design lif pun dah cantik

Dah masuk keluar lif kan sekarang nak menuju ke bilik pula, jauh lif tu dari bilik yang saya pilih 3 kali ganda dari jarak tadi. Huhuhuhu padan muka nak lake view sangat.

Inilah pemandangan depan bilik saya

Buka je pintu, inilah bilik saya

Ini kerusi rehat tepi balkoni

Semua perabot dalam bilik ni sangat cantik

Mini bar

Toilet, memang banyak cermin

Tempat mandi

Kawasan hair dryer

Toiletries

Ingatkan nak mandi kolam petang tu, tapi mmmmmmmm hujan la pula. Saya suka mandi kat kolam ni sebab tak payah bawa tuala, nanti boleh ambik tuala dekat kaunter bersebelahan dengan kolam tu, cuma tinggalkan kad bilik dekat kaunter tu je. Tapi dah pakai tuala tu nanti kena pulangkan semula dekat kaunter dan penjaga kat kaunter tu akan bagi semula kad bilik anda.

Pemandangan dari balkoni bilik saya

Hujan, tak boleh mandi kolam

Ni lah lake view tu, duduk dekat balkoni tengok tasik ni. Sebab dah lewat, jadi tak boleh naik cruise.

Dah selesai bergambar dekat bilik, saya pun keluar bersiar-siar dekat luar pula sebelum hari malam. Kalau dah malam nanti tak nampak apa-apa pun. Misi pertama ialah menuju ke Taman Orkid. Tetapi nak menuju ke Taman Orkid tu pun banyak persinggahannya juga. Jom layan setiap persinggahan sepanjang perjalanan ke Taman Orkid.



Dalam hotel memang banyak lukisan kuda macam ni

Patung kuda pun banyak

Ni perhiasan majlis perkahwinan yang berlangsung pada malam tersebut


Inilah kereta kuda Unicorn Cafe 

Meja dan kerusi di Unicorn Cafe

Ni pula bersebelahan dengan Unicorn Cafe



Ni macam mini market lah


Tadaaaaa akhirnya sampai juga dekat pintu Taman Orkid

Orkid semua tergantung macam ni


Boleh lepak dekat dalam taman orkid

Semua orkid dekat sini adalah jenis warna purple.



Semasa dekat dalam Taman Orkid ni, saya tiba-tiba ternampak ada sebuah dewan yang langsung tak ada orang tapi adalah juga terdengar orang yang sedang menyusun pingan semua tu. Vacation spouse saya cakap tu dewan makan Sultan, orang biasa macam kita ni tak boleh masuk.

Saya snap gambar ni dari pintu kaca taman orkid

Setakat tangga je la tempat berselfie

Hujan pun dah berhenti, jadi masa untuk bersiar-siar di luar Istana pula.




Ni perhiasan dekat tengah-tengah libi 

Banyak lagi gambar nak letak kat sini, tapi semuanya dah hilang. mmmmm

Saya suka serapan buffet dekat Palace Of The Golden Horses ni sebab desert dia sedap sangat tapi saya tak dapat makan sarapan dekat situ sebab saya ada aktiviti pagi tu. Huhuhuhu.

Selesai sahaja aktiviti saya tepat jam 1 tengah hari, spouse saya pun dah siap chek out. Walaupun kami lambat sejam keluar dari parking hotel, dorang tak cas pun. Hihihihihi, Penat dan saya rasa tak sabar nak balik istana sebenar saya.

Kalau nak tau apa event yang saya ikut dekat Palace Of The Golden Horses ni, boleh baca DISINI

Malam memang susah nak dapat cruise

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella



Dekat kampung saya ada sebuah kawasan air terjun. Air terjun Wong Klangsau adalah sebuah air terjun yang terletak di Jalan Ulu Awik Saratok. Dari Jalan utama Saratok, anda perlu menuju ke Simpang Ulu Awik. Sepanjang perjalanan menuju ke simpang air terjun Wong Klangsau, anda akan nampak banyak rumah panjang dan simpang rumah panjang. Setelah sampai di simpang Air Terjun Wong Klangsau pula, anda perlu parkingkan kenderaan anda dan berjalan kaki mendaki bukit menuju ke kawasan air terjun tersebut.

Waktu saya pergi sana, memang bagus sebab jalan bukit tersebut telah disemen, tetapi sayang kerana tidak ada yang menjaganya. Ini menyebabkan keadaan jalan agak licin sedikit, dan terdapat dahan-dahan pokok yang tunbang di atas jalan semen tersebut. Dah namanya hiking memang la perlu meredah semua tu kan. Hihihihihi. 

Setelah penat turun naik bukit serta lalu dekat kebun sawit orang, akhirnya kami sekumpulan sampai di destinasi yang dituju iaitu Air Terjun Wong Klangsau. Memang betul kata orang pondok untuk berehat ada disediakan tetapi jangan expect pondok tu ada kerusi dan tempat memangang yang cantik tau. Lagipun kawasan ini memang tidak ada yang menjaganya (rasanya lah).

Ketinggian air terjun Wong Klangsau ni tak ada lah tinggi mana pun jadi jangan expect air terjun tu setinggi air terjun Lata Kinjang di Perak. Tapi kawasanya memang mendamaikan, air terjun mini size macam tu.

Bagi mereka yang tidak pernah datang ke sini dan ingin mencuba suasana air terjun ini, sila buat persiapan yang lengkap.

1) Untuk yang ingin memanggang, sila bawa kelengkapan seperti arang (kalau nak cari   kayu tu rasanya kita tak tahu sangat tempat orang kan) dawai, serta alat memasak anda.
2) Bawa alas untuk duduk, kalau ada anak kecil tu.
3) Air minuman yang secukupnya (bukan dekat ye nak hiking dari simpang tempat parking   tu nak pergi ke kawasan air terjun ni)
4)  Bagi yang tak tahan dengan nyamuk, sila bawa ubat nyamuk anda.
5) Cukup la kot, kalau bawa banyak sangat barang nanti berat pula, bawa sahaja barang   yang memang perlu sangat sebab tidak ada gerai untuk membeli belah disediakan.

Setelah habis waktu mandi semua dan bersiap untuk balik,  jangan lupa bawa balik sampah sarap yang dihasilkan oleh anda tu ye. Jangan pula buang ke sungai. Jagalah kebersihan alam. Kalau malas nak bawa pakaian ke kawasan air ter (takut berat kan), bawa ja tuala untuk tutup badan yang tengah pakai pakaian basah. Sesampainya di kawasan parking nanti, rasanya 70% pakaian anda tu dah kering.

Saya juga berharap akan ada orang yang boleh menjaga (maintenance) air terjun Wong Klangsau ini di masa akan datang dan menyediakan kemudahan untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke sana.

Weiiiiii belum abis cerita lagi, saja nak bagi tau rumah saya pun ada air sungai tau. Dulu masyarakat di rumah panjang saya memang mandi di sungai setiap hari sebab belum ada "air paip". Cantik dan bersih, siap ada "jambatan tamparuli" lagi.  Tunggu saya balik kampung nanti saya tunjuk air sungai dekat rumah saya.

Gambar sebagai kenangan, baru lepas hujan jadi air keruh sedikit


********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella


Mungkin ramai pengguna Gmail sudah tau cara menggunakan “hangouts”. Bagi yang tak tau tu, Hangouts digunakan untuk chatting, jadi time kerja bolehlah bual dengan kawan menggunakan Hangouts ni, taka da la bos nampak korang asyik pegang handphone je kan.

Okey, bagi yang belum tau cara menggunakan Hangout, sila ikut langkah-langkah yang saya tunjukan dibawah.

Pertama

Gambar 1

Sila rujuk gambar 1 di atas, klik dekat tanda “+” yang saya dah bulatkan warna kuning tu.


Kedua

Gambar 2

Lepas tu akan keluar seperti gambar 2 diatas. Sila taip email rakan yang anda nak chat tu dekat bahagian “Enter name, email, or phone”. Sebab kalau cari guna email akan lebih senang dan tepat.


Ketiga

Gambar 3

Nampak tak gambar 3 di atas, korang dah boleh start bersembang.


**************************
Sekian sahaja saya Tutorial gmail kali ini. Selamat mencuba.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella


27 July 2019 – Memang dah rancang awal nak pergi dekat Laman Jentayu Resort ni, sebab orang belanja kan jadi pergi je la.  Laman Jentayu Resort ni terletak di Hulu Langat Selangor. Sekelilingnya memang “green view”. Sesuai untuk mereka yang nak menang fikiran sambil menikmati udara segar.

Disebabkan 27 July tu hari sabtu, jadi bos saya ni kerja half day, dah habis kerja baru gerak lebih kurang dalam jam 3 petang macam tu, sampai sana dalam jam 4 petang. Sampai-sampai je orang dah siap panggang ayam, saya tinggal makan je la, hahahahahahaha.

Terdapat beberapa pilihan bilik dekat Resort ni. Saya pula disediakan sebuah bilik yang ada katil Queen size dan bilik air. Ada bilik yang tidak mempunyai bilik air dan kena guna bilik air yang disediakan dekat luar. Kiranya bilik air kongsi.

Kawasan Laman Jentayu Resort ni memang menenangkan, teringat pula dekat kampung halaman saya. Tapi perlu berjaga-jaga juga sebab kawasan hutan, kita tak tahu apa yang ada dekat situ.
 
Pintu gerbang Laman Jentayu Resort

Ni gambaran dari luar bilik

Kami panggang ayam dekat bawah pondok ni la

Bilik saya yang ada bilik air kat dalam

Bilik air, setiap kali masuk, saya akan tengok sekeliling dulu, takut ada anak ular.

Saya cuma sempat mandi sungai pada keesokan paginya (28 July 2019). Air sungainya sangat jernih, sampai boleh nampak ikan yang berenang dalam sungai tu. Tengah syok mandi sungai tiba-tiba ada seekor ular berenang dekat sungai tu, Waktu tu memang semua yang ada dekat sungai berlari naik ke daratan. Hahahahahaha. Mungkin ular tu keluar sebab dengar kami ni ramai sangat terjun kat sungai tu kot. Kami biarkan jela ular tu berenang dulu dan balik semula ke sarang dia, baru kami sambung main air. Yela takkan la nak bunuh ular tu, kami yang datang sana buat “bising” dekat “halaman rumah” dia.





Dah habis mandi, terasa lapar la pula. 3 orang jejaka ni pun pergilah mencari sarapan. Menunggu mereka balik bawa sarapan tu punya lah lama. Nasib baik nasi lemak yang mereka beli tu sedap.

Sebelum balik, kami bersihkan semua sampah-sarap yang kami bawa tu. Kena lah jaga kebersihan alam sekitar. Lagipun tong sampah dan plastic sampah memang sudah tersedia kan.

Tepat jam 12 tengah hari, kami pun Check out, pulang ke rumah masing-masing.

Bagi yang berminat nak tau lebih lanjut tentang Laman Jentayu Resort ni, bolehlah tengok dekat facebook dia ye

Facebook: Laman Jentayu Resort
Alamat: Jentayu Resort, Hulu Langat, 43100 Kuala Lumpur

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS