Mask Honey Bee ini adalah produk tempatan yang dikilangkan
di negara Korea. Produk Nafura ini
mempunyai kelulusan KKM. Fungsi utama produk Honey Bee ini adalah untuk
meningkatkan kelembapan kulit.
Mask ini dikatakan diperbuat dari 100% pokok kapas yang
lembut. Sekeping mask ini diibaratkan mengguna sebotol serum. Mask ini turut
mempunyai lapisan yang mengekalkan nutrient dan kelembapan mask, macam dalam
gambar dibawah. Setelah mask diletakan pada wajah, bolehlah buka lapisan kertas
tersebut.
Lapisan kertas |
Buka lapisan kertas tersebut |
Honey Bee Nutri Sheet mask ini mengandungi Ekstrak royal
jelly, madu, propolis, allantoin, witch hazel, dan hyaluronic acid. Bagaimana cara
saya menggunakan mask ini??? Saya suka guna mask sebelum bermakeup. Sebab mask
boleh menyebabkan kulit wajah saya sentiasa lembap dan make up pun tahan lama. Oleh
itu, saya akan guna mask beberapa jam sebelum bermakeup, sambal bermask sambal tidur.
Tidur dulu |
Setelah saya guna mask ini, mula-mula memang rasa melekit
sedikit dekat kulit wajah, mungkin sebab kandungan madu. Tapi kulit wajah menjadi sangat lembab dan lembut.
**********************
Sekian sahaja review saya mengenai Honey Bee Nutri Sheet Mask
Terima kasih kerana
membaca
Add your comment