Hasil scan akan jadi macam ni |
Tutorial kali ini anda akan mempelajari bagaimana nak scan kertas yang berbeza saiz secara automatic scan. Kalau nak guna kaca scanner tu pun boleh, sebab cara setting tu sama sahaja. Cuma kalau guna kaca scanner tu, anda kena tukar kertas secara manual la.
Susun dengan kemas kertas di tray atas |
Disebabkan saya guna tray atas untuk letak kertas yang hendak di scan, jadi saya akan susun kertas dengan kemas dan letak baik-baik dekat tray atas. Dalam tutorial ini, saya hanya guna kertas saiz A4 & A4 sahaja (dua-dua pun saiz A4, bezanya 1 menegak 1 lagi melintang, supaya nampak perbezaannya). Kalau anda nak campurkan kertas A4 dan A3 pun boleh.
Gambar 1 |
Gambar 1
•Tekan atau klik pada butang “Scanner”
1) Seperti yang ditunjukan dalam gambar di atas, sila pilih “Folder” atau “Storage” yang
akan menyimpan dokumen yang telah discan . Printer saya Cuma ada 1 “storage”
sahaja, kalau di pejabat lain mungkin ada banyak senarai “storage”. Oleh itu
pastikan anda tahu dokumen yang anda scan akan disimpan dalam “storage” atau
“Folder” yang mana satu.
2) Kemudian klik pada “Scan
Setting”
Gambar 2 |
Gambar 2
a)
Klik pada “Scan
size” untuk memilih saiz kertas atau dokumen yang akan discan.
b) Kemudian klik pada “Mixed Original Sizes”, ini bertujuan untuk menjadikan hasil scan
(PDF) nanti akan sama size dengan yang original, walaupun bercampur saiz.
Hasilnya pun akan menjadi lebih kemas.
c) Seterusnya klik “OK”
Start |
Akhir
sekali, tekan “Start” seperti yang ditunjuk dalam gambar diatas. Kalau
ada dokumen yang tertinggal dan nak “stop” scanner. Sila tekan butang “Stop”
seperti yang dibulatkan dengan warna kuning dalam gambar di atas. Kemudian klik
“Cancel Scanning” yang akan tertera pada skrin printer. Untuk scan
semula, sila ikut semua langkah-langkah diatas sekali lagi.
Setelah
proses scan selesai, anda boleh mencari dokumen tersebut dalam folder atau
storage komputer anda. Anda akan jumpa hasil scan dalam bentuk PDF seperti gambar yang teratas sekali tu.
*********************
Sekian sahaja tutorial mengenai scanner pada kali ini
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini
Add your comment