Bagi ibu yang baru mengandung anak sulung, pasti pelbagai persiapan yang ingin disediakan. Namun begitu, pastikan anda memenuhi keperluan yang penting terlebih dahulu sebelum membeli barang untuk bergaya. Disini terdapat senarai barang yang boleh dijadikan rujukan untuk persiapan menyambut orang baru. Bolehlah membeli barang keperluan Baby anda sedikit demi sedikit setiap bulan sebelum Baby lahir
Bagi keperluan asas untuk ibu berpantang pula, sila rujuk gambar dibawah. Keperluan ibu semasa berpantang amatlah penting supaya luka bersalin dapat sembuh dengan cepat.
Dalam senarai barang keperluan diatas,pastikan anda tidak membazir semasa berbelanja. Contohnya ramai mungkin sangat berminat dengan pam susu elektrik yang memerlukan kos yang tinggi, padahal ada pam susu yang sangat efektif walaupun tidak menggunakan elektrik atau betri.
Contoh pam susu yang sangat sesuai dan mudah digunakan |
Barut butang, bertali atau "starp" untuk Baby anda |
Milk powder dispenser, mudah digunakan waktu malam dan keluar rumah Waktu bancuh susu juga lebih cepat |
Nasal aspirator: ada banyak pilihan alat untuk sedut hingus Baby |
Begitu juga dengan pemilihan bengkung. Anda tidak semestinya perlu membeli bengkung yang mempunyai tali. Terdapat pelbagai bengkung moden yang ada di pasaran contohnya bengkung berzip, bercangkuk, atau untuk ibu bersalin secara caesar. Tetapi pastikan anda tidak keliru antara "BENGKUNG" dengan "KORSET"
Semua barang yang hendak dibawa ke hospital bolehlah disediakan seawal kandungan 7 bulan. Pastikan anda asingkan barang baby dan ibu. nanti senang nak cari. Sila sediakan sekurang-kurangnya kelengkapan baby anda untuk 3 hari. Kalau hospital yang mempunyai pakaian baby yang banyak, mungkin anda tidak perlu menggunakan pakaian baby yang anda bawa. Tetapi sekiranya terlalu ramai baby yang lahir pada masa itu dan pakaian baby yang disediakan oleh pihak hospital tidak cukup, anda perlulah menggunakan pakaian baby anda sendiri. Terutamanya sarung kaki dan sarung tangan baby. Pastikan anda asing bag untuk Baby dan Ibu untuk memudahkan mencari barang.
Untuk Baby |
Keperluan Baby di hospital |
Untuk Ibu |
Plastik zip lock: memudahkan anda membahagiakan barangan Baby mengikut hari Contoh semua barang hari pertama disimpan dalam 1 plastik zip lock. |
Kesemua senarai diatas tidak semestinya perlu yang baru, anda juga boleh minta pakaian terpakai, troler, barut, atau buaian terpakai dari saudara-mara dan adik beradik yang sudah tidak memerlukan barang baby mereka.
Semoga penulisan konten kali ini dapat membantu para ibu dalam membuat persediaan menyambut ahli keluarga baru.
***********************
Terima kasih kerana membaca
Add your comment