Saya memang sangat jujur dalam membuat review untuk sesuatu produk, kalau nak tau sama ada saya berpuas hati atau tidak menggunakan deodorant ni, sila baca sampai habis okey.

Sebagai pengenalan yang ada pada risalah atau maklumat yang saya perolehi, Deodorant Dry Serum Ultra jenama Vaseline adalah deodorant yang berbentuk krim.  Kelebihan Deodorant Dry Serum Ultra jenama Vaseline adalah dapat memutihkan ketiak dan kesannya sudah dapat dilihat semasa penggunaan yang pertama. Krim deodorant ni juga lebih ringan dan menyerap ke dalam kulit dengan serta merta. Ia juga tidak melekit dan cepat kering Selain itu, deodorant ini juga dapat melindungi anda daripada bau badan sehingga 48 jam.

Terima kasih Vaseline (free sample yang saya dapat)

Sekarang saya nak cerita mengenai pengalaman saya menggunakan Vaseline deodorant dry serum ultra whitening pula. Saya dapat mencuba deodorant ni sebab ada minta free sample dekat facebook Vaseline. Kemudian sample pun di pos kepada saya.

Penerangan mengenai Deodorant Vaseline

Mula-mula tengok packaging deodorant ni memang sangat menarik, warna pink pula tu. Bau nya pula lebih kurang macam bau lotion Vaseline. Malahan krim dia pun macam sama je dengan body lotion Vaseline yang biasa tu, tapi yang deodorant ni krim dia macam lebih lembut dan ringan.

Dah dapat sample, saya pun cubalah pakai sebelum pergi kerja. Memang betul deodorant ni cepat kering dan tak melekit, bau nya pun sangat wangi. Dari pagi sampai tengah hari duduk sahaja dalam office dan bau wangi tu tetap masih melekat lagi.

Waktu makan tengah hari, saya pun keluarlah makan dengan kawan-kawan. Cuaca pada hari tu memang sangat panas, MASALAH pun timbul semasa saya nak balik ke office. Saya rasa ketiak saya macam basah dan rasa macam nak melecet. Sampai je dekat office saya terus pergi tandas dan tengok kulit ketiak dah merah. Memang nak melecet la tu. Lepastu ada juga rasa macam guna body lotion dekat ketiak pun ada. Selama ni saya guna deodorant jenis stick, tak pernah pun jadi melecet walaupun saya aktif sampai berpeluh.

Kesimpulannya saya memang tak sesuai menggunakan Vaselin deodorant dry serum ultra whitening. Kalau jenama Vaseline ni ada mengeluarkan produk deodorant jenis stick, saya akan cuba guna, mana tau kulit saya sesuai dengan deodorant jenis stick.

Oh ya, saya pun ada ikut contest Vaseline deodorant dry serum ultra whitening dekat FB dan IG, tapi saya pun tak tau apa keputusannya. Kalau dah ada pemenang, Taniah saya ucapkan kepada pemenang.

Contest, tapi tak tau pun siapakah pemenangnya

************************
Sekian sahaja review saya mengenai Vaseline deodorant dry serum ultra whitening, saya minta maaf sekiranya review saya ada menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya.


Masuk sahaja tahun 2019, cara untuk live chat dengan Air Asia juga bertukar. Sekarang aktiviti live chat dengan Air Asia juga menjadi lebih mudah. Sebelum anda pergi ke web site live chat, sila sediakan perkara yang saya telah senaraikan di bawah:-

1. IC / Passport / My Kids / Sijil lahir, sila snap (ambik gambar) siap-siap, sebab nanti waktu live chat akan minta dokumen pengenalan diri yang salah ejaan tu.

2. Sila catat di atas kertas siap-siap booking number dan flight number anda.

3. Pastikan data internet laju dan tidak tersekat-sekat.


STEP 1

Anda boleh berbual dengan pihak Air Asia menggunakan smart phone sahaja, nanti senang nak send gambar dokumen pengenalan diri.  Mula-mula pergi ke website LIVE CHAT Air Asia. Kemudian klik pada logo live chat yang saya dah bulatkan dengan warna kuning (Rujuk pada gambar 1).

Gambar 1


STEP 2 ( Tukar bahasa, Kalau nak guna English, sila skip Step ini)
Sesudah klik logo live chat, kalau anda tidak yakin dengan Bahasa English, anda boleh tukar kepada Bahasa Melayu. Sila klik pada “Change Language” di bahagian bawah sebelah kiri (rujuk pada gambar 2).

Gambar 2


Kemudian akan keluar seperti gambar 3,  sila klik dekat bahagian anak panah yang saya tunjuk dalam gambar 3.

Gambar 3


Seterusnya pilih “Bahasa Melayu”, dah pilih bahasa, sila klik “Simpan” (rujuk gambar 4)

Gambar 4


Bahasa pun dah pilih, sila klik dekat anak panah yang saya dah bulatkan seperti dalam gambar 5, untuk kembali pada chat.

Gambar 5


STEP 3
Untuk memudahkan anda memahami step 3 ini, sila rujuk pada gambar yang saya telah sediakan. Pada step 3 ini, anda akan berbual dengan robot terlebih dahulu, sebelum disambungkan dengan pegawai khidmat pelanggan yang bertugas.

Gambar 6 : Klik “Booking Change”
Gambar 6

Gambar 7: Klik “Pembetulan Butiran Tetamu”
Gambar 7

Gambar 8: Klik “Pembetulan / Penukaran nama”
Gambar 8

Gambar 9: Klik “Pindahan ke rakan Allstar saya”
Gambar 9


STEP 4
Setelah disambungkan dengan pegawai khidmat pelanggan yang bertugas, AYAT PERTAMA yang sepatutnya anda taip adalah “saya ingin membuat pembetulan ejaan nama”. Kemudian pegawai yang bertugas akan minta gambar dokumen pengenalan diri (IC/ Passport/ MyKids/ Sijil Lahir) dengan booking number dan flight number. 

Setelah selesai, jangan lupa ucapkan “Terima Kasih” dan klik dekat “Akhiri Chat” (rujuk pada gambar 10

Gambar 10

***********************
Sekian, terima kasih kerana sudi melawat blog ini.
Hasil scan ID / IC kad (saya guna contoh sahaja, jadi saiz tak sama dengan ID / IC sebenar)

Dalam tutorial 18, saya akan membuat tutorial macam mana nak scan IC atau ID kad. Tetapi dalam tutorial ini saya hanya akan tunjuk cara scan menggunakan member kad sahaja (Bukan saiz sebenar IC / ID kad), oleh itu, hasil scan nya pun ada sedikit berbeza.

Gambar 1

Gambar 1
•Tekan atau klik pada butang “Scanner

1)   Seperti yang ditunjukan dalam gambar di atas, sila pilih “Folder” atau “Storage” yang akan menyimpan dokumen yang telah discan . Printer saya Cuma ada 1 “storage” sahaja, kalau di pejabat lain mungkin ada banyak senarai “storage”. Oleh itu pastikan anda tahu dokumen yang anda scan akan disimpan dalam “storage” atau “Folder” yang mana satu.
2)   Kemudian klik pada “Scan Setting

Gambar 2

Gambar 2
a)   Klik pada “Scan size” untuk memilih saiz kertas atau dokumen yang akan discan.
b)   Kemudian klik pada simbol "turun" yang ditunjukan dalam gambar

Gambar 3

Gambar 3
  I.   Klik pada “ID Card”, nanti scanner akan scan betul-betul mengikut ukuran ID kad atau IC anda.
II.   Kemudian baru klik “OK” di bahagian atas sebelah kanan.

Gambar 4

Gambar 4
Setelah selesai setting pada skrin, sekarang anda perlu letakan ID kad anda pada glass scanner. Untuk scan ID kad atau IC, anda tidak boleh scan guna tray atas, ini bermakna, perlu buat secara manual.  Letakkan ID kad secara menegak. Kemudian tekan butang “Start”. Seterusnya, terbalikkan ID kad anda untuk scan bahagian belakang pula, letakan di kawasan glass scanner yang anda scan bahagian depan tadi (boleh rujuk pada gambar 4). Akhir sekali, anda tekan butang “#”.

Setelah proses scan selesai, anda boleh mencari dokumen tersebut dalam folder atau storage komputer anda


**************************
Untuk cara scan yang lain, anda boleh rujuk pada TUTORIAL SCANNER saya yang lepas.
Sekian, terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini
Hasil scan akan jadi macam ni 

Tutorial kali ini anda akan mempelajari bagaimana nak scan kertas yang berbeza saiz secara automatic scan. Kalau nak guna kaca scanner tu pun boleh, sebab cara setting tu sama sahaja. Cuma kalau guna kaca scanner tu, anda kena tukar kertas secara manual la.

Susun dengan kemas kertas di tray atas

Disebabkan saya guna tray atas untuk letak kertas yang hendak di scan, jadi saya akan susun kertas dengan kemas dan letak baik-baik dekat tray atas. Dalam tutorial ini, saya hanya guna kertas saiz A4 & A4 sahaja (dua-dua pun saiz A4, bezanya 1 menegak 1 lagi melintang, supaya nampak perbezaannya). Kalau anda nak campurkan kertas A4 dan A3 pun boleh.


Gambar 1

Gambar 1
•Tekan atau klik pada butang “Scanner

1) Seperti yang ditunjukan dalam gambar di atas, sila pilih “Folder” atau “Storage” yang akan menyimpan dokumen yang telah discan . Printer saya Cuma ada 1 “storage” sahaja, kalau di pejabat lain mungkin ada banyak senarai “storage”. Oleh itu pastikan anda tahu dokumen yang anda scan akan disimpan dalam “storage” atau “Folder” yang mana satu.

2)  Kemudian klik pada “Scan Setting

Gambar 2


Gambar 2
a)   Klik pada “Scan size” untuk memilih saiz kertas atau dokumen yang akan discan.

b) Kemudian klik pada “Mixed Original Sizes”, ini bertujuan untuk menjadikan hasil scan (PDF) nanti akan sama size dengan yang original, walaupun bercampur saiz. Hasilnya pun akan menjadi lebih kemas.

c)  Seterusnya klik “OK

Start

Akhir sekali, tekan “Start” seperti yang ditunjuk dalam gambar diatas. Kalau ada dokumen yang tertinggal dan nak “stop” scanner. Sila tekan butang “Stop” seperti yang dibulatkan dengan warna kuning dalam gambar di atas. Kemudian klik “Cancel Scanning” yang akan tertera pada skrin printer. Untuk scan semula, sila ikut semua langkah-langkah diatas sekali lagi.

Setelah proses scan selesai, anda boleh mencari dokumen tersebut dalam folder atau storage komputer anda. Anda akan jumpa hasil scan dalam bentuk PDF seperti gambar yang teratas sekali tu. 

*********************

Sekian sahaja tutorial mengenai scanner pada kali ini
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini


Beauty Workshop yang dianjurkan oleh V Magic Skin Care adalah beauty workshop pertama saya untuk tahun 2019. Sampai di lokasi, peserta workshop terus diberi goodies bag. Kesemua produk untuk peserta telah pun di sediakan di atas meja masing-masing.




Kami difahamkan bahawa V Magic Skin Care ni baru sahaja beroperasi, shop lot di sekelilingnya pun masih banyak yang kosong. Acara bermula dengan ucapan alu-aluan, kemudian seorang model membuat review mengenai produk V Magic Skin Care.

Review daripada model V Magic Skin Care

Demo

Aktiviti facial dimulakan dengan make up remover. Ada beautician yang akan membantu untuk make up remover ni. Kemudian peserta akan diarahkan mencuba produk exfoliating, cara penggunaan exfoliating ini sangat berbeza dengan jenama lain. Ini kerana peserta hanya perlu tempak-tempek krim exfoliating, tak perlu urut, cuma biarkan selama 3 minit, kemudian cuci atau lap guna tisu basah.

Make Up Remover

krim exfoliating

Part yang saya paling suka dalam workshop ni adalah Mask. Mask dia jenis jelly da nada 3 lapisan. Mula-mula buka lapisan pertama dan terus letak dekat muka, kemudian buka lapisan kedua. Tinggal lah lapisan jelly sahaja yang melekat dekat muka tu. Setelah selesai bermask, peserta akan diajar cara menggunakan toner, serum dan sunscreen.

Mask


Pada penghujung acara, ada sedikit jamuan ringan disediakan. Semua biskut dan kuih adalah dibawa khas dari Sabah. Sedapppp.

Jamuan ringan

Untuk maklumat lanjut mengenai produk V Magic Skin Care, anda bolehlah kunjungi laman Facebook V Magic Skin Care.

Sebelum balik, selfie dulu

**************
Sekian sahaja penulisan tentang acara saya pada kali ini
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya

Salah satu produk foundation jenis cushion yang saya suka adalah Double Lasting Cushion brand Etude House. Terdapat banyak kod mengikut tone kulit, kalau pilih sendiri memang pening juga. Disebabkan kulit saya jenis kuning langsat, promoter di Etude house  rekomen saya untuk guna kod Y05 Honey Sand.

mmmm gambar kabur la pula



Ada banyak pilihan tone

Saya suka foundation cushion ni sebab dia jenis ringan dan mudah digunakan. Terdapat 4 sebab utama saya jatuh cinta dengan Double Lasting Cushion brand Etude House ni.


PERTAMA Double Lasting Cushion brand Etude House ni bersifat “Magnet Adhesion”. Tapi bukan magnet yang selalu orang tampal dekat pintu peti sejuk tu tau.  Maksud Magnet dekat sini, foundation tu melekat terus dekat kulit. Contohnya, setelah anda menggunakan foundation cushion ni, biarkan selama 30 minit, kemudian cuba calit dekat wajah yang anda letak foundation cushion tadi menggunakan jari, setelah itu calit jari anda dekat seluar atau kain yang berwarna gelap. Hasilnya anda akan nampak kesan foundation tu sedikit sahaja yang melekat pada kain atau sama sekali tak ada kesan langsung.



KEDUA Double Lasting Cushion brand Etude House ni bersifat “Long Lasting” sehingga 24 jam. Tetapi tidak digalakkan memakai make up selama 24 jam untuk kesihatan kulit wajah juga.



KETIGA Double Lasting Cushion brand Etude House ni juga bersifat “Doubled Coverage”. Tips yang saya selalu guna, mula-mula apply lapisan pertama dan biarkan 1 minit. Kemudian apply lapisan kedua. Sekiranya parut atau jerawat yang anda nak cover masih kelihatan, ulang semula langkah-langkah tadi sehingga berlapis-lapis. (kalau teruk sangat, saya sarankan anda guna CC cream atau CC stick dekat bahagian yang bermasalah, kemudian baru apply Double Lasting Cushion ini)



KEEMPAT Double Lasting Cushion brand Etude House kurang melekit.  Jadi anda tak perlu risau kalau anda yang bertudung tu takut foundation lekat dekat tudung.

Kesimpulannya, saya sangat berpuas hati dengan produk Double Lasting Cushion brand Etude House. Tapi lepas ni nak cuba brand CLIO pula.


*****************
Sekian sahaja review saya tentang Double Lasting Cushion brand Etude House
Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2019, ada aktiviti yang dijalankan di Stadium Bukit Jalil, iaitu “8TV CNY Grand Bazaar”.  Bazaar ini akan berlangsung dari 13 Jan 2019 sehingga 30 Jan 2019. Disebabkan ada kawan yang bermain permainan Genki Claw ni dapat banyak anak patung. Sekali main Cuma RM1 sahaja.

Booth Genki Claw

Saya pun terpengaruhlah, kononnya nak dapat banyak anak patung time cuti Thaipusam. Lagipun rumah tak jauh dari stadium tu.  Sampai ja dekat booth Genki Claw, wow ramainya orang, Macam mana nak main ni. Nak tau koleksi anak patung yang ada, sila rujuk gambar di bawah ni. Kalau anda dapat 5 anak patung, nanti akan diberi percuma tali sling untuk gantung anak patung.


Yang tak best dekat booth Genki Claw ni, tapak booth tu adalah kayu, kalau orang lalu je dekat dengan mesin yang kita tu, mesti bergoyang la mesin tu. Yang sakit hati, bila “jari besi” tu turun nak tangkap patung, tiba-tiba mesin bergoyang sebab ada orang lalu.

Jumlah modal yang saya guna main mesin ni RM20, tapi 1 patung pun tak dapat. Sebab dari awal memang tukar Coin RM20. Mmmmmmmm. Tak pe la.

Muka kalah main Genki Claw

Keesokan harinya, terjumpa sotong cimb dekat meja office. Siapa la punya sotong ni. Siasat punya siasat, rupanya bos saya yang letak dekat situ. “You see, modal I Cuma RM3 sahaja dekat Tesco, dah dapat 1 patung, ada orang tu modal RM20 pun tak dapat kaki sotong pun. So poor, I give you this sotong la”. Cehhcehhcehh kalau transfer duit cimb click takpe juga, ni bagi sotong cimb je.

Si Sotong

Moral of the story untuk diri sendiri, lain kali jangan tukar coin banyak-banyak dulu. Kan dah membazir. Bak kata Mak “Kalau kau beli makanan kan dah kenyang”. Tapi seronok juga. Hihihihihihihi

_______________________________

Seminggu kemudian, saya pergi lagi. waktu tu orang memang dah kurang. Dannnnnn saya dapat tangkap 3 patung. 


Ni je saya dapat tangkap

Nak tahu lebih lanjut pasal Genki Claw bolehlah lawat dekat FACEBOOK dia.

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS