Showing posts with label Tips

Dry shampoo adalah shampoo rambut tanpa menggunakan air. Maksudnya tak perlu bilas dengan air. Memang betul dry shampoo ada dijual di Watson, Guardian, farmasi, dan sebagainya. Harganya pun boleh tahan juga tau.

Dalam keadaan yang terdesak dan anda tak jumpa pun kedai-kedai yang jual dry shampoo, tambahan lagi kulit kepala pun 3 hari tak cuci dan berminyak. Bagi yang ada internet yang laju tu, mestilah google atau tengok kat YouTube macam mana DIY dry shampoo kan. Kebanyakan di YouTube anda akan jumpa cara DIY dry shampoo menggunakan tepung + serbuk koko + essence bagai. Nak cari bahan-bahan tu pun kadang-kadang bukan senang.

Cara saya senang je, bahan-bahan yang saya gunakan cumalah bedak. Tak kisah lah bedak jenama apa sekali pun. Lagipun, saya rasa bedak senang nak cari dekat kedai runcit atau 7E pun ada jual bedak kan. Semua bahan dah ada??? Mula-mula selak rambut bermula dari bahagian tepi dahulu. Pastikan belahan rambut tu lurus la ye. Kemudian guna brush makeup yang tebal tu yang biasa orang guna untuk bedak makeup. Kalau tak ada berus makeup, sila guna tangan sahaja.

Terjumpa bedak ni kat rumah, guna ni je lah buat DIY

Selak rambut tu macam ni & letak bedak dekat kulit kepala tu sikit. lepas tu selak rambut yang seterusnya.

Taburkan bedak dekat setiap garisan belahan rambut. Buat lah seberapa banyak belahan yang anda suka. Kalau saya cuma 5 atau 6 kali selak dari kanan ke kiri. Kemudian, gosok lembut seluruh bahagian kulit kepala macam kita guna shampoo basah tu, tapi jangan garu ye. Tak perlu gosok lama-lama pun. Kemudian sikat rambut macam biasa.

Agak-agak la nak letak banyak mana di setiap garisan rambut tu, jangan banyak sangat.

Hasilnya, anda akan dapati kulit kepala yang sangat berminyak disebabkan tak cuci tu akan berkurangan. Kalau ada bawa minyak rambut, anda boleh la guna dekat bahagian hujung rambut tu macam biasa. Dannnn kalau ada mist seperti mist yang saya review haritu pun silakan guna, supaya lebih wangi. Nak tau mist apa yang saya review haritu???  Body Holic untuk Hair & Body Mist, kalau nak tau lebih lanjut bolehlah klik DISINI.

Pendapat saya, sekarang ni memang sangat memudahkan kalau melancong, masuk hospital atau pergi mana-mana bawa dry shampoo, tetapi lebih best kalau cuci rambut guna shampoo basah macam biasa tu, rasa lebih bersih dan puas hati sebab boleh garu-garu kulit kepala tu serta lebih yakin dengan tahap kebersihan kulit kepala.



********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Kali ini saya nak cerita mengenai DAUN BAWANG. Bukan makcik bawang, pakcik bawang atau adik beradik bawang ye. Saya rasa semua individu ada cara tersendiri untuk menyimpan daun bawang. Cara yang selalu saya tengok dekat rumah panjang saya, ada yang letak dekat meja sahaja, dari daun bawang tu hijau sampai la daun bawang tu menjadi kuning. Kalau mak saya pula, dia suka letak dalam peti sejuk tempat simpan buah atau sayur tu. Kalau pergi beli daun bawang mesti mak saya akan ambil daun bawang macam dia ambil sayur kangkung. Mmmmmm memang la daun bawang tu murah, tapi sayang bah kalau dibiarkan rosak atau kuning macam tu saja.

Sumber google: Ini lah daun bawang ya, bukan daun kucai

Okey, kita berbalik kepada topik tips untuk menjadikan daun bawang tahan lebih lama. Mula-mula, kerat bahagian urat yang bertanah tu. Lepas tu buang la yang urat dan tanah tu. Yang bahagian daun tu pula sila cuci dengan bersih, kalau ada daun kuning atau yang dah layu, buangkan saja. Sapa nak makan kalau dah kuning layu. Kemudian “tos” kan sampai air dah tak menitik. 


Saya biasa bersihkan daun bawang pada waktu pagi, tengah hari dah boleh hiris. Tujuan bersihkan daun bawang adalah untuk memudahkan anda nak masukan daun bawang dalam masakan, nanti kalau taknak cuci dah pun boleh. Cara saya hiris daun bawang seperti gambar yang dekat bawah tu. HIris daun bawang pun boleh pedih mata tauu kalau dah banyak sangat.

Hirislah daun bawang tu ikut suka nak halus / panjang

Dah siap dihiris

Dah siap hiris dan masukan ke dalam bekas, sila masukan bekas yang berisi daun bawang ke dalam peti sejuk. Simpan dekat bahagian sejuk beku tu, alaaaa yang tempat simpan daging, ayam, ikan, aiskrim tu. Faham kan. 

Siap untuk di simpan dalam peti sejuk beku

Nanti kalau nak guna daun bawang, Cuma keluarkan terus masuk dalam masakan anda. Saya pernah simpan daun bawang tu sampai 3 minggu, warna pun masih hijau dan tak rosak. (Kalau boleh, tos daun bawang tu sampai tak ada air menitis pun selepas dicuci, sebab kalau ada air nanti daun bawang tu pun boleh bertahan kurang dari 2 minggu).

**********************
Sekian sahaja cerita tentang daun bawang.
Terima kasih kerana membaca

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS