Sumber: https://www.myinfotaip.com/2020/02/tiada-lagi.html

Saya memang jarang sangat tengok cerita Melayu. Tapi hari Sabtu tu (22 February 2020) sambil lipat pakaian tergerak hati pula nak on TV. Wahhh ada pelakon kegemaran saya yang cantik tu la, iaitu Rita Rudaini. Dari saya zaman sekolah dulu tengok Rita ni berlakon memang muka dia macam tu je cantiknya. Lepas tu ternampak pula Jay Iswazir pun berlakon sekali, sebab pernah tengok Jay ni berlakon dalam filem “Insan Terpilih (2019)”, memang best.

Dah cari cerita ni kat YouTube semua tapi tak jumpa pula.

PELAKON
Sebelum teruskan menaip. Kita kenali barisan pelakon dan watak-watak mereka.
1)  Datuk Nizar (Eizlan Yusof)
2)  Datin Nureen Azalea (Rita Rudaini)
3)  Iskandar (Jay Iswazir)
4)  Fatin (Dayang Areeda)

SINOPSIS MENURUT SAYA
Saya menonton filem ni mula dari rumah Datuk Nizar diserang oleh dua orang perompak. Perompak tu siap bawa seorang perempuan yang bernama Fatin dan tangannya turut diikat. Salah seorang perompak yang bernama Iskandar, memaksa Datuk Nizar menerangkan apakah hubungan Fatin dengan Datuk Nizar di hadapan Datin Nureen Azalea. Pada mulanya Datuk Nizar tidak memberi jawapan kepada Iskandar, sehinggalah Iskandar cuba melemaskan Fatin di dalam besen yang berisi air. Akhirnya, Datuk Nizar mengaku dihadapan Iskandar dan Datin Nureen bahawa Fatin adalah isteri kedua Datuk Nizar.

Perkara yang kedua pula, Fatin sebenarnya adalah bekas isteri kepada Iskandar. Mereka bercerai kerana Fatin curang dan dah taknak dekat Iskandar. Yelah Iskandar kan tak kaya cuma bekerja sebagai mekanik sahaja. Fatin pula bekerja dengan Datuk Nizar dan mereka selalu bersama.

Semua dah mengaku, perompak pun balik lah. Fatin pula bermalam dekat rumah Datuk Nizar dan Datin Nureen. Semasa di dapur, Datin Nureen berbual dengan Fatin, dan mengatakan Datin Nureen akan bercerai dengan Datuk Nizar kerana kecurangan datuk Nizar dan Datin Nureen tidak mahu bermadu dengan Fatin. Ayat yang bagus dilemparkan oleh Datin Nureen kepada Fatin “…Aku taknak bermadu dengan perempuan murahan macam kau… aku setia dekat suami aku tetapi dia curang. Kau ada suami tetapi kau curang”. Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Tapi Datin Nureen tak menjerit-jerit pun, dia tetap bercakap dengan tenang dan cool.

Datuk Nizar tidak melaporkan kes rompakan tersebut kepada pihak polis kerana bimbang akan menjatuhkan air mukanya.

Keesokan harinya Datin Nureen awal-awal dah membawa dua orang anaknya pergi bercuti. Semasa percutian dengan anaknya, Datin Nureen ada terserempak dengan rakan lamanya. Rakan lamanya itu menerangkan sebab dia selalu mengelak daripada berjumpa dengan Datin Nureen. Rupanya ada cerita dibaliknya antara rakan lamanya dengan Datuk Nizar. Perkara tersebut membuat Datin Nureen lebih yakin dengan keputusan untuk bercerai dengan Datuk Nizar

Sekarang sesi proses nak cerai pula, Datuk Nizar sentiasa memberi alasan untuk Datin Nureen kesian dengan anak-anak sekiranya mereka bercerai. Namun Datin Nureen tetap dengan pendiriannya dan memecat Datuk Nizar daripada Syarikat sebab semua yang dimiliki oleh Datuk NIzar tu sebenar adalah milik Datin Nureen. Selepas perceraian, semasa Datin Nureen sedang menunggu kendaraannya, Datuk Nizar masih lagi memujuk Datin Nureen untuk kembali kepadanya kerana kesian dekat anak-anaknya. Namun, semasa kenderaan Datin Nureen sampai, Datuk Nizar sangat terkejut melihat Iskandar yang memandu kenderaan tersebut.

PLOT TWIST
Sebenarnya, Iskandar dengan Datin Nureen berkenalan semasa Iskandar menculik Datin Nureen dengan niat nak membunuh Datin Nureen kerana Fatin berkahwin dengan Datuk Nizar. Namun Niat Iskandar terbatal setelah menerima panggilan daripada ibunya dan mendengar nasihat ibunya. Setelah Iskandar melepaskan Datin Nureen, namun Datin Nureen kembali masuk ke tempat penculikan tersebut untuk menanyakan kenapa Iskandar menculiknya.
Jadi rompakan yang terjadi tu sebenarnya adalah rancangan Datin Nureen untuk mendengar sendiri pengakuan Datuk Nizar mengenai Fatin.

APA YANG SAYA SUKA TENTANG FILEM “TIADA LAGI”
Pertama: Datin Nureen mempunyai pendirian yang teguh dan tidak mudah terpengaruh dengan pujukkan manis Datuk Nazir. Datin Nureen juga seorang yang tenang menghadapi semua masalah dan tak adalah menjerit-jerit, terlolong-lolong.

Kedua: Rasa best bila part Datin Nureen mengambil semua harta miliknya daripada Datuk Nizar. Kerana Datuk Nizar sebenarnya seorang tidak ada apa-apa dan hanya menumpang harta kekayaan Datin Nureen dan telah menyalahgunakan kepercayaan dan kesetiaan Datin Nureen.

Ketiga: Watak Iskandar yang sentiasa menerima nasihat daripada orang lain dengan baik sehingga dia tidak menjadi penjenayah.

Keempat: “…Perempuan ni kalau dia cantik macam mana pun sekalipun, berhabis duit, jada badan, jaga itu, jaga ini, lelaki kalau dia nak cari lain dia tetap akan cari juga. Walaupun hidup dia banyak bergantung dengan kita…” Ayat Datin Nureen dalam filem Tiada Lagi.



********************
Sekian sahaja 
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella


Dry shampoo adalah shampoo rambut tanpa menggunakan air. Maksudnya tak perlu bilas dengan air. Memang betul dry shampoo ada dijual di Watson, Guardian, farmasi, dan sebagainya. Harganya pun boleh tahan juga tau.

Dalam keadaan yang terdesak dan anda tak jumpa pun kedai-kedai yang jual dry shampoo, tambahan lagi kulit kepala pun 3 hari tak cuci dan berminyak. Bagi yang ada internet yang laju tu, mestilah google atau tengok kat YouTube macam mana DIY dry shampoo kan. Kebanyakan di YouTube anda akan jumpa cara DIY dry shampoo menggunakan tepung + serbuk koko + essence bagai. Nak cari bahan-bahan tu pun kadang-kadang bukan senang.

Cara saya senang je, bahan-bahan yang saya gunakan cumalah bedak. Tak kisah lah bedak jenama apa sekali pun. Lagipun, saya rasa bedak senang nak cari dekat kedai runcit atau 7E pun ada jual bedak kan. Semua bahan dah ada??? Mula-mula selak rambut bermula dari bahagian tepi dahulu. Pastikan belahan rambut tu lurus la ye. Kemudian guna brush makeup yang tebal tu yang biasa orang guna untuk bedak makeup. Kalau tak ada berus makeup, sila guna tangan sahaja.

Terjumpa bedak ni kat rumah, guna ni je lah buat DIY

Selak rambut tu macam ni & letak bedak dekat kulit kepala tu sikit. lepas tu selak rambut yang seterusnya.

Taburkan bedak dekat setiap garisan belahan rambut. Buat lah seberapa banyak belahan yang anda suka. Kalau saya cuma 5 atau 6 kali selak dari kanan ke kiri. Kemudian, gosok lembut seluruh bahagian kulit kepala macam kita guna shampoo basah tu, tapi jangan garu ye. Tak perlu gosok lama-lama pun. Kemudian sikat rambut macam biasa.

Agak-agak la nak letak banyak mana di setiap garisan rambut tu, jangan banyak sangat.

Hasilnya, anda akan dapati kulit kepala yang sangat berminyak disebabkan tak cuci tu akan berkurangan. Kalau ada bawa minyak rambut, anda boleh la guna dekat bahagian hujung rambut tu macam biasa. Dannnn kalau ada mist seperti mist yang saya review haritu pun silakan guna, supaya lebih wangi. Nak tau mist apa yang saya review haritu???  Body Holic untuk Hair & Body Mist, kalau nak tau lebih lanjut bolehlah klik DISINI.

Pendapat saya, sekarang ni memang sangat memudahkan kalau melancong, masuk hospital atau pergi mana-mana bawa dry shampoo, tetapi lebih best kalau cuci rambut guna shampoo basah macam biasa tu, rasa lebih bersih dan puas hati sebab boleh garu-garu kulit kepala tu serta lebih yakin dengan tahap kebersihan kulit kepala.



********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Sumber: Shoppee

Body Holic untuk Hair & Body Mist ni terdapat dalam beberapa variasi (saya tau sebab terjumpa dekat Shopee). Dalam diari kali ini, saya cuma akan buat review untuk variasi Sky Potion sahaja. Memang tak pernah tahu pun mengenai produk ni, yang Sky Potion ni saya dapat dalam goodies bag semasa menyertai workshop Underwater. Kalau nak tau apa yang saya buat dekat workshop Underwater tu bolehlah klik dekat SINI.

Kotak dia macam ni

saiz dia cuma 50ml, tapi sekali spray je dah cukup wangi

Dekat belakang botol ni dia ada tulisan Korea (Produk Korea la tu)

Body Holic Sky Potion ini mempunyai wangian Rose & Musk. Ia digunakan sebagai Mist untuk rambut dan badan. Haaaa jangan pula sembur kat baju. Bau dia memang sangat wangi.

Cara saya menggunakannya untuk Mist rambut. Mula-mula saya spray sekali sahaja pada rambut sebelah kanan dan spray sekali pada bahagian kiri pula. Kemudian gosok-gosok manja pada rambut supaya wangian nya menjadi sebati. Psssss, bagi yang DIY  sendiri dry shampoo tu bolehlah guna Body Holic ni sebagai pewangi rambut.

Harumannya memang sangat kuat, jadi jangan lah spray banyak sangat ye. Bagi yang nak bersukan dan risau rambut berbau, bolehlah guna Body Holic ni sebab wangian nya menyelamatkan rambut anda daripada berbau masam peluh. Lagipun saiz spray ni kecil sahaja (50ml) muat-muat dalam handbag.

Ooo saya tak cakap untuk spray dekat badan kan? Sebab saya suka guna minyak wangi nanti bercampur pula bau Body Holic dengan minyak wangi yang saya pakai tu.

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS