CARA MEMBAYAR BIL ELEKTRIK SECARA ONLINE (SARAWAK ENERGY BERHAD / SESCO)

Aplikasi Sarawak Energy Berhad 

Tahukah anda bahawa sekarang ni ada app untuk bayar bil elektrik secara online??? Kalau dah tau tu tak payah lah terus membaca konten ni ya. Dengan adanya app ni anda tak perlu nak beratur panjang-panjang dan ambil nombor tunggu giliran dah. Anda juga boleh membantu ibu bapa bayar bil elektrik , itulah yang papa saya suka tu, nanti suka ati sahaja dia guna elektrik. Huhuhuhuhuhu. Tak apa lah, dulu time kecil-kecil, mama sama papa yang tolong bayar elektrik. Sekarang giliran saya pula membayar bil untuk mama papa. Tetapi tutorial dalam konten ini saya buat khas untuk yang tinggal di SARAWAK SAHAJA. Lain kali saya buat tutorial untuk bayar bil elektrik bagi orang yang tinggal di Semenanjung Malaysia okey. Jangan lah merajuk, kesian saya. Okey kita mula sekarang.


STEP 1
Pergi pada Google Play yang dalam smart phone tu ya.  Jangan pula pandai-pandai pergi cari location Google Play di mana. Lepas tu sila download app “SEB cares”. Kalau tak faham sila rujuk pada Gambar 1 di bawah.

Gambar 1: Download & Install


STEP 2
Sesudah install “SEB cares” tu, nanti akan muncul macam dalam Gambar 2. Sila klik pada screen smart phone tu dekat “View & Pay”. Disebabkan baru pertama kali menggunakan app ni, anda perlulah “Register” terlebih dahulu. Setelah isi semua maklumat seperti yang ditunjukkan pada Gambar 4, terus klik pada “Send Verification Code”, nanti dalam beberapa saat anda akan dapat sms. Kemudian masukkan nombor code tu dekat bahagian “Mobile Verification Code”. Lepas tu boleh lah klik pada bahagian “Register” seperti yang ditunjuk dalam gambar 4.

Gambar 2: Klik pada 'View & Pay'


Gambar 3: Sila 'Register' terlebih dahulu ya

Gambar 4

STEP 3
Dah selesai register, kini anda sudah ada akaun untuk bayar bil elektrik SARAWAK. Lepas dah ada akaun tu, sila lah pilih Bahasa yang anda rasa selesa nak guna ya. Tak tahu macam mana nak tukar bahasa??? Sila rujuk pada gambar 5. Okey sekarang cara untuk tambah bill ke dalam akaun anda pula. Sila klik pada icon “+” yang berada di sebelah kiri bahagian atas, Kalau tak faham, sila rujuk pada gambar 6. Kemudian sila isi semua maklumat seperti yang ditunjuk dalam gambar 7. Kalau dah selesai klik pada “Add”. Ada yang tak tau Contract Account Number??? Sila cari pada bill elektrik ya, cari CONTRACT ACCOUNT NO, kalau saya tak silap ada 12 digit number semuanya.

Gambar 5


Gambar 6


Gambar 7



STEP 4
Sekarang masa untuk bayar bill elektrik pula, pastikan anda dah sediakan kad ATM kalau anda nak bayar guna kad debit. Tetapi kali ini saya buat tutorial guna online banking sahaja ya. Sila  klik pada “Pay Now”, boleh rujuk pada gambar 8. Lepas tu pilih sama ada nak bayar guna debit card atau internet banking. Saya pilih “Internet Banking”, dan terus pilih jenis online banking yang anda guna. Kemudian sebelum submit payment jangan lupa klik pada bahagian “By submitting the payment…” kalau tak faham sila rujuk pada gambar 11.  Akhir sekali klik pada “Submit Payment”. Dah selesai, nanti anda akan terima Resit macam dalam gambar 13 tu. Resit tu akan dihantar ke email anda ya.

Gambar 8


Gambar 9


Gambar 10


Gambar 11


Gambar 12: Anda telah berjaya membuat pembayaran


Gambar 13


***************************************************
Sekian sahaja, lepasni bolehlah bayar bill untuk ibu bapa atau ahli keluarga lain guna online ya
Terima kasih kerana sudi membaca konten saya

1 ulasan

  1. terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini... content anda jelas, kemas dan sangat membantu.

    BalasPadam