Pada 11 January 2020 saya menyertai satu workshop yang pertama pada 2020. Workshop tersebut bertemakan Underwater yang berlangsung di Bunch Cluster KL.  Terdapat empat jenama terkenal terlibat dengan workshop tersebut, antaranya DASHING DIVA, moonshot, peripera, dan CLIO.

Inilah workshop yang saya ikut tu

Jamuan ringan yang disediakan

Self service ye, kalau nak makan sila ambil sendiri

Keadaan di dalam ruang workshop, ramai peserta yang masih belum hadir


Acara bermula pada 11 pagi sehingga 2 petang, namun pendaftaran berlangsung sejak pukul 10 pagi. Semua peserta dihidangkan dengan pemanis mulut yang sangat sedap. Kemudian sesi demo solekan pun bermula. Selepas itu, sesi menghias kuku menggunakan kuku palsu atau sticker dari jenama Dashing Diva. Memang nampak sangat exsklusif sangat. Tak nak menaip panjang-panjang, silalah tengok gambar yang saya ambil sepanjang acara berlangsung.

 
Inilah peralatan yang digunakan untuk demo solekan

Kosmetik Peripera

Kosmetik CLIO

Kosmetik Merzy

Kosmetik moonshot

Dashing Diva

Kuku plastik

Menggunakan sticker kuku

Cenderahati untuk semua peserta


********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Baru masuk 8 hari tahun 2020 terus dapat panggilan daripada Jabatan kerajaan. Ingatkan panggil masuk kerja. Rupanya nak minta duit saya kot.

Pada 7 January 2020 saya ada transfer duit kat papa untuk renew lesen dan sewa kedai sekali. Pada 8 January 2020, pula saya transfer duit dekat saya punya Beauty Consultant produk Mary Kay.

Setelah selesai transfer duit Mary Kay tu, rasanya belum sampai 3 minit macam tu, tiba-tiba ada panggilan masuk. Tak tengok siapa yang call terus jawab. Mula-mula operator yang bercakap “Anda mempunyai 1 pesanan …… sila tekan 0 untuk berhubung dengan ….”, Tak syak apa lagi, dah tekan 0 tapi senyap je tiba-tiba ada seorang lelaki Cina yang bercakap.

Scammer: “Ye cik ada apa”
Saya:”Saya ada terima panggilan daripada encik tapi operator yang bercakap suruh tekan 0”
Scammer:”minta no IC”
Saya:”xxxxxxxxxxx”
Scammer:”Cik xxxxxx (nama penuh)” (tak sampai 10 saat dah dapat nama penuh)
Saya:”Ye saya
Scammer:”Anda didapati…… tidak membayar cukai… atas kompeni cik. Warisan Research PLT, dari Terengganu”

Saya kat Office dan depan komputer, terus je taip nama kompeni tu, sekali tengok google. Mmmmm sahhhh la orang ni nak bodohkan saya, kompeni tu berkaitan dengan kes 1MDB.

Saya:”ooo saya tak ada kompeni”
Scammer:”Kalau cik tak ada kompeni macam mana boleh ada rekod import? Ni semua dari LHDN dan cik gagal bayar cukai pendapatan, Cik kerja apa? Gaji berapa?” (Tadi cukai import sekarang cukai pendapatan pula, macam la LHDN tu tak ada rekod saya)
Saya:” okey terima kasih nanti saya pergi LHDN sebab say sibuk ni”
Scammer:”Kes ini telah diserahkan kepada pihak Jabatan SPRM jadi phak LHDN dah tidak ada urusan dengan cik.”
Saya:”Okey, thank you.”
Scammer:”Cik mesti datang ke SPRM Putrajaya sekarang, kalau tidak cik akan disenarai sebagai muflis, cik tau apa itu muflis, muflis itu bankrupt…. Menurut akta…..” (akta pun pun macam tak betul, sebab saya google semua yang dia cakap)
Saya:”Okey la encik, macam ni lah nanti saya akan pergi ke SPRM Putrajaya, saya akan cari pegawai di sana”
Scammer:”Cik perlu cari saya, Steven Ngui sebelum jam 4, cik sekarang di mana”
Saya:”Saya di Cybersouth sahaja”

Saya terus off dan baru perasan nombor telefon yang diguna tu adalah nombor Maxis dan bukannya nombor pejabat. Saya tau sebab saya ada App “Whose call”, cuma tak ada nama lagi, mungkin sebab nombor baru beli kot. Yelah scammer memang selalu tukar nombor baru. Ingat senang ka nak menubuhkan sesebuah syarikat besar. Biasa kalau komputer atau sistem robot yang buat panggilan saya terus letak ja, malas nak layan. Kecuali manusia ja saya layan. Jadi lain kali terus letak ja, tak payah layan. Lagipun, saya memang akan jawab semua panggilan, mana tau saya menang peraduan besar ke, tak pun client yang nak order barang Mary Kay ke. 

Peringatan untuk diri sendiri dan pada yang membaca. Scammer boleh menjadi sesiapa sahaja, dan mereka memang ada nama kita IC kita, serta nombor telefon kita, tetapi sila tanya pada keluarga atau rakan-rakan sebelum bertindak. Lagipun pihak kementerian atau jabatan bukan nya banyak masa sangat nak buat panggilan kepada semua orang. Kebiasaanya seseorang akan menerima surat atau email sahaja. Contoh nya, bila ada saman tertunggak, rasa-rasanya pihak JPJ dan seangkatan dengannya akan call kita dan bagi tau tak? setakat ni saya rasa belum pernah lagi la dapat panggilan macam tu. Waktu nak renew road tax & insurans kereta tiba-tiba terkejut ada saman tertunggak. Sama juga dengan peminjam tegar PTPTN. dah 10 tahun tak bayar, tak ada SPRM atau PDRM atau Mahkamah nak call, paling teruk pun anda akan dapat surat "cinta" dari mahkamah. itu pun disuruh hadir ke mahkamah yang terdekat, bukan mesti ke Putrajaya. Tak hadir ke mahkamah??? Tak ada juga mahkamah call, cuma nama terus disenaraikan CCRIS je (ni semua loan pun susah lah, jadi sila bayar PTPTN anda okey. Pandai pinjam, pandai lah bayar).  

Kecuali terdapat kes-kes tertentu memang pihak jabatan atau bank akan membuat panggilan kepada anda dan menggunakan nombor telefon pejabat yang mungkin anda boleh cari di google. Contohnya, pihak bank call cakap "Cik transaction anda harini sebanyak RMXXXX,  dan ada yang dibatalkan......  Pihak kami nak pastikan penggunaan akaun Cik adalah dari Cik atau pihak ketiga...." (lebih kurang macam tu lah, untuk keselamatan pengguna bankTetapi sila jangan bertindak secara terburu-buru seandainya mendapat panggilan yang meragukan, putuskan sahaja talian anda dengan scammer tu, tak payah cakap banyak, biar dia cakap sorang-sorang..



********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Mask dia ada 2 keping macam dalam gambar ni.

Di pasaran selama ni memang banyak mask yang jenis 2 in 1, 3 in 1, 7 in 1, dan banyak lagi in 1. Tetapi sekarang mungkin trend baru kot, dengan menggunakan 2 keping mask. Pertama tu macam untuk membersihkan muka dan kepingan ke 2 tu untuk penyerapan ke dalam kulit wajah.

Kali ni saya nak buat review tentang mask OMG! 2 in 1 Detox Bubbling Microfiber Mask dari Double Dare.  Seperti yang saya tunjuk dalam gambar, OMG! 2 in 1 Detox Bubbling Microfiber Mask ada 2 keping mask.

Mask Step 1

Baca arahan terlebih dahulu

Mask yang pertama dikenali sebagai Detox Bubbling Mask yang berfungsi sebagai membersihkan dan mendetox wajah anda. Cuma guna dalam 1 hingga 3 minit sahaja. Sesuai dengan namanya Bubbling (Berbuih) Mask, nanti anda akan rasa ada buih-buih kat muka semasa menggunakan mask tersebut. Setelah selesai berBubbling ni, sila lah bilas segala buih yang ada dekat wajah dan bersedia untuk sesi Mask yang kedua. Semakin lama anda pakai semakin banyaklah buih yang akan terhasil. Memang terasa macam baru lepas mencuci muka je. Tetapi jangan pakai terlalu lama sebab risau kulit wajah anda akan menjadi kering dan pedih. Saya dah buat jadi tau dah rasanya, yelah seronok tengok buih nya semakin banyak hahahahaha. Degil taknak ikut arahan.

Ni tunggu lebih minit, tu yang banyak buih

Haaahhhh seronok pula

Mask yang kedua dikenali sebagai Microfiber Mask pula akan memberi penyerapan nutrisi, Collagen dan Stem cell tumbuhan semula jadi supaya kulit akan lebih sihat, muda dan bersinar. Guna mask yang kedua ni seperti mask yang biasa tu selama 15 minit sehingga 20 minit. Kemudian setelah selesai menggunakan mask yang kedua, urut wajah dengan lembut.

Mask yang kedua

Sama juga kena baca arahan dulu

Rupa mask kedua tu macam ni.

Dah siap…..
Secara keseluruhannya saya berpuas hati, cuma saya lebih suka mencuci muka dengan pencuci muka sendiri berbanding menggunakan mask pertama yang hanya biarkan ia berbuih selama seminit sahaja. Rasa macam tak cukup bersih pula. Mungkin saya patut cuci muka seperti biasa sebelum menggunakan mask yang pertama tu. Untuk mask yang kedua pula, saya boleh rasa muka menjadi lebih lembab dan cerah sedikit.  

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS