Memiliki rumah sendiri sama ada sewa atau beli adalah impian semua keluarga.  Namun tahukah anda bahawa persediaan untuk masuk rumah baru amatlah memerlukan kos bagi mereka yang baru memiliki rumah sendiri?  Mana tak kos nya, kalau beli barang dari A-Z, maklumlah baru nak mula hidup (kata papa saya la).  Selain daripada kos deposit rumah (bagi mereka yang menyewa)   sudah tentu ada individu yang bingung memikirkan tentang senarai keperluan untuk pindah rumah.  Di sini saya kan menyenaraikan barang keperluan asas dan barang keperluan tambahan (sekiranya mempunyai bajet lebih) untuk masuk ‘rumah baru’ berdasarkan pengalaman saya.

Bagi yang anda yang malas membaca, boleh terus scroll ke bawah, sebab saya ada muat naik senarai keperluan Dalam bentuk PDF. 

SENARAI BARANG UNTUK AKTIVITI PEMBERSIHAN RUMAH BARU


1.UNTUK PEMBERSIHAN
NO.
BARANG
KUANTITI
CATATAN
1.1
Penyapu


1.2
Penyodok Sampah


1.3
Mop


1.4
Bulu Ayam / Nylon


1.5
Baldi


1.6
Gayung / Timba


1.7
Tali hos air


1.8
Tong Sampah


1.9
Plastik Sampah


1.1
Kain Lap


1.11
Alas kaki


1.12
Surat Khabar


1.13
Serbuk / Cecair pencuci lantai


1.14
Clorox / Asid


Senarai Peralatan Untuk Aktiviti Pembersihan


Selepas menyediakan semua peralatan pembersihan, jangan lupa pula bawa alas untuk duduk berehat. Bawa juga air minuman dan makanan secukupnya. Jangan lupa bawa sabun untuk mencuci tangan.

SENARAI BARANG ASAS UNTUK MASUK RUMAH BARU
Selepas rumah dibersihkan, barulah tenang sedikit sediakan barang untuk masuk rumah baru.
2.DAPUR
NO.
BARANG
KUANTITI
CATATAN
2.1
Dapur Gas / Elektrik


2.2
Gas


2.3
Rak Dapur


2.4
Rak Pinggan


2.5
Kuali


2.6
Periuk


2.7
Bekas air masak


2.8
Bekas garam / gula/ …………


2.9
Bekas / Kontener  simpan Peket perencah


2.10
Bekas Bawang


2.11
Bekas Minyak Masak Ikan/ Ayam/ Keropok.


2.12
Bekas Beras


2.13
Cerek / Kittle


2.14
Tudung Saji


2.15
Bekas Penapis kecil / besar


2.16
Besen kecil / besar


2.17
Papan Pemotong


2.18
Pisau kecil


2.19
Pisau Daging


2.20
Pisau untuk mengupas kulit


2.21
Gunting


2.22
Pinggan makan


2.23
Pinggan Kecil


2.24
Mangkuk


2.25
Cawan / Gelas


2.26
Jug Air


2.27
Sudu


2.28
Garfu


2.29
Senduk Nasi


2.30
Senduk memasak


2.31
Penyepit


2.32
Span Pencuci Pinggan


2.33
Berus Kuali


2.34
Bekas Untuk Pencuci Pinggan


2.35
Kain Lap Dapur


2.36
Penyapu Dapur


2.37
Lesung Batu






3. BILIK AIR
NO.
BARANG
KUANTITI
CATATAN
3.1
Baldi Kecil / Besar


3.2
Gayung / Timba


3.3
Tali Hos


3.4
Bekas Letak  berus gigi


3.5
Penyapu / Berus Tandas






4. BILIK TIDUR
NO.
BARANG
KUANTITI
CATATAN
4.1
Tilam Nipis / Tebal/ Toto


4.2
Bantal


4.3
Cadar


4.4
Selimut


4.5
Langsir


4.6
Suis Extensions






5. PAKAIAN
NO.
BARANG
KUANTITI
CATATAN
5.1
Iron


5.2
Ironing Boards


5.3
Hanger Pakaian


5.4
Tempat Gantung Pakaian


5.5
Tali Ampaian


5.6
Bakul Untuk Pakaian Kotor






Senarai Asas Barang Untuk Pindah ‘Rumah Baru’

Bagi rumah yang tidak ada tile, sila la beli tikar ya.  Ukur dulu keluasan kawasan yang hendak diletakkan tikar sebelum beli.  Pastikan juga letak alas kaki yang secukupnya di kawasan pintu utama, bilik, dapur, dan tandas untuk memastikan keselesaan keluarga mengelap kaki.  Mmmmmmmmmmmmmmmmmm pasti ada yang tertanya mana senarai barang untuk kawasan ruang tamu??? Okey senarai barang bagi ruang tamu, saya letakkan di dalam SENARAI TAMBAHAN kerana kita boleh beli pelan-pelan, dan bagi saya barang tu bukannya untuk keperluan harian.

SENARAI BARANG TAMBAHAN
Ini adalah senarai barang tambahan yang boleh di beli secara pelan-pelan, ikut kemampuan. Kalau ada bajet, tak salah beli terus kan.  Kalau tidak boleh beli yang baru, ada juga kedai second hand. 

6. BARANG TAMBAHAN
NO.
BARANG
KUANTITI
CATATAN
6.1
Periuk Nasi Elektrik


6.2
Jug elektrik / Kittle Elektrik


6.3
Penapis Air Elektrik


6.4
Peti sejuk


6.5
Mesin Basuh


6.6
Mesin Pengering Pakaian


6.7
Microwave


6.8
Oven


6.9
Set Meja Makan


6.10
Katil


6.11
Rak Pakaian


6.12
Meja Solek


6.13
Air Cond


6.14
Water Heater


6.15
Television


6.16
Set Ruang Tamu


6.17
Rak Kasut


6.18
Blander


Senarai Barang Tambahan Masuk Rumah Baru

NAk jimat???? Time nak buat kenduri  atau majlis perkahwinan tu, cuba la minta hadiah periuk , set pinggan, blander, dapur,  dan sebagainya.  Nak lagi jimat, cuba la minta kat adik-beradik tu, kalau-kalau ada selimut lebih kah, pinggan lebih ka, kuali lebih ka…  Kalau rasa nak beli  barang second boleh lah cuba cari di Mudah, facebook, atau di Carousell.  Harga pun adakalanya masih boleh runding, jadi pandai-pandailah menawar ya.  Seandainya bertuah, anda mungkin mendapat barang yang baru dengan harga sangat rendah, terutamanya bila cuba tawar-menawar dengan penjual yang ingin berpindah rumah.  TETAPI, berhati-hati apabila membuat sesi jual beli online, elakkan daripada membayar deposit terlebih dahulu.  Kononnya nak book dulu la, dah bayar terus hilang. Boleh juga cuba jenguk-jenguk di Shopee, Lazada atau PrestoMall.  Sekarang ni pun banyak kedai yang menjual barangan dapur dengan harga yang berpatutan.


Pinggan, mangkuk, gelas yang family bagi 


Ni mangkuk plastik dan kaca family bagi juga



Tempat sangkut baju ni penting tau,  Tapi ni saya beli sendiri la



Ni langsir yang saya jahit sendiri guna tangan.. Cantik tak??? Mesti lah cantik sebab jahit sendiri. Set meja tu beli yang second dekat Mudah.com


Mmmmmmmmmmmm banyak lagi barang yang family bagi sebenarnya,. Malas nak ambil gambar.  Orang memberi, saya menerima.  Kan dah jimat.




Sumber: Google Image
Eco Shop

Eco shop ni menjual semua barang dengan harga RM2. Tetapi kalau nak barang macam baldi besar atau besen yang besar tu memang susah la cari dalam kedai Eco Shop ni.  Padan la dengan harga RM2 tu.  Kualiti barang pun boleh tahan juga lah.


Sumber: Google Image
Super Save

Sumber: Google Image
One Stop
Kedai Super Save dengan kedai One Stop pun boleh tahan juga barangnya. kedai ni dah wujud sejak saya di bangku sekolah lagi.  dulu memang suka lepak dalam kedai ni.  pusing-pusing dalam tu.



Ini adalah barang pindah rumah yang saya beli dari Shopee

***Dikemaskini pada 7hb April 2023. 
Saya minta maaf sekiranya saya terlepas pandang mesej yang minta senarai keperluan untuk pindah rumah baru. Terlalu banyak mesej masuk, jadi disini saya lampirkan kesemua senarai dalam PDF di bawah. Boleh muat turun untuk kegunaan anda semua. 

Sekali lagi saya minta maaf sekiranya "watermark" di dalam PDF tersebut menggangu atau menyusahkan anda. Saya tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan menjual dokumen tersebut, sedangkan saya telah memuat naik untuk orang yang memerlukan secara percuma.

****************************
Saya berharap penulisan konten  saya kali ini dapat membantu anda yang baru merancang untuk berpindah ke rumah baru.  Terima kasih kerana membaca.