Kalau nak tau lebih lanjut mengenai peraduan #InnerShineCantikSemulaJadi2019 yang lepas anda boleh klik DISINI. Kali ini saya Cuma nak bagitau yang saya happy sangat sebab dah menang peraduan tu. Nampak tak nama IG saya kat dalam gambar bawah tu, @chrissellaborneo.

Yang No.4 tu lah saya punya

Dari minggu pertama hantar penyertaan, selfie sekreatifnya. Sampai minggu ke tiga terus rasa nak meroyan sebab tak menang. Masuk minggu yang ke-4, saya nekad juga untuk submit penyertaan kat dalam IG setiap hari, sampai bos saya cakap saya paksa orang pilih saya untuk menang. Hihihihihihihi. Yelah saya tengok gambar saya kreatif tau, daripada peserta tu cuma pegang 1 botol InnerShine dan 1 pencuci muka lepastu selfie macam tu je pun boleh menang. Memang saya tak puas hati, dah tu caption pula 2/3 baris je.

Tapi pada minggu pertama tu memang salah saya sendiri sebab tak baca TAC. Last-last saya pun tiru la gaya pemenang berselfie pegang botol InnerShine. Hari-hari saya snap gambar yang sama ja, bezanya, cuma hari pertama pegang buih, hari kedua pegang pobling, hari ketiga pegang krim pelembab. Caption??? Memang hari-hari la caption saya berubah. Akhirnya saya tersenarai juga sebagai pemenang. Dah hampir penuh gambar saya kat hastag #InnerShineCantikSemulaJadi2019 minggu tu. Padan muka. Hihihihihihihi.

Okeylah, dah menang kan. Tiba masa menunggu hadiah pula. Dah sebulan tak ada respon, saya cuba mesej kat IG InnerShineClub tu, tapi tak dibalas. Tapi seminggu kemudian, abang posmen hantar hadiah InnerShine tu. Hadiah tu ada 1 kotak InnerShine Pati Prun (12 botol) dan 1 kotak lagi InnerShine Pati Beri (12 Botol).

Sekarang ni pula tengah menunggu hadiah Cash RM300 tu je. Dah cuba mesej kat IG, dan admin IG tu balas ”masih dalam proses”. Dah start cuti perayaan sekarang ni, mesti hadiah cash tu akan dapat selepas Hari Raya.

Perasaan tak puas hati tu memang la ada, lebih-lebih lagi kat FB dia dah buat contest baru, padahal hadiah untuk contest yang lama pun mereka tak setlekan lagi. Tapi pa-apa pun harap semua pemenang peraduan tu dapat la hadiah cash seperti yang telah dijanjikan tu walaupun lambat.

Pada 13 June 2019, akhirnya saya telah menerima hadiah cash dari InnerShine. Rasa happy sangat, lebih-lebih lagi Jun adalah Birthday Month saya.

Dia direct masuk akaun yang saya dah bagi tu.

********************
Sekian sahaja saya membebel pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella