PERMAINAN GENKI CLAW DI BUKIT JALIL

in , , by Chris_Sella, Januari 22, 2019

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2019, ada aktiviti yang dijalankan di Stadium Bukit Jalil, iaitu “8TV CNY Grand Bazaar”.  Bazaar ini akan berlangsung dari 13 Jan 2019 sehingga 30 Jan 2019. Disebabkan ada kawan yang bermain permainan Genki Claw ni dapat banyak anak patung. Sekali main Cuma RM1 sahaja.

Booth Genki Claw

Saya pun terpengaruhlah, kononnya nak dapat banyak anak patung time cuti Thaipusam. Lagipun rumah tak jauh dari stadium tu.  Sampai ja dekat booth Genki Claw, wow ramainya orang, Macam mana nak main ni. Nak tau koleksi anak patung yang ada, sila rujuk gambar di bawah ni. Kalau anda dapat 5 anak patung, nanti akan diberi percuma tali sling untuk gantung anak patung.


Yang tak best dekat booth Genki Claw ni, tapak booth tu adalah kayu, kalau orang lalu je dekat dengan mesin yang kita tu, mesti bergoyang la mesin tu. Yang sakit hati, bila “jari besi” tu turun nak tangkap patung, tiba-tiba mesin bergoyang sebab ada orang lalu.

Jumlah modal yang saya guna main mesin ni RM20, tapi 1 patung pun tak dapat. Sebab dari awal memang tukar Coin RM20. Mmmmmmmm. Tak pe la.

Muka kalah main Genki Claw

Keesokan harinya, terjumpa sotong cimb dekat meja office. Siapa la punya sotong ni. Siasat punya siasat, rupanya bos saya yang letak dekat situ. “You see, modal I Cuma RM3 sahaja dekat Tesco, dah dapat 1 patung, ada orang tu modal RM20 pun tak dapat kaki sotong pun. So poor, I give you this sotong la”. Cehhcehhcehh kalau transfer duit cimb click takpe juga, ni bagi sotong cimb je.

Si Sotong

Moral of the story untuk diri sendiri, lain kali jangan tukar coin banyak-banyak dulu. Kan dah membazir. Bak kata Mak “Kalau kau beli makanan kan dah kenyang”. Tapi seronok juga. Hihihihihihihi

_______________________________

Seminggu kemudian, saya pergi lagi. waktu tu orang memang dah kurang. Dannnnnn saya dapat tangkap 3 patung. 


Ni je saya dapat tangkap

Nak tahu lebih lanjut pasal Genki Claw bolehlah lawat dekat FACEBOOK dia.

SHARE 19 comments

Add your comment

  1. Untung sabut timbul. Haaa ni la namanya ada rezeki kan....mana tau main2 benda ni dapat pula patung. Saya tak terer main ni. Hehe

    BalasPadam
  2. wah banyaknya tukar coin. airah selalu main dekat arcade tu je. memang best kalau ada luck dapat patung hihi. selalu husband la yang usaha nak main jugak sampai dapat

    BalasPadam
  3. awww.. so cute and fun sure kids love it. I know my sons would repeat play and play again. Sure I wanna join in the fun too, wanna let my friends know as they stay near there.

    BalasPadam
  4. I suck at this game. Tak pernah berjaya ambil any toy.

    BalasPadam
  5. NI tak perlu nak pergi kat Bukit Jalil tu semua pasaraya rasa ada sahaja mainan yang memang memerangkap orang kita memang nampak seringgit sekali tapi belum tentu sekali akan dapat kalau nasib dapat kan heheheheheh kita serik main..

    BalasPadam
  6. Baru tahu namanya genki.. mmg fav ugaklayan main ni..kadang-kadang tak sedar dan berpuluh ringgit belanja utk ni. dapat la jugak toys kan.. even anak kecik pun suka layan..game yang mengasyik kan dan boleh lalai sekejap

    BalasPadam
  7. wah. dpt 3 ye. tahniah :)
    anak2 aida mesti nak main mesin patung ni.
    tiap kali main, tiap kali la bazir. sebab satu patung pun x dpt!
    susah. aduhai. ye ye besar besi pengaut tu. hmmmm tak berjaya pun hu hu hu...

    BalasPadam
  8. Sis kalau main tak pernah dapat..geram je dibuatnya. Memang betul jd lupa daratan sampai habis coin kalau main benda alah ni..hehehe

    BalasPadam
  9. Hahahaha...ini laah namanya rezeki....ada rezeki dpt..xde rezeki xdpt...tp xpe...janji enjoy walaupun x dpt patung tu...

    BalasPadam
  10. Last last dapat gak 3 patung. Not bad... I mmg tak reti la nak main ni. Mmg buat perabih duit je sbb mmg x pernah dapat walau sekali. Hahaha

    BalasPadam
  11. Waaa.. Akhirnya dapat juga 3 ketul tu ye. Adik kita dulu suka main yang online. Mak cakap kejap2 dia dapat anak patung comey comey macam tu orang pos.

    BalasPadam
  12. Bukan kat bukit jalil je ada kat shopping mall pun dah ada permainan genki claw ni. Hari tu anak ank main game ni phn saya tak bagi sebab bukan selalu dapat pun kan. Tapi memang seronok

    BalasPadam
  13. Ada teknik main mesin patung ni. Lagi best kl staff kt situ tlg susun tepi2 lubang tu haha

    BalasPadam
  14. Comelllllnya patung2 kat sini. Heheheh. Kalau i pun teruja nak main beria heheheheh. Banyak juga u dapat 3 dolls tu hehe

    BalasPadam
  15. wa you went to 8TV CNY Grand Bazaar. nice kan bazaar macam ini. I like to play claw machine too. but always wasted money only hahaha. a bit hard to get the toys

    BalasPadam
  16. Rawlins sejenis yang mudah putus asa bila main menatang nie. Pastu sakit hati - so penyelesaiannya - memang takkan main. Haha. Anak saudara pula memang gila main nie

    BalasPadam
  17. Hahahaha ni sejenis kegegihan apakah ni? Saya selalu cakap kat anak saya. Jangan main mesin ni, mesin penipu. Haahaha.

    BalasPadam
  18. AM penah gak main genki nie tapi xpenah dpt pun.. Jadi kalu lalu Just bagi sokongan pd org yg main even tak kenal.. Hehehe.. Jadi cam rasa seronok bila tgk org lain dpt..

    BalasPadam
  19. ohhh i was wondering what's genki claw then saw the photos only i know it's the machine thing. i never play it before but i saw many were so addicted to it!

    BalasPadam

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS