Sumber: FB HerInspirasi.com
Event kali ini saya pergi sorang je, sebab event partner tak terpilih. Lokasi untuk event ini ialah Hotel W Kuala Lumpur yang terletak dekat dengan KLCC, pada 22 June 2019. Ingatkan nak pergi awal, tapi hujan lebat sangat pagi tu. Kalau naik kereta memang jem teruk la kalau hujan. Jadi macam biasa kalau tak ada partner, saya kena lah naik train. Saya sampai sahaja dekat W Kuala Lumpur jam 9.30 am, sesi pertama telah pun tamat. Acara sebenar bermula pada jam 9.00am, tapi ramai juga yang lambat macam saya.

Pada sesi kedua iaitu dijemput dua orang wanita yang Berjaya dan cantik untuk memberi motivasi serta berkongsi pengalaman dengan peserta yang hadir.

Christy Ng, orang cantik dan periang

Didiyana Ehsan

Miss Didi memang seorang yang sangat peramah

Sesi ketiga iaitu sesi bersama seorang dokter kecantikan. Sepanjang sesi ini, saya mempelajari beberapa perkara baru untuk merawat kulit serta kebaikan vitamin C. Menurut beliau,

Pertama: “Untuk melambatkan proses penuaan, selain daripada diet yang seimbang dan bersenam, ramai yang mengambil inisiatif dengan mengambil supplement tambahan. Namun, tahukah anda hanya 1% sahaja yang akan diserap kedalam badan, secara logiknya jumlah 1% itu sangat sedikit untuk sampai ke selurh badan terutamanya ke wajah anda. Saya sarankan anda cukup hanya mengamalkan Vit.C setiap hari untuk menjadi awet muda.”

Kedua: “Guna skincare dengan cara yang betul. Contohnya krim pencerah (brightening cream) sesuai untuk kegunaan waktu malam.”

Dokter yang sangat sporting

Sesi keempat ialah sesi mengenali Clinelle WhitenUp. Setiap meja disediakan 1 set produk Clinelle WhitenUp, semua peserta bolehlah mencuba sendiri kesemua produk tersebut. (tak sempat ambil gambar, leka mencuba semua produk)

Sesi kelima iaitu sesi yang terakhir, dalam sesi ini semua peserta diberi beberapa kuntum bunga, kerana peserta diminta untuk mengubah bunga tersebut.

Sesi mengubah bunga

Jam 12 tengah hari, semuanya pun berakhir, semua peserta diminta untuk mengambil goodies beg masing-masing sebelum bersurai.

Goodies bag yang saya dapat, best dapat try sendiri produk ni

********************

Terima kasih kerana sudi singgah

Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella



Snoozed” dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai “menunda”. Oleh itu jika dalam email “snoozed” boleh difahami sebagai menunda email. Contohnya, anda telah menerima email jemputan menghadiri majlis perasmian restaurant, anda risau yang anda akan terlupa mengenai tarikh majlis perasmian tersebut, maka anda bolehlah menggunakan “snoozed” untuk memperingatkan anda. Email yang anda telah set “Snoozed” akan muncul dalam Inbox anda yang teratas pada tarikh yang anda telah tetapkan. Nak tau bagaimana menjadikan “Snoozed” sebagai pembantu anda? Sila ikuti langkah-langkah yang saya terangkan dibawah.

Langkah 1
Mula-mula sila pilih email dalam “Inbox” anda yang ingin anda “snoozed". Kemudian tekan pada “snoozed”. Kalau tak jumpa “snoozed”, sila rujuk pada gambar 2 dibawah.

 
Gambar1

Langkah 2
Setelah anda klik pada “snoozed”, anda akan nampak beberapa pilihan seperti yang ditunjukan dalam gambar 3. Sila pilih pilihan yang telah diberi, atau anda boleh tetapkan sendiri tarikh dan masa di “Pick date & time”.

Gambar 3


......TAMAT………..

Kalau anda nak semak semua email yang anda telah tetapkan sebagai “snoozed” atau Tunda, anda boleh klik pada label “Snoozed” di bahagian kiri gmail anda (rujuk gambar 4 di bawah)
 
Gambar 4

**************************
Sekian sahaja saya Tutorial Emel kali ini. Selamat mencuba.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Sumber: Feminine Webpage

Event larian Shape Your Total Up Fitness ini dianjurkan oleh Majalah Feminine bersama Clinelle BodyFitness. Antara sponsor yang terlibat dengan aktiviti ini adalah Watsons, QBdeodorant, scseven, Jasmine Food Corporation, ClinelleShapeUp, BRANDS Mind And Body, Clearblue confirmed, Karihome, dan Betadine. Lokasi untuk aktiviti ini ialah Hotel Palace of the Golden Horses.

Kesemua peserta adalah wanita iaitu seramai 200 orang. Pendaftaran seawal 6.30 pagi pada 23 March 2019. Setelah selesai pendaftaran peserta diminta untuk bersarapan terlebih dahulu sambil menukar baju yang telah diberikan oleh pihak penganjur.

Kaunter pendaftaran dibuka seawal 6.30 pagi

Baju yang disediakan untuk semua peserta

Dewan makan

Dekat Hotel ni memang banyak Arca Kuda

Sebelum berlari, sudah tentulah aktiviti memanaskan badan iaitu zumba. Kemudian barulah semua peserta diminta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Untuk menambah tenaga lagi, pihak penganjur memberi sebotol pati ayam Brands kepada semua peserta. DAN semua peserta diminta untuk menjaga sebiji telur ayam. Telur ayam tersebut perlu diserahkan semula kepada pihak penganjur  selepas tamat aktiviti larian.

Panaskan badan dengan berzumba

Adakah peserta memang perlu berlari untuk menang??? Jawapannya, “Yes”  tapi tak ada la lari pecut sampai garisan penamat. Terdapat 9 stesen yang memerlukan setiap kumpulan melakukan aktiviti yang telah ditetapkan oleh stesen tersebut. Dan peserta juga perlu mengejar masa yang ditetapkan untuk setiap stesen. Tak sempat ambil gambar untuk semua aktiviti.

Tepat jam 11 pagi, aktiviti larian pun tamat. Peserta diminta untuk kembali ke ruang dewan makan dan menjamu selera. Waktu yang dinantikan pun tiba, iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang yang berupa wang tunai dan hamper, dan ada cabutan bertuah juga.  Aktiviti terakhir sebelum bersurai, peserta diminta beratur untuk mengambil “goodies bag” masing-masing.

Sumber: Sumber: Feminine Webpage
Juara untuk acara pada hari tersebut.

That me, dapat hadiah cabutan bertuah. hihihihihi 

Sebahagian hadiah cabutan bertuah saya

Saya gembira sangat menyertai aktiviti ini, kerana saya menang cabutan bertuah. Hihihihihihi. 
 
Sebelum balik, of course "selfie" dulu

********************
Sekian sahaja diari saya pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella


Dalam Tutorial 31 yang lepas, saya ada menerangkan cara mencari email yang telah di”archive”. Pada tutorial kali ini, saya akan menjelaskan cara membawa email yang telah “archive” kembali ke dalam “Inbox” anda.

1) Mula-mula cari email yang anda dah “archive”, kalau tak tahu macam mana nak cari, sila ikut langkah-langkah dalam Tutorial 31 yang lepas.

2) Kemudian dah jumpa, sila klik email “archive” menggunakan butang kanan (right click) pada tetikus anda.

3) Seterusnya, anda akan nampak seperti yang saya tunjukkan dalam gambar 1 dibawah ini. Sila klik pada “Move to Inbox”.

Gambar 1
Setelah semua langkah-langkah di atas selesai, anda boleh pergi ke “Inbox” untuk mencari email tersebut kerana email tersebut telah masuk semula ke Inbox anda.


**************************

Sekian sahaja saya Tutorial Emel kali ini. Selamat mencuba.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS