WHATSAPP DAN MENANG BERSAMA NESTLE (Oktober 2018)

in , , by Chris_Sella, Disember 24, 2018

Pertama kali saya menang contest yang dianjurkan oleh Nestle. Contest Nestle ini berlangsung dari 1 Oktober 2018 sehingga 31 Oktober 2018.  Saya menang hadiah harian bernilai RM150. Ini bermaksud, dari 1 Oktober 2018 sehingga 31 Oktober 2018 setiap hari akan ada pemenang yang memenangi hadiah RM150.



Cara penyertaannya, saya beli 2 kon aiskrim jenama Nestle dekat BHP. Kemudian Whatsapp gambar resit aiskrim tadi beserta dengan nama penuh dan nombor MyKad. Peraduan ni hanya untuk warganegara sahaja, sebab tu perlu bagi nombor MyKad.





Hadiah utama untuk peraduan ini adalah kad petrol percuma bernilai RM5000. Tetapi hanya seorang sahaja yang akan menjadi pemenang utama.



Manakala hadiah harian pula adalah berbentuk Baucer BHPetrol bernilai RM150. Setiap hari akan ada 31 orang pemenang yang akan menerima Baucer RM150.



Saya adalah salah seorang pemenang Hadiah Harian. Semua pemenang akan dihubungi, jadi kalau ada yang call tu jangan tak angkat pula. Kalau tak, nanti hadiah tu “burn” macam tu sahaja.

Dapat panggilan dari pihak Nestle untuk whatsapp maklumat pemenang

Hadiah akan dihantar menggunakan POS. Saya punya guna "City Link"

**********************
Sekian sahaja Konten pada kali ini.
Terima kasih kerana membaca

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS