Pada konten yang lepas saya telah membuat tutorial cara membayar bil elektrik menggunakan online banking. Kali ini saya akan buat tutorial cara  nak bayar bil elektrik menggunakan Kredit kad atau debit kad. Mula-mula anda perlukah ada app “SEB cares” yang di download dari google play dan perlu register terlebih dahulu. Cara nak register dan  tambah akaun bil elektrik, boleh rujuk pada konten saya yang lepas DI SINI. Setelah register dan tambah bil elektrik pada app SEB cares, kita boleh la mula bayar bil sekarang. Pastikan anda telah sediakan siap-siap kad ATM untuk bayar bil.

STEP 1
Kalau memang sudah ada akaun, bila buka sahaja app SEB care, akan keluar seperti gambar 1. Lepas tu klik pada icon “View & Pay”. Kemudian kalau nak tahu berapa jumlah bil yang perlu dibayar, sila rujuk pada gambar 2 dibawah, dekat anak panah yang saya telah tanda “Jumlah yang perlu dibayar”. Sudah tahu harga bil bolehkah bayar. Sila klik pada icon yang saya bulatkan dalam gambar 2 “Pay Now”. Kemudian nyatakan jumlah yang hendak dibayar pada bahagian “Payment Amount(RM)” seperti dalam gambar 3. Kalau nak bayar kurang pun boleh, kalau nak bayar semua pun boleh. Seterusnya klik pada “Submit Payment”.

 
Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

STEP 2
Step 2 ini sila rujuk pada gambar 4 di bawah
1)Pilih cara pembayaran “Credit/ Debit Card”.
2)Pilih sama ada nak guna “Visa” atau “MasterCard”. Kalau tak tahu nak guna yang mana, boleh rujuk pada depan kad ATM anda. (Saya pilih “MasterCard” sebab depan kad ATM saya ada logo “MasterCard”
3)Nombor kad adda di bahagian depan kad ATM. Nombor yang panjang-panjang tu.
4)Masukkan nama penuh tuan empunya kad ATM
5)Sila rujuk tarikh luput atau Expiry kad ATM di bahagian depan kad.
6)Nombor ini ada pada bahagian belakang kad ATM. Yang 3 nombor dekat dengan tandatangan pemilik kad.
7)Akhir sekali, klik pada icon “Next

Gambar 4

STEP 3
Semak semua maklumat, kemudian klik pada icon “Submit Payment” seperti yang ditunjukan  dalam gambar 5. Kemudian akan keluar seperti gambar 7 untuk pengesahan bayaran. Tunggu SMS untuk 6 digit Kod. Dah dapat Kod, sila masukkan pada ruang yang telah disediakan. Lepas tu klik “OK

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7

Sekiranya pembayaran berjaya dilakukan, resit akan diberi seperti gambar 8. Kalau nak simpan resit tu, sila “Screenshots” resit tersebut. Resit juga akan dihantar melalui email seperti gambaar 9. Ini bermakna, anda akan dat dua resit.
 
Gaambar 8: Resit 1

Gambar 9: Resit 2


**********************
Sekian sahaja tutorial kali ini
Terima kasih kerana membaca

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS