EVENT GSC – POPCORN WALK 2018

in , , , , , by Chris_Sella, Disember 04, 2018
Popcorn Walk 2018


Aktiviti yang dianjurkan oleh pihak GSC yang bertajuk Popcorn Walk 2018. Harga tiket penyertaan adalah RM25 seorang untuk dewasa dan kanak-kanak. Sepanjang aktiviti ini, peserta akan diberi makan popcorn, jadi makan lah popcorn tu banyak-banyak ya. Air mineral pun ada disediakan. Disebabkan ramai sangat orang yang datang, jadi baju untuk dewasa tak cukup, yang banyak Cuma baju untuk kanak-kanak sahaja. Disebabkan bos saya beli 5 tiket , jadi 5 baju yang kami dapat semuanya saiz kanak-kanak. Tapi nasib baik lah saya ni slim ^_^. Muat pula baju kanak-kanak tu ya.

Ramai puteri yang datang


Inilah maskot Popcorn Walk

Pada mulanya kami berusaha untuk mendapatkan stamp untuk melayakkan menyertai lucky draw, semuanya ada 5 stamp. Tetapi disebabkan ramai sangat orang, kami cuma sempat dapatkan 1 stamp sahaja. Lepastu, kami tak nak dah kejar stamp tu, asalkan seronok bermain pun dah okey. Stamp pertama yang kami dapat adalah dengan bermain botol untuk dewasa, dan untuk kanak-kanak pula baling bola ping pong.

Permainan baling bola ping-pong untuk kanak-kanak

Wow ada bola besarlah, tapi kami tak pergi main pun sebab ramai sangat yang beratur. Kami pergi main gelongsor udara. Kanak-kanak suka la main benda ni.

Boleh masuk dalam bola  macam permainan tikus tu

Gelongsor


Permainan ni bukan kanak-kanak ja boleh main, yang dewasa tu pun menyelit nak main juga

Mmmmmmmm nak berselfie pun kena beratur panjang. Takpa lah, kami pergi main sabun ja. Taknak pergi tempat permainan yang kena beratur panjang-panjang tu.

Ini keluarga yang memang dah beratur untuk berselfie

Family berselfie dulu

Semua peserta yang datang, walaupun tak cukup kumpul semua stamp pun layak ikut lucky draw sebenernya. Yang bestnya, budak ni la dapat pingat popcorn walk.

Dapat pingat Popcorn Walk semasa hantar number untuk lucky draw

Semua pun dapat pingat walaupun baju tu tak cukup

Dah penat bermain, kami pun cepat-cepat pergi Cinema pula. Okey, sebenarnya RM25 yang dibayar tu untuk menyertai aktiviti dan dapat free tiket wayang. Tak payah beli popcorn pun sebab nanti akan berbaris di kaunter untuk dapatkan popcorn free dan air free. Bukan itu sahaja, semua peserta juga akan dapat goodies bag. Kami pilih Seat belakang, kalau baby tak selesa, senang keluar.

Seat kami disini

Sebaris kami yang punya seat ^_^


Kami awal sampai, taknak berebut masuk cinema

Masa untuk tengok wayang, syukurlah, baby tidur sepanjang tengok wayang tu. Budak lagi sorang tu pula, tak boleh duduk diam. Wahhhh semua dah kehabisan betri, hahahahahahahahaha. Tidur sepanjang perjalanan balik ke rumah
 
Sleeping time

Goodies bag yang kami dapat

Pingat Popcorn Walk



**********************
Sekian sahaja aktiviti saya bersama keluarga pada kali ini.
Terima kasih kerana membaca

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS