Untuk membayar bil ASTRO secara online, pertama sekali, patikan anda mempunyai akaun online banking. Begitu juga dengan Hong Leong Bank, anda perlu mempunyai akaun Hong Leong Connect terlebih dahulu, seterunya barulah anda dapat mengikut step yang disediakan dalam tutorial ini. 

STEP 1
Log in ke Hong Leong Connect terlebih dahulu. Kemudian scroll ke bawah bahagian “Quick Link”, seperti yang ditunjukan dalam gambar 1. Sila pilih “Pay Bill”

Gambar 1


STEP 2
Setelah itu, sila cari “ASTRO” seperti yang ditunjukan dalam gambar 2. Sekiranya dah jumpa, sila klik pada perkataan “Pay” seperti yang telah dibulatkan dengan warna merah dalam gambar 2.


Gambar 2


STEP 3
Sila rujuk pada gambar 3 di bawah
1)Sila masukan nombor akaun ASTRO anda atau nombor yang ada pada SIM Kad ASTRO anda
2)Sila isi sekiranya ada, kalau tidak ada, kosongkan sahaja bahagian ini
3)Jumlah Bil ASTRO yang sepatutnya dibayar
4)Sila klik pada petak di bahagian ini
5)Akhir sekali klik “Next”

Gambar 3


STEP 5
Sila semak semua maklumat, terutamanya Nombor Astro, barulah anda masukkan 6 digit kod yang telah di SMS ke telefon anda untuk pengesahan.

Gambar 4


Setelah semuanya selesai, sila "Print" atau “Screenshot” sebagai bukti pembayaran. Sekiranya perkhidmatan Astro anda telah disekat sebelum anda membuat pembayaran, sila tunggu beberapa jam untuk siaran ASTRO disambung semula.

**********************
Sekian sahaja tutorial kali ini
Terima kasih kerana membaca


SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS