Tutorial “scan” Part 2 sama sahaja cara setting skrin Ricoh Printer dengan Tutorial Part 1 yang lepas. Cuma bezanya dalam tutorial Part 2 ini akan ditujukan cara “scan” menggunakan kaca skrin yang dekat bawah. Sila rujuk pada gambar yang telah disediakan bersama langkah-langkahnya sekali.

Icon scanner pada skrin printer

Pilih folder anda sendiri

Mula-mula tekan atau klik pada butang “Scanner”.  
Kemudian sila pilih “Folder” atau “Storage” yang akan menyimpan dokumen yang telah discan (sila rujuk pada gambar diatas). Printer saya Cuma ada 1 “storage” sahaja, kalau di pejabat lain mungkin ada banyak senarai “storage”. Oleh itu pastikan anda tahu dokumen yang anda scan akan disimpan dalam “storage” atau “Folder” yang mana satu.

Cara setting skrin diatas sama dengan tutorial part 1. Sekarang pergi kepada cara nak scan menggunakan kaca skrin scanner. Kalau ada “paper klip” atau steples yang tak dibuka pun tak mengapa. Cara letak kertas atau dokumen, sila rujuk pada gambar dibawah.

Letak dokumen anda pada kaca scanner

•Sila letakan kertas atau dokumen dengan kemas pada skrin scanner
Tutup skrin



Tekan butang “start”, sesi “scan” akan berjalan,
•Setelah selesai “scan” satu muka surat, sila ulang semula ketiga-tiga langkah diatas untuk scan dokumen yang seterusnya.
Kalau ada dokumen yang tertinggal atau tersalah “scan” dan nak “stop” scanner. Sila tekan butang “Stop” seperti yang dibulatkan dengan warna kuning dalam gambar di atas. Kemudian klik “Cancel Scanning” yang akan tertera pada skrin printer. Untuk scan semula, sila ikut kesemua langkah-langkah diatas dari awal.
Kemudian, sila tekan butang “#” sebagai tanda semua dokumen telah selesai di “scan”, dan akan disimpan didalam “folder” scanner computer anda.

Note: Sekiranya anda scan menggunakan tray atas seperti dalam tutorial Part 1, anda tidak perlu menekan butang "#" kerana kesemua dokumen akan disimpan secara automatik ke dalam "folder" komputer anda. Manakala dalam tutorial Part 2 ini "#" digunakan sebagai tanda semua dokumen telah selesai di scan, setelah anda menekan butang "#", barulah dokumen tadi akan disimpan kedalam "folder" komputer anda.

   
**********************
Sekian sahaja Tutorial cara menggunakan scanner pada kali ini.
Terima kasih kerana membaca

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS