Dah selesai menjawab ujian online, dan dah pun lulus ujian online. Sekarang tiba masanya untuk sesi penilaian pula. Kesemua calon yang layak akan dijemput hadir ke sesi penilaian ini. Tapi sesi penilaian tak macam ujian online haritu yang dijalankan serentak untuk semua calon. Penilaian akan dijalankan dalam beberapa hari, nasiblah kalau yang bekerja tu dapat sesi penilaian pada hari bekerja. Saya untung sebab dapat hari Ahad (16-12-2018) jadi tak payah minta cuti. Terus beli tiket bilun return KL-SBW, nasib murahhhhhh.

Ni lah email yang saya dapat tu

Ni yang saya check dekat web rasmi e-recruitment

Sebenarnya kawan saya dah hadir sesi penilaian tu sehari sebelum saya, dia bagitau cuma bawa badan dan IC dan handphone ja dengan pakaian yang disarankan dekat email tu. Nanti dekat pusat penilaian tu, air mineral memang sentiasa ada disediakan, makan semua cukup, dan handphone pula akan diserahkan kepada orang yang bertugas pada hari tersebut.

Saya menginap dekat hotel yang berdekatan dengan Kolej Laila Taib Sibu, supaya tak kelam kabut sangat. Pakaian??? Saya cuma pakai seluar track hitam, baju T-shirt (warna pink gelap pula tu, tu je yang nampak macam baju baru) lengan pendek berkolar, dan kasut sukan (pink hitam), memang orang panggil saya black pink la haritu. Awal pagi dah pergi ke Pusat Penilaian (Kolej Laila Taib Sibu), dengan tak sarapan, sebab saya ni ada penyakit tak boleh makan awal pagi. Nanti mulalah nak ke tandas ja. Jadi lebih baik jangan makan terlalu awal, sebab sarapan pun akan disediakan nanti.

PENDAFTARAN
Saya antara yang terawal sampai, dapat nombor giliran (untuk lekat dekat baju) pun  number 6 kalau tak silap. Memang saja nak datang awal, sebab saya memang selalu bersemangat “Awal”, pergi mana pun nak jadi yang terawal atau pertama. Lepas tu terus masuk dewan kuliah untuk menunggu calon lain selesai mendaftar. Sepanjang hari tu la saya akan dipanggil sebagai “Candidate no.6” orang tak akan panggil nama. Setelah selesai sesi pendaftaran, acara dimulakan dengan taklimat. Seramai lebih kurang 120 orang peserta yang hadir, tu pun ada peserta yang tak hadir.

Pegawai yang memberi taklimat tu cakap, hanya mereka yang mempunyai CGPA 3.0 ke atas sahaja yang layak menduduki ujian online haritu. Kalau anda terpilih tetapi CGPA kurang dari 3.0 , ini kerana pengalaman kerja yang mereka ada (salah seorangnya, saya lah hihihihihi, apa nak malu mengaku memang saya tak bijak dari segi akademik, saya percaya Tuhan cipta saya dengan kelebihan dan kebijaksaan yang lain. Dan saya syukur sebab saya tak dengar pun orang kutuk  termasuk lecturer saya cakap Final Year Project saya adlah sampah dan dia gagalkan saya. Dan akhirnya saya berusaha untuk dapat kerja dan boss bagi saya handle projek 4 million, 6 million. Cehhhhhhh. Syukur rezeki saya)

okey kita sambung cerita.

PENILAIAN 1 (ASSESSMENT 1) – PENULISAN ESEI
Disini, semua peserta akan diberi 2 keping kertas soalan dan 2 keping kertas untuk jawapan. Esei yang akan ditulis adalah esei Bahasa Melayu dan Esei Bahasa Inggeris. Panjang esei adalah 100 patah perkataan sahaja.

Soalan esei, peserta dikehendaki memilih satu soalan Bahasa Melayu dan satu soalan untuk Bahasa Inggeris. Memang lah arahan suruh pilih salah satu soalan tapi soalan pun hanya satu sahaja, jadi nak  tak nak memang kena jawab juga walaupun soalan susah. Lepas tu, jangan pandai-pandai nak tulis jawapan lebih dari 100 patah perkataan, sebab penilai hanya akan baca sampai 100 patah perkataan sahaya, selebihnya tak akan disemak.

Soalan Bahasa Melayu saya dapat, “tentang baja organik”, Bahasa Inggris pula “tentang gula / diabetes”, saya pun lupa dah. Tapi soalan yang diberikan tu tak adalah susah tahap SPM. Cuma kena jaga tulisan, susunan tatabahasa dan ayat kenalah cantik. Sebab nak mengayat pembaca kan. Hihihihihihihi.

*****************
Okeylah, selesai sahaja sesi penulisan esei. Semua peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan A dan B. Disebabkan saya antara peserta yang terawal, jadi saya masuk kumpulan 1A. Ambik kau, nasib nombor kat baju tu nombor 6. Kumpulan saya ada 10 orang tapi saya perasan ada nombor yang hilang, mungkin tak hadir kot. Semua kumpulan A dah siap berbaris, kemudian, petugas akan memberi setiap peserta 1 plastik untuk menyimpan handphone masing-masing (sila off ye sebelum simpan) dan diletak dalam bakul kumpulan. Nanti senang nak ambil sebab ikut kumpulan kan.


PENILAIAN 2 (ASSESSMENT 2) – SURVIVAL & TEAMWORK
Kumpulan saya yang 10 orang ni bermula dengan bilik ujian Survival dan teamwork. Kumpulan lain pula pergi bilik assessment lain dulu untuk ujian yang lain. Okey, semua peserta diminta untuk duduk di meja masing-masing. Meja tu dah berdindingkan dengan papan nipis, jadi kawan sebelah tak nampak pun apa kita buat dekat sebelah. Semua peserta duduk menghadap pegawai yang akan menilai. Atas meja ada makanan. Maksudnya, sarapan dulu lah hahahahah. Pagi tu kami berserapan dengan bihun goreng dan air kotak bunga. Diberi beberapa minit untuk sarapan. Dah lah sejuk gila bilik tu, bergegar sambil makan. Mesti Pegawai kat depan tu nampak kaki saya yang bergegar.

SURVIVAL
Saya pun lupa apa nama game ni. Atas meja tu ada disediakan dengan sejumlah chopsticks bamboo yang dah diikat dengan getah sayur  dan 1 pack tanah liat polimer. Kertas soalan pula memang dah ditampal siap-siap dekat papan nipis yang menjadi pemisah antara saya dan calon lain.

Soalan pertama: Anda diberi berapa minit untuk membahagikan tanah liat polimer tu kepada beberapa bahagian. Lupa la pula bahagikan kepada berapa ketul. Kemudian peserta perlu berhenti bila wisel dibunyikan. Wahhhh nervous tau, dengan sejuk nya aircond dalam bilik tu, bergegar lutut ni. (Yes berjaya dengan yakinnya).

Soalan kedua: Anda diberikan beberapa minit untuk membahagikan chopsticks kepada 3 bahagian. Setiap bahagian tu mempunyai bilangan chopsticks yang berbeza ya, jadi dengar arahan dengan baik kalau lupa baca balik soalan tu. Wisel berhenti pun dibunyikan (Yes berjaya juga)

Soalan ketiga: Anda diminta menggunakan chopsticks dan tanah liat polimer (ni sebagai gam la supaya tak berterabur) yang anda telah bahagikan tadi membentuk segi tiga. Semuanya ada tiga jenis segi tiga. Bentuk pertama guna 6 chopsticks untuk membentuk 4 segi tiga sama sisi. Mmmmm tapi saya lupa pula soalan untuk bentuk kedua dan ketiga. Rasanya, soalan yang ke dua tu, guna 12 batang chopsticks untuk membentuk 6 segi tiga sama sisi. Dan yang ke tiga tu rasanya, guna 6 chopsticks untuk membentuk 4 segi tiga sama sisi yang berbeza dari soalan pertama. Yang saya tau bunyi wisel, semua kena angkat tangan dan berhenti. Saya berjaya buat 2 bentuk ja, bentuk yang lagi satu tu tak sempat habis. Pegawai tu cakap dia nampak bentuk yang ketiga saya tu, cuma sayang tak sempat siapkan, tinggal pasang 2 chopstick ja lagi. Nak tau jawapannya? cepat google okey, tak pun DM saya je. hihihihihihihi.


**update: disebabkan ramai yang DM saya di FB/ IG/ Whatsapp, jadi saya pinjam chopstick kat pantry office. Jawapan saya boleh rujuk gambar di bawah. Kalau korang ada jawapan sendiri, itu lagi bagus.

Guna 6 chopsticks untuk membentuk 4 segi tiga sama sisi

Guna 12 batang chopsticks untuk membentuk 6 segi tiga sama sisi

Guna 6 chopsticks untuk membentuk 4 segi tiga sama sisi yang berbeza dari soalan pertama



Tapi antara semua peserta, saya rasa saya sahaja yang hampir berjaya habiskan ketiga-tiga bentuk tu, ada peserta yang langsung tak Berjaya buat walaupun bentuk yang pertama. (Kiranya saya berjaya la kan, hahahaha), markah pertama saya kena potong sikit sebab tak berjaya selesaikan misi.



TEAMWORK
Game ni memerlukan semangat berpasukan. Setiap peserta hanya diberikan 2 keping kertas A4, 2 keping papan yang berat ntah berapa kg lupa pula. Tapi saya sorang memang tak terangkat la papan yang berat tu.

Soalannya bina jambatan menggunakan barang yang telah diberikan. Kemudian jambatan tersebut mampu menampung semua ahli selama beberapa saat. Ketinggian jambatan hendaklah berapa inci tu lupa dah.hihihihihi. Masa beberapa minit diberikan, masa tamat maka wisel pun dibunyikan.

Okey disini apa yang penting?? Kerjasama. Hahahahaha , tu betullah penting. Tapi pada 5 minit pertama tu kumpulan saya diam tak ada komunikasi langsung, jadi masalah nya tak akan selesai. (sebenarnya saya tahu macam mana nak bina jambatan tu, sebab dulu pernah buat cuma bukan guna papan. Tapi takkan lah depan pegawai tu saya nak cakap saya pernah buat ni.. Jadi saya mulakan komunikasi, yang lain mungkin malu kot. Saya guna BM + BI. Dan hubungan komunikasi di peringkat awal itu berhasil. Akhirnya kami berjaya mendirikan jambatan yang kukuh.

Macam mana kami bina jambatan??? Saya cadangkan kami gulung semua kertas A4 yang dah siap diukur mengikut ketinggian yang telah ditetapkan (berapa inci macam dalam soalan tu) untuk dijadikan sebagai tiang jambatan. Gabungkan beberapa “tiang” dan letakkan di setiap sudut (kami letak 3 sudut  kanan 3 sudut kiri) dan baki “tiang” letak di tengah-tengah. Hasilnya jambatan yang kukuh.

Jambatan dah kukuh dah, cuma kami salah strategi naik jambatan. Cuba baca betul-betul soalan “… yang mampu menampung semua ahli…” dia tak cakap pun wajib semua berdiri sekali atas jambatan tu.  Kalau secara logiknya jambatan digunakan untuk ke “seberang” sungai, kalau jambatan kecik mestilah sorang-sorang lalu, sebab kalau naik ramai-ramai takut jatuh ke sungai.

Faham tak cara naik jambatan yang kami bina ni? Maksudnya, kena naik sorang, lepas tu sorang lalu kat jambatan tu sampailah semua ahli Berjaya ke seberang tanpa meruntuh jambatan tersebut.

Tapi tulah disebabkan kami tinggal beberapa minit je lagi untuk mencuba jambatan yang dah siap dibina. Tak terfikir pula cara tu. Kami naik ramai-ramai, cukup muat 6 orang ja, jambatan pun runtuh. Masa terus tamat. Tapi jambatan kami memang teguh tau sebab mampu tampung berat 6 orang, badan yang besar-besar pula tu.

Moral yang kami dapat, jangan membazir masa pada minit yang pertama. Yelah berkenalan hai-hai pun tak, tiba-tiba terus diberi arahan bina jambatan, tapi, kumpulan saya memang terbaik, tak gaduh pun. Walaupun gagal kami senyum dan gelak ramai-ramai time jatuh tu. 

**Belajarlah memberi pendapat dan jangan terasa kalau orang reject pndapat kita. Belajar juga menerima pendapat orang lain, mana tau gabungan pendapat korang semua akan menjadi lebih hebat.


PENILAIAN 3 (ASSESSMENT 3) – ORAL SPEAKING
Bilik tu pun dah tulis besar-besar perkataan ORAL SPEAKING, maksudnya kena speaking English okey. Kami duduk dalam bilik mengikut nombor baju masing-masing. Dua orang pertama akan diberi kertas soalan dan kertas kosong dan pensil, setelah masa tamat, petugas yang menjaga kami akan mengambil kertas soalan dan nota yang ditulis tadi. Kemudian dua orang peserta tersebut, diminta duduk di luar menunggu untuk dipanggil masuk ke bilik sebelah.

Hanya seorang peserta sahaja yang dibenarkan masuk bilik penilaian oral speaking pada satu masa. Ppeserta diberi masa 10 minit untuk membentangkan tajuk yang dipilih tadi.

Alamak semua yang masuk bilik tu tak sampai pun 5 minit dah keluar, saya rasa macam nak pengsan ja, petugas tu pun perasan saya ni gementar, dia siap urut-urut bahu saya dan suruh saya tarik nafas. Hahahahaha punyalah takut nak speaking. Padahal kerja pun speaking juga. Tapi yalah kerja tu speaking sembang ja, ni nak huraikan karangan macam peperiksaan oral SPM dulu tu, tekanan otak saya ni nak berfikir balik. Lepas tu peserta yang dah selesai siap cakap pegawai tu ngantok dengar dia speaking. Ada yang buat muka boring ja.

Soalan Oral Speaking: Soalan dia tak adalah susah sangat sebenarnya. Ada 20 pilihan soalan. Tapi kalau ke semua  soalan, satu pun tak boleh pilih, korang ceritalah apa yang korang nak cerita. Yang penting bercakap.

Saya pilih soalan, “The importance of high level education”. Giliran saya pun sampai, petugas tu siap tepuk belakang saya lagi, hihhihihi. Dia cakap kalau kau pengsan, siap kau ya, nafas tu jaga. Hahahahaha. Okey saya ketuk pintu, berdiri depan pegawai. Jarak tu saya agak dalam 2 meter kot dari tempat duduk pegawai tu. Dalam tu ada dua orang pegawai, seorang lelaki dan seorang laki perempuan Muslim (sebab dia pakai tudung).

“You can start now”. Saya ucapkan selamat dan memperkenalkan diri (bukan sebut nama ya, sebut nombor yang lekat dekat baju tu). Siap selamba ja “I’m not very good in speaking, but I will try my best…” sepanjang speaking tu saya memang kena senyum ja, tangan tu kontrol sikit, nanti terbang pula.  Nak tau apa yang terjadi, pegawai suka dengan huraian yang saya buat. Siap doarang tanya soalan lagi, haaaa tambah lama la masa saya speaking (boleh capai target 10minit ni). Last sekali saya cakap “that all, thank you’, dorang pun cakap “haaahhhh are you done???” (Saya rasa saya dapat markah okey dekat sini)

Moral dekat sini: Cakap dengan yakin, dan senyum walaupun rasa takut. Pilih topik yang kita tahu dan sekurang-kurangnya dapat huraikan 5 isi. Bajet la 1 isi 2 minit untuk bercakap. Sebelum datang ke sesi penilaian ni pun, saya memang ada baca tiga artikel. Baca bukan sebab nak hafal tapi nak tengok penggunaan grammar dia ja, lagipun dah lebih 5 tahun kot saya tamat pengajian. TETAPI jangan risau sebab pegawai bukan cikgu bahasa English yang nak komen grammar kita. mereka cuma nak tengok cara kita berkomunikasi tu sampai ke tidak. Atau orang tak faham langsung apa yang kita sampaikan. Grammar saya pun bukan nya elok sangat. "was" ketasik "were" kelaut". Jangan guna ayat yang terlalu panjang untuk mengelakkan banyak kesalahan grammar.

*****************
Kesemua peserta dalam kumpulan saya dah selesai Oral Speaking, waktu pun dah tengah hari, jadi kiranya masa makan tengah hari la. Semua makanan untuk tengah hari memang dah tersedia dalam bilik tu. Lepas makan, kami rehat sementara menunggu untuk ke sesi penilaian lain. Rehat la dalam kumpulan, nak tidur pun boleh. Memang takda can nak jumpa kumpulan lain la. Kalau terjumpa pun tu waktu berselisih sebab nak tukar bilik penilaian ja.

PENILAIAN 4 (ASSESSMENT 4) – MEETING ROOM
Sesuai dengan nama bilik tu. Kami duduk dekat meja bentuk bujur la senang cerita. Sesi ni lebih kurang macam kita ambil subjek MUET dulu, bahasa pun bahasa orang putih. Mula-mula bercakap seorang demi seorang. Kemudian barulah bahas beramai-ramai macam meeting.

Soalan: semua peserta diberi sekeping soalan dan sekeping kertas A4 dengan pensil untuk buat nota. Soalan tu ada gambar seorang Presiden, Petani Tua, Askar yang tiada kaki, Nurse, budak Universiti, dan ada beberapa orang lagi yang saya lupa. Soalan tu suruh kita pilih beberapa orang yang muat-muat dalam bot tu untuk tinggalkan pulau, jadi siapakah yang anda akan pilih.

Seorang peserta hanya diberi masa 2 minit sahaja untuk mengulas jawapan, dan loceng akan dibunyikan sekiranya masa telah tamat. Ni saya terlebih masa, banyak sangat nak bercakap kan. Peserta perlu menjawab 2 soalan, iaitu siapa yang anda rasa patut stay dan siapa yang seharusnya pergi.

Manakala tak sampai 10 minit kalau tak silap untuk perbincangan dalam kumpulan. Soalan untuk kumpulan adalah sama macam soalan individu tadi, siapa yang perlu tinggal di pulau dan siapa yang perlu meninggalkan pulau. Okey belajar dari kesilapan pada sesi buat jambatan tadi, saya dengan rela  menjadi pengerusi mesyuarat, dan perbincangan kami sangat berjaya walaupun kesuntukan masa. Syukur sebab ahli kumpulan saya memang mempunyai semangat berkumpulan dan cepat tangkap apa ahli lain cakap. Mungkin disebabkan saya yang memulakan mesyuarat jadi pegawai minta saya yang buat keputusan penutupan mesyuarat. (saya selalu ikut mesyuarat dekat pejabat jadi rasa lebih kurang sama ja caranya, cuma tak adalah sampai perlu buat kata-kata penutupan).

Moral: Jangan takut untuk memulakan sesuatu perbicaraan, mungkin itu adalah satu kelebihan supaya anda nampak lebih menonjol. Senyum itu penting. Jangan membazir masa untuk menunggu siapa yang patut mula bercakap terlebih dahulu. Cara saya memulakan mesyuarat “Hello all candidate, okey the 1st thing that we should do is we must choose …... I suggest the army…… so any objection or any idea please? How about your idea candidate no.10 or candidate no.3?” kan senang. Masa tu lah semua akan memberi idea masing-masing, sebagai pengerusi pula perlu peka dengan apa yang ahli cakap sebab memang sepatutnya yang buat conclusion tu pengerusi. TETAPI ingat jangan over sangat ye beri peluang untuk ke semua ahli kumpulan untuk bercakap kerana ia mengambarkan anda boleh membina hubungan yang baik dengan "staf" anda di pejabat.

PENILAIAN 5 (ASSESSMENT 5) – UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
Wahhhh terasa macam baru lepas habis kelas sekolah menengah, sekarang waktu pendidikan jasmani. Hihihihihihi. Ini adalah penilaian terakhir untuk kami semua. Mula-mula pegawai akan tanya ada yang sakit atau mengandung atau baru lepas bersalin atau pernah patah tulang? Baik mengaku awal-awal ya. sebab memang ada yang mengandung tau. Semua yang ada masalah tersebut, dikecualikan daripada membuat ujian fizikal ini. Jangan risau sebab ibu mengandung akan diluluskan untuk ujian kecergasan fizikal ni.

Antara ujian fizikal yang kami lakukan adalah larian ulang alik, lompat jauh, bangkit tubi, tekan tubi, dan jangkauan melunjur. Dalam ujian ni pun kalau boleh saling membantu untuk meluluskan pasangan masing-masing, sebab memang akan dijalankan secara berpasangan. Kalau seorang buat ujian, seorang pula tolong kira.

Apa-apa pun sila buat mengikut kemampuan diri sendiri sebab kecederaan mungkin boleh berlaku sekiranya terlalu memaksa diri.

TAMAT
Akhirnya selesai kesemua penilaian. Semua diminta berkumpul semula di bilik kuliah yang mula-mula kami buat ujian bertulis pagi tadi. Setelah selesai sesi taklimat semua, kemudian ambil handphone masing-masing dan scan QR yang diberi untuk membuat penilaian mengenai apa yang kami telah lalui sepanjang hari. Sebelum balik, kami mengambil gambar kenangan bersama ahli kumpulan. Harap mereka tak marah saya simpan kenangan disini. Terpilih atau tidak ke peringkat seterusnya, itu rezeki masing-masing. Yang penting pengalaman sebagai kenangan seumur hidup. So mana tau anak cucu cicit kami terjumpa gambar dalam blog ni. "haaaahhhh baru kau tau sana, nenek kau dulu pernah kurus dan beauty with brain juga tau, siap terpilih pergi penilaian untuk masuk kerja government lagi". 

Selfie time, walaupun baru kenal tetapi kami tetap mesra. Inilah wajah-wajah Sarawakian.

Setelah pulangkan semua hak milik kerajaan, hahahaha, nombor yang ada kat baju tu pun kena pulangkan tau. Cuma bawa balik makanan kuih-kuih untuk minum petang tu ja. Kemudian satu persatu kumpulan akan dipanggil untuk mengambil bakul bag. Syukurlah Sibu dah ada Grab Car, saya book Grab Car tu terus ke hotel sebab bos dah siap check out. Saya pun cakap dekat pemandu grab yang saya nak ke airport, jadi kami naik grab car yang sama direct terus ke airport Sibu. Nak cepat balik sebab esok kan nak kerja lagi, taknak lah kena potong gaji. Budak dekat opis pun ada tanya pasal keputusan penilaian tu. Saya cakap “saya tak pernah gagal separuh jalan punya, kalau gagal pun time tu dah level terakhir tau”, siapa tanya pun saya akan jawab “ni anak Papa saya laa mesti lulus punya”.

KESIMPULANNYA
Cuba untuk aktif supaya anda lebih menonjol (tapi bukan over sampai orang rasa nak sepak ja budak ni). Jangan rasa malu sebab kalau anda rasa malu nanti semua akan menjadi serba tak kena. Lagipun semua yang hadir ke sesi penilaian tak kenal antara satu sama lain, jadi cubalah yang terbaik untuk banyak berkomunikasi antara ahli kumpulan. Ingat bahawa tujuan anda hadir ke sesi penilaian adalah sama dengan tujuan peserta lain iaitu ingin lulus dan mara ke pusingan seterusnya. Lagipun setelah tamat sesi penilaian, anda tidak akan berjumpa lagi dengan peserta lain (kalau anda tak minta number atau facebook bagai lah). Oleh itu JANGAN MALU dan BANYAK BERKOMUNIKASI (tapi jangan over la ye). Pegawai penilaian tu manusia juga, kalau kita terover pun diorang rasa menyampah.

KEPUTUSAN
Disebabkan kesibukan bekerja ditambah lagi musim Tahun Baru Cina, angpaw besar maaaa,  saya pun dah lupa pasal Sesi Penilaian yang saya buat aritu. Pada suatu hari saya dapat email yang menyatakan saya berjaya ke pusingan seterusnya (tulah kecoh sangat dulu “yakin lulus punya”, ambik kau masin mulut) Haaaahhhh macam game mencari harta karun pula, banyak level kena pergi.

Inilah keputusan Penilaian saya tu.

Sebenarnya time dapat email “dijemput ke Sesi Temuduga” hati saya dah 50/50 nak pergi ni. Bukan rasa tak yakin, tapi rasa ada sesuatu beban tarik saya dari belakang. Kerja yang sekarang ni pun dah cukup baik. Gaji tu tak payah cakap lah, dah lama saya bertahan sampai gaji banyak ni. Siap fikir lagi kalau saya lulus temuduga nanti mesti kena mula dengan gaji macam saya baru mula kerja dulu. Ohhh tidak , macam mana dengan blog diari saya, contest dan event kegemaran saya, no more shopping for Year End Sale huhuhuhu  (orang tua memang banyak fikir, jadi layan je la perasaan ni). 

Kalau nak tau pengalaman saya pergi temuduga tu, nanti saya cerita ya. Saya berharap pengalaman saya ini dapat membantu anda menggambarkan serba sedikit mengenai sesi penilaian e-recruitment. Semoga berjaya bagi yang bakal menjalani sesi penilaian.

  

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella



SHARE 28 comments

Add your comment

  1. tahniah sis.. mcm mana pengalaman temuduga sis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana singah di diari saya, saya akan cuba ushakan untuk mengarang pengalaman interview sy y indah nanti. sebab ramai yang DM kt FB, ada y Whatsapp sebab nak tau mengenai interview tu.

      Padam
  2. tahniah.. rasa bersemangat juga bila baca pengalaman sis. kalau boleh nak dengar juga pengalaman semasa interview.thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya selalu juga nak cerita pengalaman indah tu dalam diari ni. nanti saya cuba k. Seronok tau g interview. Try your best for your future. Good luck dear.

      Padam
  3. Hi sis.. Apa tajuk2 public speaking yg sis sempat tgk masa tu? Ingat lg x? X blh prepare sendiri ke tajuk yg kta nak speech tu sis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang saya ingat, saya taip BM k. soalan dia lebih kurang macam ni. General question je
      1) kepentingan pengajian tinggi
      2) kebaikan / kepentingan Pembangunan infrastruktur.
      3) Kebaikan / kepentngan pertanian organik
      4) Diabetes
      5) Denggi
      6) Pengangkutan Awam

      total2 semua ada 20 tajuk. TETAPI, kalau dah rasa bengong sangat & gugup, lain di tulis lain yang diucapkan.

      TIPS: Stop thinking about what you doing now.
      Please la cakap je apa2 yang korang suka selama 5/10 minit
      Nak lagi senang please la buat research about YOURSELF. nanti boleh cerita pasal diri sendiri.

      Paling teruk pun prepare 1 tajuk untuk diri sendiri. sebab pegawai penilaian tu tak kejam, dorang bagi peluang untuk kita buat tajuk sendiri.

      Be confident & keep smile. Good Luck Dear

      Padam
  4. Hai ss...boleh tak share jawapan yang bahagian survival chopstick dengan tanah liat?

    BalasPadam
  5. Hai ss. Boleh x kongsi yg part chopstik tu

    BalasPadam
  6. Wow.. Hebat sis.. Tq for your experience sharing

    BalasPadam
  7. Maaf kalau ada persoalan yang saya tak sempat jawab atau balas. kalau yang bab chopstik tu, korang boleh cari di google image. contohnya korang cari "12 sticks for 6 triangle". Semoga berjaya semua

    BalasPadam
  8. Hai sis, nak tanya waktu exam online tu maknanya kita boleh pilih nak pukul berapa la kan? Asalkan jangan lebih dari pukul 5 ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun dapat exam online tu yg 6 Oktober ni

      Padam
    2. Yes, kita boleh pilih dari jam 8 sampai jam 5. tapi jangan jawap jam 5 pula.

      Padam
  9. Rinduuuu zaman ni. Betul kata orang, usaha takkan pernah mengkhianati kita. Keep everything up my teammates. From: Siti Nurafiqah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenangan adalah untuk dicipta, so bila teringat balik pasti ada manisnya.
      yes betul tu, usaha, usaha, usaha. yang selebihnya itu kerja Tuhan.
      Gagal atau lulus pasti ada hikmah nya.

      Padam
  10. berapa lama nak tunggu keputusan exam tu?

    BalasPadam
  11. hi sis, saya nak tanya, saya lulus dalam ujian online haritu sis rasa berapa lama dia akan panggil temuduga??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf terlambat, kalau dah lulus exam online tu, kita tunggu je email untuk Penilaian pula. Berapa lama nak tunggu tu bergantung pada schedule yang telah ditetapkan tapi tak pernah lagi lebih dari 2 bulan untuk tunggu email seterusnya.

      Padam
  12. hello sis. saya baru terima temuduga minggu depan. aktiviti ptama kmi text,number,visual.. apa bah aktiviti tu sis...blur saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bole share pengalaman sis... Text tu mcm mna? Number n visual jg... Ada bwa laptop x

      Padam
    2. maaf Miss, saya belum pernah lagi temuduga macam tu. last saya temuduga sebelum covid. Saya joint temuduga fizikal.

      Padam
  13. hello sis, nak tanya. macam mana ayat nak buat conclusion kat meeting room tu.. kalau sis boleh terangkan sikit, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome dear. Sorry lambat
      Ayat dia buat sesimple yang mungkin untuk 30 saat yang terakhir. Tak perlu ayat berbunga macam exam SPM. Yang penting isi penting dapat disampaikan

      Contoh saja ini aaaaaa

      "If no more objection. Now I will make the conclusion that we all agreed that..........because......."

      Padam
  14. Mcm mana gambaran untk aktiviti text, number and visual ya..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry dear, terlambat saya reply. Apa apa pun taniah dapat panggilan seterusnya.
      Sorry sekali lagi, saya tak ada pengalaman untuk joint penilaian yang terbaru ni. Seperti yang saya tahu perlu bawa labttop sendiri lah

      Padam
  15. hi sis. nak tanya berkaitan pemakaian . jika mereka menyatakn Please wear smart and professional attire tu. pakai baju kurung pun bole kan sis .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi dear, ya kalau nak selamat, pakai baju kurung saja. Bagi yang tiada baju kurung tu, pakailah formal.

      Padam

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS