Sebenarnya cara ini digunakan untuk membahagikan kertas A4 atau A3 menjadi 8 bahagian. Walaupun anda Cuma photostat sekeping kertas atau satu muka
surat sahaja, mesin photostat tetap akan secara automatik membahagikan A4 atau A3 tersebut menjadi 8 bahagian. Hasilnya nanti akan jadi kecil la dari saiz
original.
Gambar 1 |
Mula-mula letakan kertas di atas stray seperti yang
ditunjukan dalam gambar 1 di atas. Atau boleh guna screen untuk scan tu kalau
nak photostat buku.
PENERANGAN GAMBAR 2
a) Pilih size kertas, sama ada nak guna Tray 1,
Tray 2, atau Tray Bypass.
b) Pilih sama ada nak ada warna atau nak hitam
putih sahaja. Kalau muka surat atau kertas yang hendak diphotostat tu
bercampur, ada yang berwarna dan ada yang tidak ada warna, saya nasihatkan
untuk pilih “Auto Color Select”.
c) Kemudian tetapkan berapa set yang anda hendak photostat.
d) Pilih “full Size”
e) Klik icon
“Dup./Combine/Series”
Gambar 2 |
PENERANGAN GAMBAR 3
1) Ada 5 pilihan, sila pilih icon “Combine”
2) Kalau original kertas tu cuma ada muka surat
depan sahaja, sila pilih “1 Sided”. Tetapi kalau ada muka surat depan dan
belakang kertas, sila pilih “2 Sided”.
3) Bahagian ini adalah pilihan untuk hasil photostat,
sama ada nak muka surat depan sahaja (Combine 1 Side) atau nak menjadi muka
surat depan dan belakang (Combine 2 Side)** kalau pilih “Combine 2 Side” anda
akan dapati 8 bahagian di depan dan 8 bahagian lagi di belakang, kesemuanya
menjadi 16 bahagian (depan & belakang)
4) Pilih “8
Originals”. Sekiranya di bahagian 3 tadi anda pilih “Combine 2 Sided”, maka
di bahagian 4 ini anda perlu pilih “16
Original”
Gambar 3 |
Setelah semua settings selesai, sila tekan butang “Start”. Kalau terdapat settings yang
salah, anda boleh tekan butang “resit”. Kemudian set semula seperti tutorial
di atas.
Gambar 4 |
**********************
Sekian sahaja untuk
Tutorial Photostat kali ini
Terima kasih kerana
membaca
Add your comment