4 muka surat dalam 1 kertas A4

Dalam tutorial kali ini sila kenali  icon “1 sided Comb 4 orig” yang ada pada skrin mesin photostat.

icon “1 sided  Comb 4 orig”

Dah jumpa icon “1 sided Comb 4 orig”??? Sekarang pergi kepadasenarai langkah-langkah yang saya dah beri di bawah. Kalau tak faham, boleh terus rujuk gambar yang saya dah sediakan bersama arahan sekali.

1. Sila letak beberapa keping kertas di atas tray, kalau nak guna original output tray pun boleh.
2. Pilih jenis tray kertas yang hendak digunakan
3. Pilih sama ada nak ada color atau nak yang hitam putih ja
4. Kalau saiz kertas tu adalah saiz A4, terus ja klik pada icon “1 sided Comb 4 orig”
5. Semak semua terus tekan butang “Start”

Gambar 1: Saya guna 2 keping sahaja. sepatutnya 4 keping

Saya buat tutorial ni guna gambar saya sendiri macam tutorial “1 sided →Comb 2 orig”  yang lepas, sepatutnya saya kena sediakan 4 keping gambar, tapi saya harap anda boleh Nampak perbezaannya. Mula-mula, sila sediakan semua kertas atau dokumen yang hendak diphotostat. Saya cuma guna 2 keping kertas sahaja seperti yang ditunjukan dalam “Gambar 1”, kalau anda ada kertas atau dokumen lebih dari 4 muka surat lagi bagus, sebab lagi senang nak nampak perbezaannya.

Gambar 2

Saya scan guna tray atas sebab lagi senang macam “Gambar 2” yang di bawah ni, tetapi kalau anda nak guna original output tray yang dekat bawah tu pun boleh, scan satu-satu. Dah letak kertas dekat tray tu, kita pergi ke bahagian skrin pula, step di bahagian skin ni sama dengan step asas tutorial yang lepas.

Gambar 3


Penerangan untuk Gambar 3
1)Mula-mula pilih tray A4 macam yang ditunjukan dalam “Gambar 3” bahagian 1 tu.
2)Kemudian pilih sama ada nak ada warna atau nak hitam putih ja, boleh rujuk dalam gambar tadi di bahagian 2. Saya nak photostat yang ada warna, saya pilih “Auto Color Select”
3)Klik icon “1 sided Comb 4 orig” macam yang dalam gambar bahagian 3 tu.
4)Akhir sekali tekan butang start. Dan lihat hasilnya. Kalau anda nak photostat macam ni menjadi beberapa set, sila rujuk pada tutorial yang lepas DI SINI. Setting dia sama ja, Cuma tambah icon “1 sided Comb 4 orig”.

Gambar 4: Inilah hasil nya.

Bagi yang nak cuba guna 4 keping gambar atau dokumen, silakanlah. Nanti keempat-empat gambar tu akan diphotostat dalam 1 A4.


***************************
Sekian, Terima kasih kerana membaca.
Sila ikuti tutorial Asas Pengurusan Pejabat yang lain untuk lebih lanjut.

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS