Betul ka ada salji di Malaysia??? Peristiwa ini berlaku pada
9 December 2018. Bulan Christmas, majoriti mall-mall besar telahpun membuat
hiasan yang cantik-cantik dan mengadakan
pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak serta dewasa. Pada mulanya memang tak
terfikir pun nak pergi KL, tetapi Bos nak belanja pergi KL katanya, kebetulan
keluarga saya pun ada datang ke rumah. Jadi dah orang bawa jalan free, saya pun
pergi KL. Lepas tu bos saya pun tanya, datang KL ni nak pergi mana??? Dia yang
ajak , saya pula yang dia tanya nak pergi mana. Kemudian saya ajaklah pergi
tengok salji di Pavilion Kuala Lumpur. Sampai di Pavilion, nasib baik ada
parking kosong. Ramai yang datang sebab nak pergi tengok salji turun. Saya dapat tahu pasal salji di pavilion pun
sebab ada terjumpa iklan di facebook yang menyatakan salji akan turun di
Pavilion Kuala Lumpur setiap pukul 8 malam bermula 1 December 2018 sehingga 25
December 2018.
Pentas Mickey Mouse |
Antara hiasan lampu yang cantik |
Setelah masuk ke dalam Pavilion, terjumpa pula Mickey Mouse
gergasi, tetapi waktu kami sampai tu, takde persembahan dekat pentas Mickey
Mouse tu. Sementara menunggu salji turun, kami lepak di tangga depan pentas
Mickey Mouse.
Menunggu di depan pentas Mickey Mouse |
Sebagai gambar Kenangan |
Lama juga menunggu budak kecik ni pun dah mula bosan. Bos
saya bawalah dia pergi jalan-jalan sambil beli mainan. Banyak juga dua orang
ni berselfie di Pavilion. Yang baby pula tidur sahaja, bangun pun sekejap.
Tidur ja |
Sebelum Keluar tengok salji, kita selfie bersama keluarga dulu.
Tepat jam 8 malam, kami pun bersedia untuk keluar tengok
salji. Wow ramainya orang di luar, masing-masing berselfie dengan gaya
tersendiri. Walaupun yang turun tu cuma salji buih sahaja, bukan setakat kanak-kanak
yang suka, golongan dewasa turut terhibur.
Ramai orang dah menunggu di luar |
**********************
Sekian sahaja konten
kali ini
Terima kasih kerana
membaca
Add your comment