Dalam tutorial “scan” Part 1 ini saya akan scan menggunakan
tray atas mesin Ricoh Printer. Sila rujuk pada gambar dan langkah-langkah yang
telah disenaraikan.
Pilih "Storage" atau "Folder" |
•Mula-mula tekan atau klik pada butang “Scanner”.
•Kemudian sila pilih “Folder”
atau “Storage” yang akan menyimpan dokumen yang telah discan (sila rujuk
pada gambar diatas). Printer saya Cuma ada 1 “storage” sahaja, kalau di pejabat
lain mungkin ada banyak senarai “storage”. Oleh itu pastikan anda tahu dokumen
yang anda scan akan disimpan dalam “storage” atau “Folder” yang mana satu.
Tray atas |
Pastikan kertas yang anda nak scan, tersusun dengan kemas
dan tidak berklip. Kalau ada klip, sila buka klip dulu, nanti boleh klip balik
kalau dah siap scan.
Setelah siap “setting” skrin printer dan susun kertas atas
tray, bolehlah tekan “Start” seperti
yang ditunjuk dalam gambar diatas. Kalau ada dokumen yang tertinggal dan nak “stop”
scanner. Sila tekan butang “Stop”
seperti yang dibulatkan dengan warna kuning dalam gambar di atas. Kemudian klik
“Cancel Scanning” yang akan tertera
pada skrin printer. Untuk scan semula, sila ikut semua langkah-langkah diatas
sekali lagi.
**********************
Sekian sahaja Tutorial cara menggunakan scanner pada kali ini.
Terima kasih kerana membaca
Add your comment