Kali ini saya nak
buat review mengenai produk Mary Kay TimeWise. Pengalaman saya menggunakan
produk Mary Kay ni ada kebaikan dan kelemahannya juga. Saya Cuma guna 2 jenis
produk Mary Kay sahaja, pencuci dan pelembab. Beauty Consultant siap bagi free
sample lagi.
2 jenis produk Mary Kay yang saya cuba |
3-in-1 Cleanser
Pencuci muka Mary Kay TimeWise Miracle sangat bagus dan
tidak terlalu berbuih. Selepas mencuci muka mengunakan 3-in-1 cleanser ni,
kulit terasa sangat lembut, dan tidak kering. Selain itu, kulit wajah juga
menjadi lebih lembab dan anjal. Saya suka pencuci muka ni, sebab kulit tak rasa
gatal dan kesan cucian juga terasa sangat bersih, walaupun tidak berbuih. Saya
pernah juga cari maklumat mengenai pencuci Mary Kay ni. Ia mengandungi gabungan antipenuaan dengan 3
fungsi, iaitu membersih, mengelupas, dan menyegarkan. Setakat ni kulit wajah
saya tak pernah mengelupas lagi la.
Pencuci muka tidak berbuih sanggat |
Saya letak terus deka muka macamni |
Cuba tengok buih dekat muka tu, memang tak ada sangat |
TimeWise
Age-Fighting Moisturizer
Krim pelembab ini dikatakan menggabungkan penghidratan 10 jam
dengan kompleks berpatena untuk proses pembaharuan kulit secara semula jadi,
kulit menjadi lebih anjal, lebih licin dan memudarkan garis dan kedutan. Mmmmmmmmmmmmmmm
bab krim ni saya kurang berkenan sikit ja.
Saya Cuma pakai waktu malam sahaja. Bila bangun pagi kulit terasa berminyak di bahagian "T zone", tapi takdalah sampai kena lap guna kertas minyak. Licin tu memang
betul, kulit wajah nampak licin dan halus. Saya ada tanya pada beauty consultant saya tu semula, katanya tu bukan minyak, sebab kalau minyak akan terasa jari tu ada minyak kalau dah sentuh area "T zone" tu. Rasa berminyak tu adalah bahagian yang bermasalah, krim pelembab ni nak membaikpulikan kulit tersebut. Cara nak pakai, cuma guna sedikit sahaja,
kalau banyak tu yang kulit rasa ada berminyak.
Kulit wajah menjadi glowing dan lembab |
Setakat ni saya masih lagi menggunakan kedua-dua produk ni. Kesannya
memang muka nampak glowing. Cuma kulit saya akan berminyak sedikit. Tapi saya
suka kulit menjadi sentiasa lembab. Jerawat tak tumbuh pun walaupun kulit ada
berminyak sedikit. Kalau kulit kering sangat tanpa minyak pun tidak sihat juga
kan. Saya baru sahaja guna produk ni 3 minggu. Kena guna dalam masa 4 bulan nanti baru tahu hasilnya.
Kalau ada sesiapa yang nak cuba produk Mary Kay ni, bolehlah hubungi Beauty Consultant yang dekat gambar atas tu. orangnya baik, siap boleh bayar ansur-ansur lagi. Dah habis bayar nanti dia akan pos atau COD produk Mary Kay tu.
**********************
Sekian sahaja pengalaman
saya bersama produk MaryKay.
Terima kasih kerana
membaca
Add your comment