HOTEL SIBU MURAH: LI HUA HOTEL UNICITY

in , , , by Chris_Sella, Disember 18, 2018
Disebabkan saya ada aktiviti di Kolej Laila Taib Sibu, jadi saya pun mencari penginapan yang berdekatan dengan kolej tersebut. Mula-mula ada terjumpa homestay untuk disewa, tapi risau nanti susah nak cari makanan. Keluarga saya mencadangkan saya untuk survey di website Li Hua Hotel, sebab hotel ni ada banyak cawangan. Mana tahu ada yang berdekatan dengan Kolej Laila Taib.

Gambar ni saya ambil dari website hotel

Dalam website saya terjumpalah maklumat mengenai hotel tu yang terletak di kawasan Unicity, betul-betul bersebelahan dengan kuarters polis Sungai Merah. Kalau nak pergi ke Kolej Laila Taib pula, Cuma mengambil masa 5 minit sahaja (1.4km). Kemudian saya terus isi borang “Enquiry” yang telah disediakan dalam website hotel. Saya pilih bilik Deluxe Queen yang ada pantry dengan harga RM88 termasuk sarapan pagi. Dah siap hantar borang, saya pun terus call Li Hua Hotel Unicity. Semasa bercakap dengan receptionist hotel, saya ada juga tanya mengenai perkhidmatan shuttle pergi airport, tetapi sayangnya hotel tidak menyediakan perkhidmatan shuttle. Jalan penyelesaiannya, saya guna Grab Car sahaja.

Sampai sahaja di hotel, saya pun diberi bilik yang salah, sebab saya minta bilik yang ada pantry, tetapi saya diberi kad bilik yang tak ada pantry. Saya pun turun ke lobi untuk tukar bilik yang saya dah booking. Dah tukar bilik, saya pun pergi ke bilik yang ada pantry, tetapi bilik tersebut belum lagi dikemas. Sekali lagi saya turun ke lobi untuk maklumkan masalah bilik tersebut yang belum dikemas.

Bilik Hotel Li Hua Unicity sangat bersih. Waktu saya masuk bilik pun, lantai masih basah sebab baru siap dibersihkan. Dalam gambar yang saya tengok dalam website macam ada banyak tuala yang di sediakan, tetapi waktu saya check in cuma disediakan 2 tuala mandi dan 1 tuala kecil sahaja.

Katil

Meja solek

Di bahagian pantry pula, saya cuma disediakan 1 pack Coffeemix, 1 pack Teabag dan 2 botol air mineral sahaja.

Bahagian pantry ada singki, peti sejuk dan microwave

Pinggan dan sudu disediakan dalam rak bawah singki

Disediakan botol mineral, jug elektrik, cawan, dan pack minuman segera 

Perkara yang paling malang sekali adalah di bahagian bilik air, saluran air tersumbat. Nasib baik ada dua lubang saluran air. Cuma air bertakung dibahagian tempat mandi.

Sarapan yang disediakan juga sangat ringkas. Tepat jam 12 tengah hari, seorang receptionist datang menyuruh saya check out dengan segera!!! Sebelum saya check in semalam, saya ada bertanya kepada receptionist mengenai harga untuk masa tambahan menginap di bilik hotel tersebut. Saya difahamkan bahawa saya dibenarkan untuk check out pada jam 2 petang tanpa sebarang bayaran tambahan. Rasa kecewa jugalah sebab ditipu oleh receptionist tersebut. Alasan diberi oleh receptionist yang menyuruh saya check out dengan segera tu adalah “hari ini shift orang lain, receptionist semalam tidak bertugas pada hari ini”.

Secara ringkasnya, bagi saya semua fesiliti yang disediakan oleh pihak hotel sangat berpatutan dengan harga yang ditetapkan, cuma saya tidak berpuas hati dengan masalah bilik air yang tersumbat. Setelah selesai aktiviti saya di Kolej Laila Taib, sekali lagi saya menggunakan Grab Car untuk pergi ke airport. Adakah saya akan menginap di Li Hua Hotel lagi??? Jawapan saya adalah YA, tetapi bukan di Li Hua Hotel UNICITY lagi.

**********************
Sekian sahaja review saya pada kali ini.
Terima kasih kerana membaca

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. sik pernah stay sia..selalu mun balit sibu, stay kat tanahmas..dekat ngan tmpt makan debah ya..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emergency ya, ada event kolej Laila ya ^_^. sebab kmk penah bmalam di lihua rah terminal bus. sia ok jak. nangga nama hotel sama jadi trus book.

      Padam

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS