Menggabungkan 2 kertas A4 menjadi 1 kertas A4 |
Cara photostat ini perlu menggunakan icon “1 sided →
Comb 2 orig” yang ada pada skrin mesin photostat. Dah jumpa icon “1 sided → Comb 2 orig”??? Sekarang cuba
buat mengikut langkah-langkah yang saya senaraikan. Nak lagi senang atau nak
lagi terperinci, rujuk terus pada gambar yang saya dah sediakan di bawah.
Ini icon “1 sided → Comb 2 orig” |
1. Sila
letak beberapa keping kertas di atas tray, kalau nak guna original output tray
pun boleh.
2. Pilih
jenis tray kertas yang hendak digunakan
3. Pilih
sama ada nak ada color atau nak yang hitam putih ja
4. Kalau
saiz kertas tu adalah saiz A4, terus ja klik pada icon “1 sided →
Comb 2 orig”
5. Semak
semua terus tekan butang “Start”
Gambar 1: Dua keping gambar yang saya akan photostat |
Dalam tutorial ni saya guna saiz A5 ya. Sebelum mula, saya nak bagitahu kepada yang belum tahu lagi, separuh kertas A4 tu dikenali sebagai A5. Ini bermaksud kedua-dua A4 yang saya Photostat nanti akan menjadi menjadi saiz A5. Saya buat tutorial ni guna gambar saya sendiri untuk lebih mudah nak faham dan lebih cantik. Hihihihihi. Mula-mula, sila sediakan semua kertas atau dokumen yang hendak diphotostat. Saya cuma guna 2 keping kertas sahaja seperti yang ditunjukan dalam “Gambar 1”, kalau anda ada kertas atau dokumen lebih dari 2 pun boleh.
Saya scan guna tray atas sebab lagi senang macam “Gambar 2” yang di bawah ni, tetapi kalau anda nak guna original output tray yang dekat bawah tu pun boleh, scan satu-satu.
Gambar 2: Saya guna tray atas |
Dah letak kertas dekat tray tu, kita pergi ke bahagian skrin
pula, step di bahagian skin ni sama dengan step asas tutorial yang lepas.
Penerangan
untuk Gambar 3
1)Mula-mula pilih tray A4 macam yang ditunjukan dalam “Gambar 3”
bahagian 1 tu.
2)Kemudian pilih sama ada nak
ada warna atau nak hitam putih ja, boleh rujuk dalam gambar tadi di bahagian 2.
Saya nak photostat yang ada warna, saya pilih “Auto Color Select”
3)Sebelum mula tutorial, dah jumpa
icon “1 sided → Comb 2 orig” dalam skrin yang saya suruh cari tadi? Klik icon
tu macam yang dalam gambar bahagian 3 tu.
Gambar 3: Skrin mesin photostat akan jadi macam ni kalau dah siap setting |
Akhir sekali tekan butang start. Dan lihat hasilnya. Kalau
anda nak photostat macam ni menjadi beberapa set, sila rujuk pada tutorial yang
lepas DI SINI. Setting dia sama ja, Cuma tambah icon “1 sided →
Comb 2 orig”.
Gambar 4: Start |
Gambar 5: Inilah hasilnya |
Cara Photostat ni pun boleh digunakan untuk photostat kad pengenalan atau saiz original kertas yang lebih kecil dari A4. Cuma setting nya
berbeza sedikit. Kalau nak tau macam mana, sila ikut tutorial yang akan datang
***************************
Sekian, Terima kasih
kerana membaca.
Add your comment