Photostat 1 set menjadi beberapa set


Bagi yang sudah pandai dan mahir tu bolehlah skip konten ini ya.😊  Kalau tidak paham list yang saya sudah berikan, sila rujuk pada gambar yang telah disediakan


  1. Letakkan kertas yang hendak diphotostat pada tray dekat atas tu
  2. Pilih saiz kertas yang hendak digunakan
  3. Klik pada image "Sort". nanti kertas yang siap diphotostat akan keluar mengikut urutan 
  4. Tekan butang number mengikut seberapa set yang anda nak photostat
  5. kalau tersalah kuantiti, tekan butang "reset", kemudian tekan semula butang number seberapa banyak yang anda kehendaki
  6. Tekan "Start"
  7. Setelah selesai, asingkan dokumen tadi mengikut set yang dikehendaki,


Gambar 1

Mula-mula letakkan kertas atau dokumen pada tray yang anda selesa nak pakai, saya suka tray yang atas tu. Dan amat digalakkan bagi anda yang hendak photostat kertas atau dokumen yang banyak untuk guna tray yang atas itu.  kalau guna Tray yang original output tu nanti penat pula, nak tukar-tukar kertas untuk scan kan. Jadi saya cadangkan letak sahaja semua kertas atau dokumen tu dekat tray atas, nanti secara automatic akan scan sendiri untuk diphotostat, tak la penat.


Gambar 2
Seperti tutorial-tutorial yang lepas:
a) Mula-mula pilih jenis kertas yang nak digunakan

b) Pilih sama ada nak photostat berwarna atau tidak. kalau taknak warna pilih "Black & White" dan kalau nak ada warna boleh la pilih "full color" atau "Auto Color Select".  TETAPI, untuk photostat dokumen atau kertas yang banyak, sila pilih "Auto Color Select", kerana rasanya lebih jimat color.  Lagipun dokumen yang kita nak photostat tu, ada muka surat yang tak berwarna, ada yang berwarna, kalau dah "Auto Color Select" nanti akan secara automatic mesin photostat mengikut warna berdasarkan kertas atau dokumen yang telah discan.

c) Tetapkan number berapa set yang kina nak photostat. Kalau tak tau number mana yang nak ditekan, sila rujuk pada Gambar 3.

d) Kemudian sila tekan pada "Sort" seperti screen yang saya telah bulatkan pada Gambar 2 bahagian d.


Gambar 3
Nampakan ada butang number tu??? Tekan ja number kuantiti atau set yang kita nak photostat. Number tu nanti kita boleh tengok dekat screen macam dalam Gambar 2 bahagian c yang saya telah bulatkan. Kalau kita nak 15 set, tekan sahaja 15. Kalau tersalah tekan number, sila tekan butang resit macam dalam Gambar 3 tu. Kemudian tekan semula number yang betul. Akhir sekali tekan butang "Start", hasilnya akan keluar kertas mengikut urutan yang kita dah scan tadi. Sudah selesai photostat, kita pisahkan dokumen tersebut mengikut set yang kita sudah tetapkan. Kalau kita tetapkan 5 set, maka akan terhasilah 5 set. Yang bestnya, kalau dokumen itu ada 30 muka surat dan kita nak 5 set, hasilnya kita tak perlu susun muka surat tu satu-persatu sebab memang dah "Sort" mengikut uratan, kita cuma perlu asingkan mengikut set sahaja. Senang kerja... ^_^


*********************************************************************************
Sekian sahaja konten Tutorial Asas Pengurusan Pejabat pada kali ini. Semoga konten ini dapat membantu anda dalam aktiviti photostat anda.
 Terima kasih kerana sudi membaca
SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS