Sudah hampir 30 tahun saya hidup, baru saya tahu ikan keli
ni ada beberapa jenis. Pengalaman saya ni berlaku semasa cuti Chinese New Year
(2019). Disebabkan saya bekerja di sebuah kompeni Cina, Jadi kompeni tu tutup
selama seminggu. Saya pula macam biasa, pantang dapat cuti sikit, terus balik
balik kampung.
Sumber: Google Image |
Salah satu aktiviti yang saya suka kalau balik kampung adalah
pergi ke pasar. Sebelum saya lanjutkan cerita, saya nak maklumkan “bahasa rasmi” di kampong saya adalah
bahasa Iban (Sea Dayak’s Language). Tak
kira la orang Cina ka, Orang Melayu ka semua pandai bahasa Iban. Kalau orang tu
tak pandai bahasa Iban, ini bermakna orang tu bukan masyarakat tempatan di
situ.
Saya sambung balik cerita ke pasar tadi. Sewaktu membeli
sayur, saya ada ternampak seorang Auntie tu jual ikan keli, RM15 sebungkus. Auntie
tu memang dah siap masukan ikan keli tu dalam plastik dan disusun dekat meja
tempat Auntie berjual. Auntie tu nampak saya tengok-tengok keli tu yang masih
hidup dalam plastik. Auntie tu pun cakap la “keli sungai nduk” (Miss keli sungai). Saya jawab la “auk, meri ku sebungkus” (Bagi saya
sebungkus). Saya beli sebab keli tu nampak cantik dan saya memang suka makan
ikan keli pun.
Sampai sahaja di rumah, saya bagi kat papa saya uruskan ikan
tu. Diakan pakar bab “bunuh” ikan
keli ni. Sebelum papa start siang
ikan, papa cakap saya beruntung dapat beli ikan keli ni, sebab jarang orang
jual (dalam hati saya cakap, ye ke bukan dekat area ikan memang ada seorang Uncle
Melayu tu hari-hari jual ikan keli ka). Papa Tanya saya beli dekat mana, saya
jawab la, beli dekat area orang yang jual sayur kampung.
Tak lama kemudian papa tanya lagi (aduiii interview la pula,
bila la ikan tu nak kena masak)
Papa: Beli keli sungai ka?
saya: Ya keli sungai?
Papa: Macam mana tau ikan tu keli sungai?
Saya: Dah Auntie tu cakap keli sungai tadi.
Papa: Macam mana kau tau ni keli sungai? Lagipun sekarangkan ramai orang ternak keli kolam.
Saya: Pa takkan la saya mau pergi tanya itu ikan, “eh ikan kau asalnya dari sungai ka dari kolam renang?”, saya nampak rupa ikan keli, saya beli saja la.
saya: Ya keli sungai?
Papa: Macam mana tau ikan tu keli sungai?
Saya: Dah Auntie tu cakap keli sungai tadi.
Papa: Macam mana kau tau ni keli sungai? Lagipun sekarangkan ramai orang ternak keli kolam.
Saya: Pa takkan la saya mau pergi tanya itu ikan, “eh ikan kau asalnya dari sungai ka dari kolam renang?”, saya nampak rupa ikan keli, saya beli saja la.
Lepastu papa pun panggil saya ke singki tempat dia nak
bersiang ikan (belum lagi di ”bunuh”
ikan tu, sebab tengah di interview
asal usulnya). Papa cakap betulah ikan keli yang saya beli tu. Ada dua bahagian
yang mengesahkan asal ikan tersebut adalah keli sungai. PERTAMA, kulit ikan keli sungai tak berwarna gelap 100%, akan ada bintik-bintik
kuning dekat bahagian kulit ikan tu. KEDUA,
bahagian “dada” keli sungai pula
berwarna kuning. Kalau keli kolam yang orang selalu jual dekat pasar tu,”dada” keli berwarna putih.
Cuba perhatikan dekat badan ikan keli sungai tu ada bintik-bintik kuning |
"dada" ikan sungai berwarna kuning |
Tetapi, papa cakap suatu hari nanti kita akan jumpa ikan
keli sungai ni bercampur dengan ikan keli “biasa”,
sebab orang boleh masukkan ikan keli sungai ni kedalam kolam. Jadilah ikan
kacukan. Tapi saya tak tanya pula, kalau ikan tu bercampur di dalam kolam, tak “berperang” ke??? Hihihihihihi.
************
Sekian sahaja penulisan saya pada kali ini, lama dah tak
berbual dengan papa macam ni (1 bulan lebih, bual dalam Whatsapp ja).
Akak pun tak tau nak bezakan keli sungai atau keli bela..asal dapat makan ikan keli dah la...
BalasPadamTapi kalau dah masak, kena goreng, macam mana nak tgk ikan keli tu dari sungai ke kolam. Hehe.
BalasPadamKita tak makan ikan keli. Haha
BalasPadamTapi ikan keli ni macam ikan semilang juga kan..
Kalau ikan semilang tu kadang makan.
Tapi bukan sendiri masak.
Mak mertua masak. Hehe
Orang kata ikan keli ternak ni rasa dia tak berapa sedap.
Ntah la.. Tak tahu. Sebab kita tak makan kan.. Hihi
wah, nice sharing. baru tahu. selama ni tahu makan jer. rasanya lebih sedap ke banding dengan keli yang diternak di kolam?
BalasPadamMenurut lidah saya la, ikan keli yang hidup tanpa tuan tu lagi sedap, sebab ikan keli ternak tu gemok makan baja & ber"lendir" sangat.
PadamTak tahu pulak ikan keli pun ada yang dari sungai dan kolam kan? Terima kasih kerana beri knowledge untuk cara pilih dan kenal pasti ikan keli ni. :D
BalasPadamTak tahu pun info ni sebab dulu pernah nak masak ikan keli tapi takut sebab warnanya itu. Hehehe....Kalau ikan keli selalunya makan yang dah siap masak je.
BalasPadamAlamak sorry kita bukan pecinta untuk makan ikan keli wakakaka ada sejarah hitam dalam hidup hehehehe jadi terus tak makan ikan keli. Tapi tips ini berguna kerana sekarang banyak ikan keli kolam yang kurang sedap..
BalasPadamhahaha enjoy reading ur blog
BalasPadam1. suka baca part bahasa iban tu
2. Ur conversation dgn bapa tu kelakar
3. seronok dgr tips macam mana kenal ikan sungai tu
Thank you
Padamhi hi hi nice nyer conversation dgn abah.
BalasPadamaida tak reti pun. belasah jer kalau beli ikan keli hi hi hi...
org tua kita ni byk ilmu nyer kan. kalau tak diambil tahu, rugi besar!
Betul tu, kalau Auntie yang jual ikan tu tipu pun, saya bukannya tau.
PadamBaru tahu dada ikan sungai warna kuning. Ikan keli sedap tapi sy jenis geli nak siang hahahhaa. Tapi kalau dah jadi lauk mmg fav
BalasPadamOwhhh itu rupanya beza dia. Mmg tak tahu pasal ikan keli sbb tak minat nk makan. Bukan sbb allergik k apa. Cuma mmg x minat
BalasPadamSis baru tahu kisahnya ada beza ikan keli sungai n kolam. Yang sis tahu beli n makan je. Kalau beli yang hidup2 memang tak masak le sb geli nak siang..sb tu beli yg dah siap di siang baru boleh masak..hehehe
BalasPadamHahahahaha...nice story sis...ikan keli...mmg kesukaan bonda....mmg betul keli sungai n bela berbeza....banyak bezanya...keli bela bnyak lemak kt perutnya...keli sungai xde...lagi satu rasa dadingnya jgk berbezakeli sungai n bela....selalunya keli bela dagingnya akn rasa pasir kalo pd yg sensitif pd rasa daging tu...keli sungai x...dagingnya sedap...thanks for sharing..
BalasPadamSaya suka makan ikan keli jugak. Tapi ikan sungai ke ikan kolam tak pernah ambil tau. Yang penting sedap hehehhe
BalasPadamChris orang Iban ke? Saya pun from Sarawak and an Iban too.
BalasPadamPeliknya, Rawlins tak makan keli. Geli sikit. Haha
Ya saya Iban ^_^
PadamAM memang suka makan ikan keli gak.. Kalu gi Lunch mkn tghri kat luar, nampak je ikan keli, confirm jadi pilihan.. Nak nak goreng garing.. Habis tulang2 lembut AM kunyah.. Sedap..
BalasPadamDulu-dulu, pernah dengar ikan keli Afrika. katanya asal drp Afrika. Besar saiznya. Skang ni banyak ikan keli kolam kan..feveret juga ikan keli ni. Kalau dapat ikan keli bakar, umphh...sodappp
BalasPadamKita suka gak ikan keli! Tapi baru sekarang tahu ikan keli sungai tu rupanya dia macam tu,hehehe.. kalau sy ke pasar pun mesti tgk ikan keli, oh dia la ikan keli. Tatau nak bezakan sungai atau kolam,haha
BalasPadamLa, tak tahu pula. Yang saya tahu ada keli (sungai) dan haruan (laut). Tapi saya memang tak makan pun ikan ni.
BalasPadam