MEMBELI STICKER NAMA DI SUNWAY PYRAMID

in , , , by Chris_Sella, Januari 10, 2019
Saya terjumpa maklumat gerai sticker ni dekat facebook. Gerai sticker ini dikenali sebagai AWESOME DESIGN. Untuk mencari gerai kecil di Sunway Pyramid mungkin sangat sukar bagi sesetengah orang termasuklah saya sendiri. Jadi klu untuk mencari gerai Awesome Design adalah Guardian. Kalau anda dah jumpa guardian, anda pasti boleh mencari gerai sticker ini.

Gerai Awesome Design

Terdapat banyak sample sticker yang dipamerkan, anda Cuma perlu pilih sahaja, nanti pemilik gerai tersebut akan membantu anda untuk mencari corak yang anda dah pilih. Semua sticker yang mempunyai stok akan digantung di tepi gerai tersebut.

Sticker yang ready stock akan digantung di tepi gerai

Untuk memudahkan pelanggan melihat sample dan corak sticker yang ada stok, pemilik gerai ada menyediakan senarai kesemua sticker yang di pamerkan di hadapan meja gerai atau file yang mempunyai sample sticker. Jadi anda tak perlulah nak susah-susah selak sticker yang tergantung dekat tepi gerai tu. Kalau sticker tu takde stok, anda boleh nampak perkataan “Sold Out” dekat katalog sticker tu.

Antara katalog yang di pamerkan, ada juga sample lain dalam file

Awesome Design bukan setakat print sticker saja tau. Anda juga boleh menempah “door gift”, kad jemputan, pembungkus makanan ringan, label botol air, key chain, dan banyak lagi. Anda boleh tengok sendiri sample yang dipamerkan di gerai tersebut.

Pelbagai sample sticker yang pernah ditempah oleh pelanggan

Sesuai untuk hiasan majlis dan "doorgift"

Tag

Disebabkan kedatangan saya ke gerai ini adalah untuk print sticker nama sahaja, jadi saya cuma perlu rujuk pada katalog sticker nama. Dah pilih sticker yang saya berkenan, sya terus tunjukan pada pemilik gerai. Kemudian pemilik gerai suruh saya eja nama yang hendak di print (Sebelum datang, seelok-eloknya anda tulis atas kertas dulu nama yang hendak di print, nanti bagi je dekat pemilik gerai tersebut. Jadi tak perlulah susah-susah nak eja). Masa yang diperlukan untuk print sticker nama tu, tak sampai pun 10 minit.

Katalog sticker yang kosong (takde katun)

Setiap katalog disediakan bersama harga dan kuantiti

Proses print sticker nama tak sampai pun 10 minit

Sticker nama dah siap

Harga sticker nama yang saya buat ni RM7 untuk 100 sticker nama. Kalau anda berminat dengan gerai Awesome Design ni, bolehlah rujuk terus dekat Facebook Awesome Design.


FACEBOOK: AWESOME DESIGN
CONTACT NO.:  019-394 0333


***********************

Terima kasih kerana datang ke blog saya
SHARE 20 comments

Add your comment

  1. Wah! Terbaiklah sticker sticker macam ni. Sememangnya memudahkan para ibu-ibu untuk menyiapkan segala kelengkapan anak sekolah. Boleh tampal sahaja di barangan anak tu hah. Kalau tak mesti hilang tak pun tertukar. tampal kat buku, pensel dan sebagainya.

    BalasPadam
  2. i slalu lalu this place.. x sangka plak dia boleh buat cepat mcm tu and kire murah gak for 100 stickers eyhh!!!

    BalasPadam
  3. I pernah buat dekat tempat yang sama dekat dengan restoran apa tah haritu, kualiti not bad murah pulak tu, i siap buat design thomas and his friends untuk anak lelaki I, memudahkan sebab just tampal je sticker ni dekat buku..

    BalasPadam
  4. Mudah dah kan. Dulu punya susah nak dapat servis macam ni.. nak tempah pun mesti lama gila tapi sekarang kat mall dah ada kan servis nak buat sticker macam ni, cepat siap lak tu 😍

    BalasPadam
  5. Ooo, baru tahu ada servis cetak sticker macam ni kat subway pyramid. Nak try buat jua la nanti. Harga pun not bad, murah je rm7 dah dapat 100pcs. Thanks for sharing

    BalasPadam
  6. Sebelah ofis i je ni. Boleh singgah Pyramid utk buat sticksr utk anak anak..pelbagai design menarik nampaknya tu

    BalasPadam
  7. Dulu rajin jugak le buat stiker nama untuk anak, now dia dah besar so dah tak nak dah stiker2 macam ni. Kalau jadikan hadiah pun bagus jugak ni kan, nanti kalau sis ke sana bolehlah singgah kedai ni

    BalasPadam
  8. Wahh tq sharing. Ena dah lama cari sebab nak buat stiker name ni tapi tak jumpa kt mana nak beli. Lebih kemas nak stick pada produk dari tulis pakai tangan ni.

    BalasPadam
  9. wah ini seperti di jaman dulu membuat stiker nama utuk note book, jadi rindu dengan sticker ini. boleh nanti berkunjung untuk buat sticker name yang unik designnya

    BalasPadam
  10. Wah menarik! First time ni dok baca pasal sticker stall. Dalam masa 10minit boleh siap. Dahlah murah! Masa cx dok baca dari mula, dalam kepala dok fikir; mesti harga dia boleh tahan mahal tp bila dah baca sampai bawah , alahai , kemain murah! Berbaloi sungguh! Perkongsian yg menarik!

    BalasPadam
  11. Teringat zaman dulu-dulu suka buat sticker macam ni. Pastu kena bising ngan mak sebab sepah sana sini. Hahaha. Pastu masa start buat bisnes baru beli balik sticker mcm ni. Mmg senang sgt sbb semua design ada tinggal nak pilih je.

    BalasPadam
  12. wowwww this is like soooo primary school thing! i didnt know it still exists until today! haha anyway yeah i remember using all these sticker to put on our belongings like water bottle etc so that people dont accidentally took ours.

    How to deal with markets ups and downs?

    BalasPadam
  13. Wahhhh sticker nama !! Dah lama cari service mcm nie tapi x tahu nak cari dekat mana. Finally jumpa. Mudah je rupanya nak buat nie. Parents nowadays skrg prefer guna sticker atau cop je utk tulis nama buku anak2. Mesti dorg suka kalau tahu ada service nie dekat sini

    BalasPadam
  14. Menariknya sticker nama ni, macam comel jer kan! Bukan kat budak-budak je saya yang dewasa ni pun rasa teringin nak buat hehe. Boleh la letak kat stationary dan buku-buku nanti.

    BalasPadam
  15. Memang cepat kan boleh buat sticker nama ni. :) Memang selalu ada nak buat untuk nama anak-anak yang boleh ditampalkan pada alat-alat tulis mereka.

    BalasPadam
  16. oh this is nice. I always make stickers because need to stick every items of my girls. now I can visit AWESOME DESIGN to get it done too hehe. thanks for sharing

    BalasPadam
  17. bagus stiker ni..sekrg utk budk sekolah mak-mak guna stiker je..boleh la digunakan..murah juga ye harga dia..not bad la..kalu jalan sunway boleh usha ni

    BalasPadam
  18. Nanti kalau nak buat sticker boleh la ke sini. memang mudah untuk mak ayah nak buat stiker nama anak anak kan.

    BalasPadam
  19. Ni memang jadi 1 keperluan ni kalau anak2 nak masuk sek kan. Kalau tak jenuh lah nak menulis nama. Kalau nama panjang2 lagi la menangis mak nya

    BalasPadam
  20. suka sticker cam tok..baruk jak order marek k engkah kat brg2 anak...ehhehe

    BalasPadam

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS