HARI BERSAMA MPSJ

in , , by Chris_Sella, November 26, 2018

MPSJ adalah singkatan kepada perkataan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Sehari sebelum acara, bos saya pesan dah, esok bangun awal sebab ada acara. Esok ahad la waktu untuk saya bangun lewat. Tetapi keesokan paginya, adalah orang tu call tanya kat mana dah??? Terpaksalah turun juga ke acara hari bersama MPSJ. Apa saya buat dalam acaratu??? Teman bos saya ja la, tak buat apa pun, yang kerja haritu bos saya ja, saya jalan-jalan tengok aktiviti dalam acara tu. Aktiviti pertama saya pada haritu adalah senam aerobic.


Persiapan di awal pagi


Persiapan di meja VIP

Senaman bagus untuk kesihatan ^_^

Ramai juga yang dating untuk memeriahkan acara, beberapa gerai turut dibuka. Semua yang hadir akan diberi sarapan bihun goreng. Antara gerai yang ada dalam acara ni,seperti gerai pemeriksaan kesihatan percuma daripada klinik kerajaan, Dokter pun ada untuk memberi nasihat kepada masyarakat.

Klinik Kesihatan Kerajaan

Pemeriksaan kesihatan berdasarkan peringkat umur

Tinggi 150cm, Berat 43kg "Bagus, cantik BMI" 

Inilah nurse comel saya, tetap senyum walaupun ramai yang datang buat pemeriksaan 

Darah semua Okey, saya sihat. Syukurlah


Gerai lain yang saya sempat pergi menyebuk seperti gerai Jom Kitar. 


Kitar semula

Gerai Sunway Medical Centre, pemeriksaan kesihatan turut dilakukan secara percuma, sama seperti gerai daripada klinik kesihatan kerajaan. Cuma bezanya, gerai Sunway Medical Centre ni ada menyediakan senarai pakar kesihatan yang boleh dirujuk sebab ada nombor telefon lagi. Untuk membuat pemeriksaan darah secara percuma di gerai ini. orang ramai diminta untuk berpuasa selama 2 jam terlebih dahulu.


Sunway Medical Center

Pemeriksaan yang disediakan

Ujian darah

antara risalah yang diedarkan

Di belakang pula terdapat gerai daripada Unit Kesihatan Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Semua pertanyaan boleh diajukan kepada pegawai yang bertugas menjaga gerai pada hari tersebut.


Gerai: Unit Promosi Kesihatan

Risalah lebih kepada kempen gaya hidup sihat

Gerai hujung sekali adalah gerai dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Subang Jaya. Dalam acara ini, pihak Kebajikan Masyarakat sedang menjalankan kempen pendaftaran OKU secara percuma. Semua boring telah disediakan oleh pegawai bertugas. Banyak kelebihan yang diberikan kepada OKU yang berdaftar.
Gerai: Kebajikan Masyarakat Daerah Subang Jaya
Untuk permohonan OKU

Tidak lupa juga, MPSJ turut membuat pameran di gerai. Sekarang MPSJ sudah memiliki Applikasi untuk membuat aduan di atas talian.
Risalah daripada MPSJ

Di bawah pula ada sekumpulan sukarelawan sedang bercucuk tanam, program tersebut ditaja oleh FedEx Express.

FedEx Express

Pemandangan kebun sayur dari atas


Sumanya tengah rajin bercucuk tanam

Kesemua peserta yang terlibat

Bahagian sebelah Dewan pula, disediakan pakaian terpakai yang diberi percuma kepada masyarakat setempat.


Kawasan gerai sebelah dewan


Gerai baru dibuka


Terdapat juga acara untuk kanak-kanak seperti Music Chair dan pertandingan mewarna


Music Chair

Dapat hadiah

Pertandingan mewarna

Pertandingan mewarna


Untuk Sesi kraftangan pula, terdapat pertandingan membuat kraftangan menggunakan tuala , dan pertandingan menghias kek cawan. Kalau diperhatikan, masyarakat di situ memang kreatif semuanya.


Peralatan menghias kek cawan disediakan

Hasilnya. cantik juga

Antara peserta pertandingan kraftangan tuala 







Saya suka epal ni

Bos saya pula buat kerja amal membuat air, dari pagi orang belum sampai lagi dia dah masak air. Rajin tak ^_^... dengan orang punya la baik, dengan saya pula, suka buli saya. Saya tak tahu pula bos saya ni berjiwa masyarakat, hahahahahahaha.

Bagus kerja rajin-rajin ya

Ini Lah bos saya


Makanan tengah hari turut disediakan, semua makanan dimasak oleh masyarakat setempat juga. MAkanan dihidangkan secara buffet.


Persediaan untuk makan tengah hari


Acara belum tamat lagi, saya dah balik. Penat sangat. Penat menyebuk. hahahahahaha


************************
Selesai pun konten hari bersama MPSJ. penat tapi seronok, 
Terima kasih kerana membaca.

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS