Peserta dan penaja |
Son&Park adalah jenama kosmetik korea. Workshop bertemakan solekan natural yang menggunakan hashtag #iamsimplyperfect. Saya adalah salah seorang jemputan dari Sasa Malaysia untuk menyertai workshop Son&Park ini. Sebelum acara bermula, para peserta dihidangkan dengan sarapan pagi yang sangat sedap. tetapi saya cuma makan sedikit sahaja, takut nak ke tandas waktu acara sudah bermula.
Pelayan sedang menyediakan gelas dan pinggan |
Sarapan pagi untuk alas perut |
Selepas habis sarapan, semua peserta akan dibahagikan tempat duduk mengikut penaja masing-masing. Saya duduk di meja yang ditaja oleh Sasa Malaysia. Semua peralatan seperti cermin, dan kertas nota telah disediakan untuk setiap peserta, manakala kosmetik yang digunakan pula telah disediakan di atas setiap meja untuk kegunaan secara bergilir-gilir.
Kertas nota dan pensil yang disediakan untuk setiap peserta |
Kosmetik yang dikongsi bersama telah disediakan di setiap meja |
Peserta akan didedahkan dengan 5 jenis produk kosmetik Son&Park dalam solekan natural. 5 jenis produk tersebut adalah Beauty Water, Beauty Gel, Beauty Filter Cream Glow, Ultimate Cover Stick Foundation, dan Custom Cover Concealer Kit.
Kesemua kosmetik yang disediakan |
Cara penggunaan semua produk tersebut akan diajar step by step oleh cikgu yang telan dijemput ke acara ini. Banyak pendedahan penggunaan kosmetik dan skincare yang betul mengikut urutan dan jenis kulit.
Sekiranya anda pernah menyertai acara yang dianjurkan oleh Newtide Magazine, anda pasti kenal wanita berjaya ini |
Cikgu San San yang mengajar cara penggunaan kosmetik dan skincare yang betul |
Sambil dengar Miss San San tu mengajar, sambil itu juga peserta akan mengamalkan cara yang telah diterangkan. Acara ini dikendalikan menggunakan bahasa Mandarin, bagi peserta yang tidak faham Bahasa Mandarin, translator juga telah disediakan. Hal ini sangat memudahkan semua peserta untuk berkomunikasi. Begitu juga sesi soal jawab bersama Miss San San, peserta yang tidak faham Bahasa Mandarin turut berpeluang menjawab soalan tersebut dan dapat hadiah.
Ini adalah Custom Cover Concealer Kit |
Antara produk Son&Park yang saya suka dalam acara ini adalah Custom Cover Concealer Kit,. Concealer ini tidak berminyak seperti kebanyak concealer yang ada di pasaran. Ia juga sangat mudah digunakan, kalau mengikut teknik yang diajar oleh Miss San San, concealer ini dapat menyembunyikan parut jerawat dan pori-pori. Selain itu, saya juga sangat suka dengan produk Son&Park Air Tint Lip Cube, warnanya pun cantik dan senang di lap menggunakan tisu walaupun tahan lama. Malahan sangat sesuai untuk dijadikan pemerah pipi, nampak pipi lebih natural. Produk seterusnya yang saya suka adalah Son&Park Lip Crayon. Warna Lip Crayon sangat senang diratakan, tidak kelihatan bertompok-tompok atau melekit. Mascara brand Son&Park juga sangat best digunakan, cecairnya tidak berketul-ketul atau menyebabkan bulu mata melekat antara satu sama lain, serta mudah diratakan pada bulu mata.
Staff Son&Park sedang menunjukkan cara untuk menyembunyikan parut jerawat |
Ini adalah hasil solekan saya menggunakkan kosmetik Son&Park |
Setelah tamat acara solekan, semua peserta diberi sedikit cendera hati. wowww eksklusive daripada Sasa Malaysia dan Son&Park. Warna shading yang sangat cantik. dan baucer tunai rm30 pun ada. Terima kasih banyak-banyak kepada penaja acara kali ini. Nanti saya akan buat review mengenai Son&Park Color Shading Liner yang saya dapat tu.
Goodies beg |
*************************************
Sekian sahaja konten saya kali ini tentang Workshop bersama kosmetik Son&Park dan Sasa Malaysia
Masa untuk mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih |
Add your comment