Photostat menjadi besar atau kecil |
Seperti tajuk konten di atas, tutorial kali ini akan menunjukkan cara untuk membesarkan atau mengecilkan saiz dokumen yang hendak diphotostat. Mula-mula kita perlu memahami “icon” saiz yang ada pada skrin photostat. Sila rujuk pada gambar 2 di bawah ini.
Gambar 2 |
a) Full Size = Saiz biasa yang digunakan
b) Auto Reduce / Enlarge = Saiz jenis ini pula akan ditetapkan secara automatic, sama ada nak besarkan ataupun nak kecilkan
c) A3 -> A4 / A4 -> A5 = “Icon” ini adalah untuk MENGECILKAN saiz photostat. Contohnya, saiz kertas A3 diphotostat menjadi saiz A4
d) A4 -> A3 / A5 -> A4 = “Icon” ini adalah untuk MEMBESARKAN saiz Photostat. Contohnya, saiz kertas A4 diphotostat menjadi saiz A3
Biasa kalau nak besarkan atau kecilkan saiz photostat, saya cuma akan set pada “Icon” a atau b sahaja. Cara untuk menggunakannya??? Sila ikut step asas photostat kemudian pilih “Icon” saiz seperti yang ditunjukkan pada gambar 2, dan seterusnya barulah tekan butang "Start".
*********************************************************************
Sekian Terima Kasih kerana membaca, untuk tutorial yang lain sila rujuk pada senarai Tutorial Asas Pengurusan Pejabat
Add your comment