Update untuk cara pembetulan ejaan nama bagi tahun 2019, boleh KLIK SINI
Bila dapat tahu ada kesilapan pada tempahan penerbangan mesti jantung tu rasa nak tercabut.  Mana tak nya, harga tiket penerbangan tu pun dah berapa ratus. Takan nak beli tiket baru kot!!!  Lepas tu dah siap beli tiket return pula.  Sedih nya rasa hidup ini. Kesalahan seperti ini sering berlaku, terutamanya waktu membuat tempahan tiket secara berkumpulan (beramai-ramai la). Saya pun pernah melalui keadaan dimana ejaan nama saya salah, dah check in pula tu.  Memang nak menangis dah.  Nak beli tiket baru, harga tiket pun dah mahal.  Nak tak nak kena balik juga sebab ada emergency di kampung.  Macam biasalah, kalau ada masalah saya akan cari uncle google dulu.  Terjumpalah blog sorang ni, dia cerita step by step macam mana nak buat pembetulan ejaan nama pada tempahan tiket penerbangan air asia. Mmmmmm faham macam tu ja la, lagipun tidak ada tunjukkan gambar yang lebih detail tentang cara buat pembetulan nama tu. 

Okey lah, pada konten kali ni, biar saya pula yang buat tutorial cara membuat pembetulan ejaan nama pada tiket penerbangan.  Ini adalah pengalaman kedua saya buat pembetulan nama dengan pihak Air Asia.  Tetapi Kali kedua ni bukan salah eja nama saya, huhuhuhuhu.  Salah ejaan pada nama baby.  Bayangkan muka baby tu kalau tak dapat naik flight. Oh tidakkkkk. 😱😱😱
Boleh buat permohonan pembetulan nama melalui app Air Asia atau website Air Asia. Tapi saya sarankan anda untuk buat melalui website Air Asia.  Berdasarkan pengalaman saya, apps Air Asia, dia ada tempoh yang sangat pendek, tiba-tiba time out.  Dah lah nak queue tu punyalah lama, tiba-tiba time out.

Sebelum anda chat live bersama Air Asia, pastikan anda sediakan perkara yang saya sudah senaraikan dibawah, nanti takde lah kelam kabut, rebut petir.
  1. Sediakan dokumen pengenalan IC atau passport atau my kids atau sijil lahir. Snap siap-siap sebab nanti pihak Air Asia tu akan minta
  2. Jangan lupa catat di atas kertas siap-siap booking number dan flight number
  3. data atau internet laju dan tidak tersekat-sekat.
  4. Mood untuk menunggu giliran, janganlah emo ya. sabar


Step Pertama
Saya buat guna smart phone ja, nanti senang send gambar.  Mula-mula masuk ke website Air Asia dan cari Live Chat  Dah klik dekat Live Chat tu, isi lah semua maklumat  tu dengan lengkap. waktu saya Live Chat tu, saya lupa tukar Bahasa Malaysia. Terpaksalah berspeaking.  Oleh itu pilih lah bahasa yang anda faham ya, sebab yang akan menjawab soalan anda akan menggunakan bahasa yang anda telah pilih. 


Anda akan masuk ke website macam ni, dan sila pilih bahasa yang anda nak guna


*********************************************************************************
Kalau anda guna mobile phone, Chat Live tu berada di bawah.  Tetapi kalau anda menggunakan komputer, Chat Live akan berada di sebelah kanan


*********************************************************************************

Saya isi borang tu macam ni, anda boleh tiru ayat saya kalau tak tahu nak tulis apa dekat bahagian subjek.


Disebabkan saya sudah terpilih bahasa English waktu tu, saya gunalah ayat English
  • Type of feedback (Saya pilih Enquiry / Request)
  • Subject (Saya letak Request to do the name correction (wrong spelling)

Saya belum Check in lagi, oleh itu saya cuma semak maklumat atas talian ja.  Biasa kalau dah check in, saya akan terus print tiket.  Jadi dalam tutorial ni, saya tak boleh tunjuk tiket yang dah print.  Bagi sesiapa yang tidak tahu macam mana nak cari Flight Detail sila rujuk pada gambar di bawah ya



*********************************************************************************
Biasa dekat tiket atau maklumat atas talian akan menggunakan bahasa English, bagi anda yang ragu-ragu takut tersalah isi, sila rujuk gambar ni.


*********************************************************************************
Boleh rujuk di sini, bagi yang tidak pasti mengenai maklumat penerbangan


Selepas selesai mengisi semua maklumat, sila klik pada butang "mulakan perbualan'. sudah klik tidak bermaksud anda akan berbual dengan pegawai khidmat pelanggan tu terus ya. Harus sabar menunggu giliran


Step Kedua
Sekarang adalah mood sabar menunggu, kedua-dua pengalaman saya menunggu lebih kurang setengah jam baru lah sampai giliran saya.  Sambil tunggu tu tengok tv, minum, makan, dan sebagainya.  TETAPI jangan terlepas giliran pula, kalua terlepas giliran anda harus mengulangi step pertama dan menunggu giliran sekali lagi.



Okey lah menunggu selama setengah jam sebab saya nombor yang ke-81



Step Ketiga
Ayat mula-mula customer services tu akan bagi adalah hello how can I help you, tulisan pun tak terang, jadi pandai-pandai lah ya membaca. 

Saya: "Hello Miss, I nak buat pembetulan nama baby boleh? Wrong spelling"
Customer service :" ….. Please attach you dokumen" (lupa apa dia cakap, tapi dia terus bagi link untuk kita upload gambar.)

Upload gambar???? Gambar dokumen pengenalan diri yang salah ejaan tu.  



Klik pada butang choose file dan pilih gambar dokumen pengenalan

Dah pilih gambar, terus tekan butang upload file


Last sekali klik pada butang 'DONE'


Saya pun upload lah gambar sijil lahir baby tu (pastikan JELAS ya gambar tu, kalau ada scanner lagi bagus).  Bagi yang tak tau macam mana nak upload, sila rujuk gambar di bawah ni.

Customer service: "Please wait a moment". (dah dia tengok gambar yang kita upload tu, dia pun akan bagitahu ejaan mana yang salah tu, kita pun perlu tengok betul-betul ejaan tu, takut salah lagi)
Saya: "yes that spelling"
Customer service: "Once I done, I will send it to your email"
Saya: "Okey, Thank you so much."


Step Keempat
Dah habis sembang kan, klik la end chat, lepas tu akan keluar part minta komen service Live Chat Air Asia tu.  Lepas beberapa minit kemudian check la email.  Tetapi pembetulan ejaan nama tu akan dihantar pada email orang yang beli tiket tu ya, bukan email orang yang buat mohon buat pembetulan ejaan nama tu.


Dah buat penilaian kita pun submit

*********************************************************************************
Dah selesai, selamat duit tak perlu beli tiket baru kan 😊😊😊
Sekian terima kasih kerana sudi membaca




SHARE 2 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS