BEAUTY WORKSHOP BERSAMA NU SKIN

in , , , , by Chris_Sella, November 23, 2018

Nu Skin adalah sebuah jenama yang sangat terkenal di serata dunia. Perniagaan yang dijalankan adalah berkonsepkan global direct selling atau penjualan langsung. Nu Skin sangat terkenal dengan produk anti penuaan dan awet muda. Produk dihasilkan menggunakan teknologi ageLOC dan sesuai untuk rawatan semua jenis kulit, seperti mencerahkan kulit, masalah jerawat, kulit kering dan kusam.

Saya berasa berbesar hati kerana dijemput untuk menghadiri acara yang dianjurkan oleh Nu Skin bersama Her World Magazine bertempat di The Kuala Lumpur JournalHotel. Berbalik kepada aktiviti dalam acara Nu Skin. Sebelum bermulanya sesi perkenalan produk Nu Skin, semua peserta dihidangkan dengan sarapan pagi yang cukup ringkas. Salah satu hidangan sarapan yang saya suka ialah telur dadar bercheese.

Sarapan telah terhidang

Bread & Pancake untuk pembuka selera ^-^

Sedang menunggu telur dadar cheese

Telur dadar bercheese 

Selesai sarapan, para peserta digalakkan untuk menyertai pertandingan berselfie bersama ageLOC LumiSpa. Semua peserta yang telah menyertai pertandingan selfie akan diberi hadiah sebuah thumbdrive yang berbentuk ageLOC LumiSpa.

Inilah content berselfie bersama ageLOC LumiSpa

Ini gambar penyertaan saya. Cantik kan ^-^

Dah dapat tebus sebuah Thumbdrive

Setiap meja akan disediakan set Skincare daripada Nu Skin. Antaranya adalah AgeLOC Lumispa Cleanser, Creamy Cleansing Lotion sebagai pembersih solekan, PH Balance Matterfying Toner for Combination and Oily, AgeLoc LumiSpa, dan AgeLoc Me Regimen.

Set Nu Skin skincare yang disediakan

Untuk permulaan acara, semua peserta mendengar kata alu-aluan daripada Her World Malaysia dan Nu Skin. Kemudian barulah peserta akan didedahkan mengenai produk Nu Skin yang ada di atas meja. Fokus utama dalam acara ini adalah cara mencuci wajah dengan betul serta kebaikan AgeLOC LumiSpa.


kata alu-aluan daripada Her World Malaysia

 kata alu-aluan daripada Nu Skin

 Facilitator yang menerangkan cara penggunaan Nu Skin AgeLOC LumiSpa 


Yang paling saya suka dalam acara ini adalah tentang AgeLOC LumiSpa


AgeLOC LumiSpa

Hasilnya dapat dilihat dengan hanya sekali penggunaan sahaja, kulit terasa lebih lembut dan halus. Pergerakkan kedua-dua berus yang berasaskan silicon lembut berputar kearah yang bertentangan dengan frekuensi yang betul dapat membantu memperbaharui tekstur kulit. AgeLOC LumiSpa akan membantu mengangkat sel kulit mati secara lembut. Menurut penerangan yang diberikan oleh pengacara Nu Skin, membuang sel kulit mati sangat penting untuk menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru. AgeLOC LumiSpa juga mempunyai fungsi mengurut wajah yang dapat dapat memberi tenaga kepada kulit, sekiranya AgeLOC LumiSpa digunakan secara berterusan, ia akan meningkatkan penghasilan kolagen dan kebersihan kulit.
Terdapat 7 kelebihan AgeLOC LumiSpa:
Pembaharuan
Kehalusan
mencerahkan kulit
Kulit menjadi lebih segar
Hasil lebih bersih
Mengecilkan pori-pori
meningkatkan keanjalan kulit

Perubahan amat ketara pada wajah model. V Shape 

Selesai acara pendedahan produk Nu Skin, maka tibalah sesi cabutan bertuah untuk tiga orang peserta yang bertuah sahaja. Hadiah nya adalah Gentle Cleanse & Tone. Saya tahu sebab hari itu adalah hari bertuah saya dan saya menang cabutan bertuah Gentle Cleanse & Tone yang bernilai lebih RM200. Seperti biasa setiap kali tamat sesuatu acara, peserta akan mengambil gambar secara berkumpulan sebagai kenangan.

Gambar semua peserta




Berselfie dulu sebelum makan tengah hari

Tidak tamat disitu sahaja, hidangan tengah hari turut disediakan secara buffet. Makanan yang disediakan di The Kuala Lumpur Journal Hotel memang sangat sedap.

Hidangan tengah hari secara buffet

Inilah hasilnya bila berjumpa kawan semasa event

Apa yang ada dalam goodies bag Nu Kin??? Sila rujuk pada gambar. Semua produk yang diberikan amatlah bagus dan saya sangat suka. Ada masa nanti saya buat review pasal produk tu okey.

Inilah yang ada dalam goodies bag tu

Ini pula lucky draw yang saya dapat ^_^ bernilai RM200++

Thumbdrive yang saya dapat setelah menyertai contest berselfie. comel kan 

Saya ada dalam gambar majalah Her World. Nak tahu apa ceritanya boleh KLIK SINI

********************
Sekian sahaja acara saya dalam konten kali ini, sila ikuti konten saya yang akan dating.
Terima Kasih



SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS